APAKATA BLOG LAIN -

"KALAULAH BANYAK PARTI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA"





Hari ini saya ingin mengetengahkan satu tulisan yang dibuat oleh seorang rakan lama saya sejak muda belia hinggalah sekarang. Tulisannya telah dimuatkan dalam blognya al- lavendari pada 5 Mei 2013 iaitu pada hari PRU 13 seperti berikut:-


"KALAULAH BANYAK PARTI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA.



 Gambar hiasan hasil carian Google.


Saya menulis entri ini kerana menurutkan rasa hati kecil saya. Saya tidak berniat untuk menyindir atau mengkritik mana-mana parti. Cuma saya hendak menyampaikan hujah saya secara rasional. Saya alu-alukan kalau ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza asalkan ianya dalam konteks tajuk yang dibincangkan.

Semua orang tahu bahawa ugama Islam adalah untuk semua tanpa mengira negara, warna kulit, budaya dan kedudukan geografinya. Ia bukan hak milik mana-mana parti. Buat masa ini di Malaysia cuma PAS sahaja menggunakan perkataan Islam dalam partinya. Ini telah menimbulkan persepsi yang salah kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa parti mereka  sahajalah yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

Apa kata kalau ada beberapa kumpulan atau individu lain ingin menubuhkan parti yang menggunakan nama Islam. Saya rasa Parti PAS tidak berhak untuk menghalangnya kerana Islam bukan hak mutlak partinya.

Mungkin nanti ada PIS untuk Parti Islam Semenanjung, PIM untuk Parti Islam Malaysia, PUIS untuk Parti Ugama Islam Malaysia. Masing-masing parti mengatakan mereka adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Bukankah itu mengelirukan dan memecah belahkan ?

Islam tidak berhajatkan mana parti-parti politik untuk menyelamatkanya.

Nasib baik sekarang ini kita cuma ada satu sahaja parti Islam yang dominan di negara kita. Itu pun kita sudah berpecah belah."
Tulisan kawan saya telah mendapat komen dari seorang pembaca yang bernama Mohd Asyraff. Dibawah ini saya muatkan sepenuhnya ulasan Mohd Asyraff dan jawapan kawan saya.

JAWAPAN KEPADA MOHD ASYRAFF.


Di bawah saya perturunkan sepenuhnya komen yang agak panjang dari Sdr Mohd Asyraff yang boleh menerangkan dengan sendiri maksudnya. Ia sebagai reaksinya kepada entri saya yang ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana sudi singgah dan memberi pendapat dengan ikhlas.
.............................................................................


islam memang untuk semua..tp nak tanya sikit kerajaan sekarang betul2 mngikut cara islam ke? nak ke kite ikut sorg pemimpin yang tak ada pegangan tentang islam? INGAT.. Ayat al-quran sendiri dah memberitahu kita,Kita akan dibangkitkan dengan imam kita.. jangan terikut sangat dengan org2 bawahan Pas yang kadang2 tngk pon tau da tak betul,tapi tngk lah pemimpin PAS sendiri.. orgnye macamane,kenali lah TGNA pedulikan kata2 org yang tak berilmu dalam parti tuh.. baru kite tau ape yang diperjuangkan die.. n kerajaan kita skrg? pedulikan ape org bawahan Kerajaan kata.. kite kenali siapa n ape yang pemimpin kerajaan kite buat? betul ke mengikut care islam? bukan Kite nak jual NAMA ISLAM dalam parti.. tapi siapa lagi yang nak perjuangkan islam kalau bukan TGNA????ke korg lah perjuangkan blhh???? senang kate.. dalam negara kite ade tariqat,ade tabligh,ade jugak tempat2 belajar agama.. tapi yang ni smua untuk mengingati org dan belajar mendalami islam.. siapa yang nak perjuangkan islam dalam negara? JADI tolong TENGOK PEMIMPIN,bukan Tngk org BAWAHAN yang jadi pengikut semata2.. Wallahu'alam



    Insya-Allah saya akan cuba jawab komen anda dalam satu entri khas bila saya ada kesempatan kerana jawapan saya mungkin agak panjang nanti dan juga untuk faedah lebih ramai orang.




...........................................................................................................................
Berikut adalah ulasan dan penjelasan saya pula seperti yang dijanjikan dalam   entri tersebut.

  
Saudara Mohd Asyraff ! Sebelum kita mahu beribadat, bermuamalat atau bersahsiah kita perlu ada ilmu. Ilmu yang pertama wajib ada kepada kita semua adalah ilmu tauhid kerana ia merupakan asas. Kalau pegangan tauhid kita tidak kukuh apalagi kosong, maka kita akan mudah terpesong atau tersesat. Saya petik sebahagian dari  entri saya sebelum ini yang saya rasa sangat berkaitan seperti di bawah:

" Selanjutnya saya petik tulisan yang sangat menarik dari buku "Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali" akan kepentingan menuntut ilmu, seperti berikut:

" ... Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seroang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka, si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan mengenakan pakaian yang megah.



Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: "Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi". Ahli ibadat menjawab: "Ooooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku". Ahli ibadat menganggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata: "Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!". Dengan geram dia menjawab: "Kurang ajar ! (sambil mencabut pedangnya), engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan".

Demikiannlah, orang yang berilmu tidak akan mudah tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya ...



Entri penuhnya di sini.



Sekarang saya nak tanya 3 soalah  kepada saudara Mohd Asyraff:

1. Kalaulah suatu hari nanti TGNA meninggal dunia (sebagaimana juga kita semua), apakah Islam juga akan turut mati bersama beliau sekiranya tiada pengganti yang mempunyai wibawa, ilmu, kewarakan dan budi pekerti  seperti beliau ?

2. Kalaulah parti PAS dibubarkan atas sebab-sebab luaran atau dalaman, adakah Islam tidak selamat kerana tiada siapa lagi yang akan memperjuangkannya ?
3. Kalaulah parti PAS kalah dalam semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkannya dalam PRU yang lalu, apakah Islam juga turut kalah?


Bagi saya kalaulah TGNA meninggal dunia, Islam akan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana Islam tidak bergantung kepada seseorang individu.
Sekiranya Parti PAS kalah di Kedah atau  Husam Musa kalah di Putrajaya; itu bukan bermakna orang Islam menolak Islam tapi yang ditolaknya ialah parti yang bernama PAS dan orang yang bernama Husam Musa. 
Sekiranya parti PAS terbubar atau tewas di semua kerusi dalam pilihanraya yang lalu, itu tidak bermakna Islam terbubar atau Islam kalah. Yang terbubar atau kalah adalah Parti PAS dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam.  Itulah sebabnya saya tidak setuju nama Islam dihubungkaitkan dengan mana-mana parti politik kerana ia akan merosakan imej atau kesyumulan Islam itu sendiri.

Saya juga sebagai orang layak dipanggilnya ayah, ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada Saudara Asyraff (dan juga untuk diri saya sendiri) supaya jangan bersifat riak dan takabbur kerana sikap itulah yang ditapis terlebih awal dari sifat ikhlas oleh Malaikat yang bertugas di langit sebelum amalan kita dipersembahkan kepada Allah swt. Saya berkata demikian (maafkan saya jika telahan saya itu silap) ialah kerana saya tercium ada sedikit unsur riak dan takabbur itu dalam ayat  saudara yang ini (saya petik):

 ke korg lah perjuangkan blhh???? 
 
Semoga kita semua di beri taufik dah hidayahNya agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus ... "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat". (Surah al-Fatihah, ayat 7 ). Allahuaklam.
  
 http://al-lavendari.blogspot.com/2013/05/jawapan-kepada-asyraff.html

Comments

Popular posts from this blog