Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga!
Ustaz
Azhar Idrus amatlah tersohor dan dikenali di negara ini kerana cara
penyampaian dakwahnya yang tersendiri dan bersahaja di mana dapat
menarik minat ramai anak muda hari ini untuk lebih mendekatkan diri
kepada Islam. Ustaz Azhar Idrus dilihat sebagai seorang yang sangat
tinggi ilmu agamanya memandangkan di dalam setiap kali ceramah, sentiasa
sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja
soalan dan secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan
yang tepat dan lebih menarik secara berseloroh dan bersahaja.
Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi jangan buat pasal nanti kena karate dengan Ustaz Azhar. Hahaha!
Dikhabarkan,
gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah
anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat
Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. Hak perkahwinan ini juga boleh
dikatakan telah pasti kerana telah dikongsikan sendiri oleh saudara
Hafiz Hamidun yang kami ‘screenshot’ dari akaun Instagram’nya.
Apa
yang dapat OhArtis katakan, kami juga turut menumpang rasa bahagia dan
gembira apabila melihat insan lain terutamanya insan seperti UAI
bahagia. Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri
kerana Allah, kenapa tidak bukan? Tahniah boh!
Kami ada berkongsi perkara ini di Facebook Oh! Media
sebelum ini dan terdapat banyak ucapan tahniah dan tidak kurang juga
yang sibuk mempertikaikan soal jodoh dan perkahwinan orang lain. Haizz!
Rasulullah dulu hadapi hidup dengan penuh kesabaran. Baginda difitnah, dibaling tahi dan sebagainya. Rasulullah sangat sabar dan masih boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Jangankan nak balas balik, terdetik rasa marah pun tidak. Rilek aje. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Kepada UAI, apa sangatlah mulut-mulut busuk orang di laman sosial ni. Orang yang tinggi ilmu agamanya pasti tak akan terusik dengan ejekan si jahil. Siapa pun anda di mata mereka, paling tidak jelas sumbangan anda jauh lebih besar dari mereka dalam membawa anak-anak muda hari ini bersama-sama untuk lebih mendekati agama. Dan mereka pula, masih di situ mencari salah perkara yang baik. – Oh! Mediahttp://ohartis.com/2013/05/ustaz-azhar-idrus-kahwin-lagi/
Comments
Post a Comment