Siapakah Syaitan Bisu Tu?
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk menulis lagi hari ni. Ckin ada
berjanji nak story sikit tentang kandungan daripada ceramah motivasi
yang Ckin pi kat KUIN semalam kan? So, hari ni nak kotakan janji tu naa.
Sebelum tu nak perkenalkan siapa penceramah motivasi tu. Beliau ialah
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar yang merupakan Qadi bagi Daerah Kubang Pasu.
Beliau pun ada facebook. Nak tengok, sila ke sini.
Tajuk tu agak gempar. Pernah dengar mengenai syaitan bisu? Siapakah
mereka yang dikatakan 'syaitan bisu' tu? Sebenarnya Ckin pun baru
pertama kali dengar mengenai syaitan bisu. Dan Ckin nak memperbetulkan
di sini. Hadis tersebut berbunyi begini:
"Orang yang diam tidak bercakap benar, dia adalah syaitan bisu".
Untuk makluman kalian semua, hadis ini adalah TIDAK SAH. Menurut
Dr Asri, hadis ni memang terkenal digunakan, tetapi ianya tidak sah
kerana tiada riwayat yang sahih mahupun dhaif dalam kitab hadis
Rasulullah s.a.w. Jadi, pesanan Ckin, berhati-hati dalam menyampaikan
hadis. Sekiranya ragu-ragu, silalah rujuk pada yang pakar. Cari sanadnya
naa.
Berbalik kepada perkongsian dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Faisol ni. Ustaz menyebut mengenai AMANAH. Suatu perkataan yang mudah
dilafazkan, tetapi belum tentu kita semua mampu lakukan dengan
sebaik-baiknya.
Firman Allah di dalam Kitab Al-Quran:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu)
apabila menetapkan hukum di kalangan kamu hendaklah menetapkannya dengan
adil dan saksama. Sesungguhnya Allah memberikan peringatan yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.”
(Surah an-Nisa’, ayat 58)
Disebutkan juga dalam hadis lain yang bermaksud:
"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah
saat kehancuran (hari kiamat)!" Badwi itu bertanya lagi: "Bagaimanakah
amanah itu dipersia-siakan?"
Jawab baginda:
"Apabila diserahkan urusan kepimpinan
kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat
kehancuran (hari kiamat)".
(Riwayat al-Bukhari)
Bagaimana yang diperkatakan 'diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya'?
Situasi 1
Contoh pertama yang boleh diberikan adalah orang yang tidak boleh menjadi imam, tapi kita still paksa dia untuk menjadi imam.
Jemaah : Amir, jadilah imam.
Amir : Weh, aku tak retila.
Jemaah : Pi je pun. Bila lagi kan tok syeikh kita ni?....
Amir : Ermm... Ok la. Ok la.
Start dengan baca Al-Fatihah. Kemudian, diikuti dengan surah An-Nas.
Sebagaimana yang kita semua tahu, adalah makruh bila kita baca surah
dari belakang ke depan. Jadi, si Amir ni mula tak keruan. Masa rakaat
kedua, dia pusing belakang dan cakap, "Ha! Suruh aku lagi. Kan aku dah
kata aku tak reti..."
* Semuanya bermula dengan ilmu. Ada ilmu, mudahlah jalan ke hadapan. Tiada ilmu, kita akan kekal di tempat yang lama.
Situasi 2
Kita bagi orang yang tak pandai nak jaga duit, untuk jaga bahagian
kewangan. Nanti separuh duit masuk poket dia, separuh lagi masuk poket
bini dia. Last-last tinggal apa? Nothing.
* Itulah yang dinamakan meletakkan ahli bukan pada tempatnya.
Ckin share sikit-sikit naa. Nanti panjang-panjang tak larat pulak nak
baca. ^_^ Lepas ni, akan diikuti dari sehari ke sehari. InshaAllah. ^_^
Ckin tinggalkan kalian dengan maksud dari ayat seribu dinar untuk
renungan kita bersama. Cuba hayati dan teliti. Ada sesuatu utk kalian di
situ. ^_^
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ckin nak share sikit tentang ayat seribu dinar ni. Amalkan setiap kali
selepas Solat Subuh dan Maghrib sebanyak tiga kali. InshaAllah rezeki
kita terjaga. Cuba amalkan, dan kalian sendiri akan merasainya. Sekian
dahulu untuk hari ni naa. Nanti Ckin update lagi. Jaga diri baik-baik
naa. Wassalam.
p/s : Buat sikit-sikit, asalkan istiqamah... ^_^
http://cahayatwinz.blogspot.nl/
Comments
Post a Comment