Doa Penghapus Sel Kanser..

Salam Ukhwah buat anda semua ..

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 
1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
Marilah kita bersama2 mengamalkan dan membantu..
-USTAZAH AZIMAH-


Fidyah puasa..siapakah?

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tulisan ustazah yang bertajuk  “FIDYAH PUASA DAN SIAPAKAH”
Ustazah suka untuk berkongsi tajuk Fidyah Puasa pada kali ini adalah kerana mesti kaum muslim dan muslimat di luar sana sudah mula mahu mengganti atau mengqada’ puasa masing-masing, samada untuk puasa ramadhan tahun 2012 atau ramadhan yang lepas2.
MEREKA YANG DIKENAKAN MEMBAYAR FIDYAH PUASA IALAH;
1. Mereka yang tidak dapat mengqada/mengganti puasa ramadhan sehingga masuk ramadhan yg kedua, ( FIDYAHNYA SATU CUPAK BERAS UNTUK SETIAP HARI YG DITINGGALKAN DISAMPING MENGADA’ PUASANYA) contoh kita terlupa atau tidak sempat mengqada puasa kita pada ramadhan tahun lepas 2011 tetapi sudah tiba bulan ramadhan 2012.  Tetapi jika kita tertinggal qada puasa 2tahun contohnya kita kena gandakan fidyah kita itu menjadi 2cupak utk setiap hari yg ditinggalkan, tetapi puasa tetap satu hari tidak bertambah atau berganda.
2. Orang sakit yg tiada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (fidyah tersebut hendaklah dibayar/dibuat oleh ahli keluarga si mati atau diambil dari harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anaknya, (PERLU MEMBAYAR FIDYAH SECUPAK BERAS BAGI SETIAP HARI YG DITINGGALKAN) sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya akan mudarat dan bahaya. Tetapi jika dia bimbangkan akan kesihatan dirinya sahaja, dia cuma perlu qada puasa tanpa membayar fidyah.

Disini ustazah ingin menegaskan kepada wanita dan kaum muslimat yg dirahmati Allah di luar sana jgn sampai terlupa mengqada puasa kita tambah2 semasa kita menggandung dan melahirkan anak, jangan sampai umur anak kita sudah 40thn tapi qada puasa semasa kita melahirkannya belum berganti lagi. Cubalah pembaca bayangkan berapa cupak beras yg patut kita bayar..ntah-ntah mau 1 lori kot ye..lawak bunyinya, tapi ini hukum kita tak boleh main2. Cuba2 lah kita ingat jika kita masih ada hutang puasa lagi ye..
Sampai jumpa lagi
-USTAZAH AZIMAH-

Terkejut + Tahajjud = Sujud..

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah
Syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpahan kasih sayangNya ustazah mampu utk menulis pada hari ini. Tajuk yg suka ustazah nk kongsikan hari ini ialah ” terkejut + tahajjud = sujud “

Sabda Rasullullah saw : Sesiapa bangun daripada sebahagian waktu malam dan membangunkan isterinya (pasangannya) lalu keduanya keduanya solat dua rakaat  bersama-sama, maka keduanya dimasukkan pada malam itu dalam golongan orang-orang yg banyak berzikir kepada Allah SWT, lelaki mahupun perempuan” Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban)

Bukan senang utk kita bangun malam atau mendirikan solat d waktu malam yg dinihari. Sedang kita lena diulit mimpi dan dibuai mimpi2 indah alangkah lenanya tidur kita. Sudah tentulah sukar utk kita kan. Tetapi dalam lena tiba2 kita terjaga dan tersedar mungkin kerana bermimpi ngeri, atau bunyi tangisan anak kecil bagi yg ada bayi, atau juga bunyi dengkuran suami maka bersyukurlah dengan fenomena2 itu. Maka bersegeralah kita bangun,  membasuh muka mengambil wudhuk utk menunaikan solat2 sunat. Mungkin kita juga boleh mandi dan berwangi2an lalu menunaikan solat2 sunat dan berzikir utk memohon hajat2 kita dan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Bagi seorang isteri pula perlulah memohon izin suami utk melakukan solat2 sunat tersebut. Ustazah percaya suami pun mesti suka dan berterima kasih jika kita mahu melakukan solat2 sunat tersebut supaya rumahtangga kita akan diberi keberkatan.


Sebaiknya solat ditepi katil, jika selepas solat tiba2 tangan suami mencari2 isteri di sebelah maka isteri boleh terus tidur semula dlm keadaan wangi dan segar. Bukankah ini satu langkah dan seni2 penambat kebahagiaan rumahtangga…

Kasih sayang Allah kita dapat kasih sayang suami pun sama, tentu seronokkan..
ANDA BUAT ANDA DAPAT..

-ustazah azimah-


Adab ziarah rumah terbuka..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
buat semua pelawat2 dan pengunjung2 setia blog ustazah nie. Mungkin dan mesti ramai yg tertanya-tanya ke mana ustazah menghilang dan tidak menulis utk sekian lama. Sebenarnya ustazah di pilih utk di uji 0leh Allah mulai Jan 2012 (thn ini) sehingga Syawal kali ini.
Namun setiap kesusahan itu ada kesenangan pada akhirnya seperti janji Allah dlm surah Al-Insyirah. Ustazah bersyukur kerana dapat melepasi ujian yg diberi oleh Allah dan sekarang sudah mula bersedia utk berkongsi ilmu kembali kepada semua.
Pada kali ini ustazah suka utk berkongsi tajuk “ADAB MENZIARAHI RUMAH TERBUKA..” memandangkan syawal masih ada dan sudah sampai di penghujungnya, jadi ramai di antara kita yg menagadakan ‘rumah terbuka’.
1. MEMBERI SALAM
2. DATANG PADA WAKTU YG DITETAPKAN
3. MEMBAWA BUAH TANGAN (jika perlu)
4.MENDOAKAN TUAN RUMAH SUPAYA DILIMPAHKAN LAGI REZEKI
5. DUDUK DITEMPAT YANG DISEDIAKAN
6. MENGAWASI ANAK2 KECIL (jika kita membawa anak)
7. MENJAMU SELERA SEKADARNYA (jgn tamak dan gelojoh)
8. MENGUTAMAKAN ORANG YG LEBIH TUA UTK MENGAMBIL MAKANAN TERLEBIH DAHULU (jika kita kanak2 atau remaja)
Diharapkan ianya dapat membantu dan dijadikan panduan.
Sampai jumpa lagi.
-USTAZAH AZIMAH-

Rumah Baru..

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysiarumah-baru
Bersua lagi kita dan pada kali ini ustazah nak berkongsi tajuk “RUMAH BARU.. tapi bukan cara nk beli rumah baru..TETAPI APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU, atau kita berpindah ke RUMAH BARU.. Ustazah dapat info ini dari hasil pembacaan ustazah pd ptg tadi d suatu majalah.
Haa..tentunya ada rakan2 dan pembaca yg telah membeli rumah baru dan pada tahun baru 2012 ini akan berpindah dari rumah sewa ke rumah sendiri kan? ustazah mengucapkan tahniah dan selamat berpindah ke rumah sendiri..tp tk kiasah la..kalau pembaca berpindah ke rumah sewa yg baru..
Di sini ustazah ingin berkongsi petua atau tips2 berpindah ke rumah baru..
Apa yg perlu dilakukan ialah:
1. AZAN
Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..
2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:
Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)
sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:
Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)
4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:
Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.
Selamat beramal
-USTAZAH AZIMAH-

Dosa atau tak??..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
Bertemu lagi kita pada kali ini dan ustazah suka nak berkongsi dgn pembaca semua tentang pertanyaan yg selalu di ajukan kepada ustazah iaitu.. sbg contoh “ustazah saya buat dot dot ni berdosa ke? tp niat saya baik?”. atau “ustazah saya pakai ini ini..berdosa ke? tp bos tempat keje saya yg suruh.”

Biasanya ramai antara kita sudah tahu, samada sesuatu itu berdosa atau tidak, perkara yg dilakukan kerana memang jelas perkara itu maksiat atau perkara yg boleh mendatangkan dosa.

Tapi jika perkara yg kita lakukan itu tidak dinyatakan dengan jelas haramnya. Kita dah lakukan perkara itu..lepas tu kita rasa tk sedap hati samada yg kita lakukan itu BERDOSA atau TIDAK??

Hadis Nabi saw bersabda:
” Apabila beliau ditanya apakah itu DOSA? Baginda menjawab DOSA itu sesuatu yg dilakukan yang menyebabkan RESAH diHATI kamu dan kamu tidak suka orang lain TAHU dan MELIHAT kamu melakukannya
Jadi jelas di sini kepada sesiapa yg bertanya soalan kepada ustazah tentang soalan yg sebegini:

“as salam ustazah nk tnya pendpt ustazah tentang sambutan hari krismas adakah berdosa besar kah sekiranya kmi meraikan perayaan krismas bersama kwn2 ditempat kerja kerana setiap perayaan pasti kmi semua meraikan just for fun…dan kami ada mengambil gambar sambil memakai topi krismas tu..”
dan satu hadis Nabi saw juga bersabda:
“Barang siapa yg meniru perbuatan sesuatu kaum, maka dia juga adalah dari kalangan mereka itu”
wallahualam
-ustazah azimah-

Ayat Ruqyah..



Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka ustazah nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.
 
Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat
2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati
3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA, HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA, MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…
ini beerti badan anda dihuni JIN..
sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu
JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

 Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy 

 http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/

Comments

Popular posts from this blog