Mereka rasa tenang???
Gambar sekadar hiasan
Artikel
ini berkaitan dengan jawapan balas aku kepada seorang pak chik yang aku
ziarah(khususi) di rumahnya (bukan di kampung aku).Dalam ziarah
tersebut,aku mengajaknya untuk mengikuti aku untuk keluar tyge
hari,tetapi,dia membalas ajakan aku dengan kata-kata berikut”pak chik
rasa tenang dah,dapat belajar agama di masjid,dapat solat berjemaah 5
waktu di masjid,pak chik rasa tenang dah,tak payah la kita keluar-keluar
ini”.Aku hanya mampu tersenyum…hahaha
Gambar sekadar hiasan
Syiekh Ilyas Al-Kandhalavi Rah berkata: “
Bagaimana aku ingin berhenti dari melakukan dakwah
ini, sedangkan,kekasih aku, Nabi Saw sendiri terpaksa mengalami kesusahan
dan kepayahan untuk agama ini,walaupun baginda SAW sendiri telah di
janji dengan segala kebaikan oleh Allah SWT,namum baginda SAW telah
memilih untuk terjun dalam lautan kesusahan dan kepayahan dalam
menghidup dan mengamalkan agama ini.” (Bayan Hidayat Ijtimak Bhopal)
Orang
yang memperhatikan sirah (peri-kehidupan/contoh tauladan) para golongan
Salafush Soleh dari perkataan dan perbuatan mereka, dia akan melihat
bahawa mereka berada dalam rasa takut (khauf) dan sangat berharap
(raja’).
Allah SWT berfirman, mengenai sifat sebaik-baik makhluk (Muhammad s.a.w.): “Sesungguhnya
orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Tuhan mereka,
Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, Dan
orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu
apapun), Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan,
dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka
akan kembali kepada Tuhan mereka” (al-Mukminun, 23: 57-60)
Dari ‘Aisyah r.anha, dia berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, “Dan orang-orang yang
memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut...”.
Aisyah r.anha berkata: “Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan
mencuri?” Beliau menjawab: “Tidak wahai puteri ash-Shiddiq, tapi mereka
adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, dan bersedeqah,
sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka
itu adalah orang yang bersegera dalam kebaikan.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 3175.
Allah
menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat
yang paling baik, walaupun mereka telah melaksanakan ibadah dengan
sebaik-baiknya, tapi mereka sentiasa merasa takut amalan mereka tidak
diterima.
Allah SWT berfirman: (Dan
sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah
berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)(Al-Ankabut 29)
Rahsianya
bukan kerana khuwatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka,
sekali-kali tidak!! Tapi Kerana Allah tidak akan pernah mengingkari
janji-Nya. Allah SWT berfirman:
“Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, maka
Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala
amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (Ali Imran 3: 57)
Allah SWT berfirman: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 2)
Bahkan, Allah SWT menambahkan untuk mereka kurnia, kebaikan dan nikmat-Nya:
“agar
Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada
mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mensyukuri.” (Fathir 35: 30)
Pernah
satu masa, Saiyidina Umar r.hu masuk dalam satu majlis, dan ada
Saiyidina Uthman r.hu di situ. Lalu Saiyidina Umar r.hu berkata, dalam
majlis ini ada seorang yang imannya begitu kuat dan jika imannya
dibahagikan-bahagikan kepada sepasukan tentera sekalipun,nescaya akan
memadai untuk mereka.
Allah SWT berfirman : “Orang-orang
yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan
muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,
Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di
dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan
yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)
Di surah lain,Allah SWT menyuruh setiap orang beriman supaya beriman lagi.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya... “ (An-Nisaa’ 4: 136)
Ahli mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman". Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”
Walaupun
mereka(para sahabat r.hum) telah di janjikan oleh Allah dengan pelbagai
kelebihan dan iman mereka juga telah diikhtiraf oleh Allah SWT,tetapi
mereka (para sahabat r.hum) masih lagi meragui status keimanan mereka
kepada Allah SWT.
Iman para Sahabat adalah contoh kepada manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman..” (Al-Baqarah 2: 13)
Perkataan “orang-orang itu” di sini maknanya ialah “para Sahabat r.hum”.
Namun begitu, para sahabat r.hum ini masih lagi diminta untuk
memperbaharui (tajdid) dan memperkuatkan iman mereka. sebagaimana
sabdaan Rasulullah s.a.w. kepada mereka(para sahabat),
”Perbaharuilah sentiasa iman kamu!” Lalu ditanyakan, macamanakah cara
untuk memperbaharui iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w., ”Perbanyakkanlah
berkenaan qaul (percakapan atau perkataan) Laa ilaaha illalLah!”(Hadis Riwayat Ahmad)
Tetapi,
kerana mereka merasa takut belum melaksanakan perintahnya selaras
dengan apa yang di kehendaki oleh Allah SWT,maka mereka tidak boleh
memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya bertepatan dengan
keinginan Allah SWT, tetapi mereka mengira telah melakukan kekurangan
dalam hal tersebut. Oleh kerana itu mereka merasa takut amalan mereka
tidak diterima, maka mereka pun berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan
dan amalan soleh.
Para
Sahabat Rasulullah S.A.W. merasa khuwatir amalan-amalan mereka batal
tanpa disedari, hal ini termasuk sebahagian dari kesempurnaan iman
mereka. Firman Allah SWT:
“Tidaklah yang merasa aman dan azab Allah,kecuali orang-orang yang merugi.” (al-A’raaf 7: 99)
Seorang Tabien ‘Abdullah bin ‘Ubaidillah bin Abi Mulaikah, seorang yang tsiqah lagi faqih berkata: “Aku
mendapati 30 orang Sahabat Nabi s.a.w., semuanya merasa takut
kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang pun dari mereka
berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mika’il”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari )
al-Hafiz
Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Fathul Baari (1/110-111): “Para
Sahabat yang didapati oleh Ibnu Abi Mulaikah yang paling utama adalah ‘Aisyah, saudaranya iaitu Asma’,
Ummu Salamah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin
Mas’ud dan ‘Abdullah bin az-Zubair r.’anhum, Abu Hurairah, ‘Uqbah bin
al-Harits dan al-Musawwar bin Makhramah, mereka adalah para Sahabat yang ia dengar hadisnya. Ia juga mendapati Sahabat lain yang lebih utama dari mereka, seperti ‘Ali bin Abi Thalib dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.’anhum.
Ia memastikan bahawa mereka merasa takut (munculnya kemunafikan dalam
amalan-amalan mereka. Dan tidak ada nukilan dari selain mereka yang
menyalahi hal itu, seakan-akan ini adalah ijma’. Yang demikian itu
kerana seorang mukmin terkadang ditimpa rintangan yang mengotori
amalnya, sehingga menjadikannya tidak ikhlas, namun rasa takut mereka
tidak mengandungi kesan terhadap jatuhnya mereka ke dalam perbuatan
tersebut, tapi hanya menunjukkan kelebihan mereka dalam contoh hal
kewarakan dan ketakwaan para Sahabat.hum.
Maka,
barangsiapa yang selalu melihat hak Penciptanya yang wajib
dilakukannya, ia akan tahu secara yakin bahawa ia belum dapat
melaksanakannya sebagaimana sewajarnya. Tidak ada yang dapat
menyelamatkannya kecuali ampunan-Nya, ia merasa akan celaka bila hanya
bersandar kepada amalannya saja.
http://wirapendang.blogspot.com/2011/03/aku-sakit-hati.html
Comments
Post a Comment