KISAH TAULADAN
Pasangan kahwin muda yang baru tinggal bersama di rumah
barunya..
Suami : Sayang, jom terawikh kt surau di tempat kita ni.. Jom ikut abang. Isteri : Eh abang, selalu abang sorang je pergi.. Ayang buat kt rumah je bang, lagipun nak mengemas sedikit ni. Nk ayang ikut sekali ke? Suami : :) Jom, abang tunggu yea.. g bersiap. Isteri : (dlm hati) Emm..mcm ada apa2 je suami aku ni, pergi je la, dpt jalan kaki bersama suami ke surau,dekat je ni.hehe.. Ketika suami isteri ini jalan kaki bersama, si isteri terus rangkul lengan suaminya.. Isteri : Abanggg, sayammm abg! Ummm.. X gtau ayang pum abg imam terawikh surau ni! (makin kuat rangkul lengan suaminya) Suami : hehe..Sengaja abang x gtau, abang diminta orang sini jadi imam,bantu imam tua sini.Err.. Mcm mana ayang boleh tau abang? Isteri : Suara abang, bacaan abang, sama mcm abg imamkn solat syg di rumah ^^ Pengajaran : Wajib bagi lelaki yang menjaga solat isterinya. Amatlah baik yang boleh mengimamkannya di surau, tetapi imam di surau seorang sahaja, tak kan semua wanita nak kejar imam tu yang mungkin dah beristeri?hehe.. Maka, sangatlah PERLU mencari lelaki yang sekurang-kurangnya boleh imamkan solat kamu di rumah :)
Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.
Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati,
mungkin ini statusnya:
1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"
2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"
3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang
menakutkan ini!"
4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit
bumi kiri kanan)"
5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku
bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"
6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)
7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."
8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"
Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah
terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan
dikembalikan ke dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat
perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook
akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang
yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami
situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.
Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik
tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."
Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang
soleh hendaknya. Amin
Comments
Post a Comment