Sunnah Rasulullah S.A.W Mengutamakan yang Kanan
Allah berfirman dalam kitab Nya.
“ Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu”
Allah S.W.T telah peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan
dan kemajuan. Nabi S.A.W suka memulakan dengan kanan dalam setiap
urusannya. Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Rasulullah
S.A.W suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai
selipar dan ketika berjalan. Kebanyakan urusannya, baginda suka mulakan
dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain baginda suka
menggun tangan kanan. Jika kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W pasti
kita akan suka dengan apa yang disukai oleh Nabi S.A.W. Nabi S.A.W suka
dalam mendahulukan bahagian kanan . Perkataan penting disini bagi Nabi
S.A.W ia bukan sekadar amalan tetapi kesukaan baginda.
Kita patut mencontohi Nabi S.A.W dalam semua perkara. Nabi S.A.W pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut baginda telah ditegur oleh Nabi S.A.W :
“Mulakan cukur dari bahagian kanan”
Nabi S.A.W mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan
kanan. Kita sentiasa mengingatkan para pemuda dan sahabat kita ia satu
amalan sunnah, jika kita belajar dan mengajarnya kepada orang lain kita
akan mendapat banyak ganjaran.
Contoh kalau kita pergi ke kedai gunting, kita akan ajarkan dia dengan berkata
“ Ya fulan, sunnah Rasulullah S.A.W baginda suka dahulukan mencukur
di bahagian kanan sebelum bahagian kiri. Lebih baik kau ikut sunnah
Rasulullah S.A.W. Berapa banyak kau gunting dalam sehari?”.
Dia mungkin jawab : “10,20 kali dan yang terkenal mungkin 40 kali sehari”.
Jika kita congak kebiasaannya 20 kali sehari, jadi dalam setahun
sebanyak 7 ribu kepala telah dia guntingkan. Maka kita telah hidupkan
sunnah Nabi S.A.W sebanyak itu. Apabila kita ajarkan mereka tentang
sunnah Nabi S.A.W. Dengan itu kita telah sebarkan sunnah Rasulullah
S.A.W yang asing bagi orang lain.
Fakta sains telah membuktikan seluruh pergerakan tubuh dalam tubuh
manusia bergerak mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan
bermula dari bahagian kanan dan bergerak ke kiri. Ambil dan memberi
dengan tangan kanan adalah sunnah harian. Dalam sehari, berapa kali kita
memberi sudu, pinggan, kertas dan pensil. Berapa kali kita menjamu
selera? Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau
juruwang dan penjual di pasar raya. Berapa kali mereka megambil dan
memberi duit atau bil bersama pelanggan? Ratusan kali, paling minimum
200 kali dalam sehari. Bermakna dalam setahun dia melakukannya sebanyak
70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi
tersebut.
Satu kisah tentang Nabi S.A.W suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau 5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi S.A.W minum, dia suka mendahulukan kanan. Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan berkata :
“ Izinkan aku berikan minuman kepada mereka dahulu.”
Lalu dia menjawab :
“Ya Rasulullah, takkan ada yang membantahmu.”
Maka Nabi S.A.W berikan minuman kepadanya dahulu. Lihat! Satu modul. Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar r.a seorang tokoh dan alim, tetapi sunnah mendahulukan kanan diutamakan. Saya perlu mendidik anak saya jika memberi air atau kurma dia perlu bermula dari sebalah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua, penting dan alim. Inilah sunnah Rasulullah S.A.W.
Mendahulukan kanan sunnah bagi seluruh para nabi. Di dalam
kitab-kitab agama samawi, penganut agama terdahulu menggunakan tangan
kanan ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan. Indahnya!
Manusia boleh merasakan bersangka baik pada Allah S.W.T. Kita gunakan
tangan kanan ketika menerima sesuatu,ketika menyikat rambut. Mulakan
kanan sebelum kiri. Masuk ke rumah dengan kaki kanan. Masuk ke masjid
dengan kaki kanan. Kita pentingkan bahagian kanan. Pada hari kimar
nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku amalan mereka
dengan apa? Mereka akan mereimanya dengan tangan kanan mereka.
Seperti firman Allah S.W.T tentang mereka :
“ Sesiapa yang diberi menerima surat amalannya dengan tangan kanannya”
Mendahulukan kanan dalam siu etika. Dalam etika makan perlu guna
tangan kiri atau seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah sunnah Nabi kita
dan para nabi.
Nabi S.A.W pernah menasihati seorang lelaki,
“Jangan makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya.”
Syaitan suka menggunakan tangan kirinya dan Nabi S.A.W suka menggunakan tangan kanannya.
Siapa yang awak lebih sayangkan? Siapa yang menjadi teladan? Dan
sunnah siapa yang adan pilih? Prihatinnya kita terhadap amalan sunnah
Rasulullah S.A.W takkan menjadikan kita mundur atau kolot. Sebaliknya
jika kita berpegang dengan sunnah Nabi S.A.W Allah akan mengurniakan
kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.
Jika kita berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan, akan
bertambah cintanya Allah kepada kita. Memberikan nikmat cinta Nya
kepada kita. Sunnah Nabi begitu bernilai bagi hidup kita jika
penghayatan sebegitu. Perjalanan hidup kita mengikut sunnah Rasulullah
S.A.W
Kita lihat pandangan Ustaz Azhar Idrus mengenai sunnah mengutamakan yang kanan
SUMBER
http://blog.mfadhlan.com/2012/06/sunnah-rasulullah-s-a-w-mengutamakan-yang-kanan/
Comments
Post a Comment