Najib Pening, Menterinya Mula Tunjuk Belang
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam
tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang
disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata
langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan
tersebut. Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu
kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy berkata, empat anggota
polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman
sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja
pejabat.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf)."Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam.
Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.
"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.
Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.
Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan. ~malaysiakini

http://addin77.blogspot.com/2013/05/najib-pening-menterinya-mula-tunjuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29
Comments
Post a Comment