SPAD: MERAIKAN KEJAYAAN & PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

 

Sejak penubuhannya tiga tahun lepas, S.P.A.D , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, melaksanakan polisi-polisi GTP di bawah NKRA berkaitan transformasi pengangkutan awam darat. Antara kejayaan yang diberikan pengiktirafan oleh UITP, International Association of Public Transport, MRT, perkhidmatan bas percuma dalam pusat bandar GO-KL (CBD), Sistem Teksi 2-Peringkat di KLIA, Teksi Rakyat 1 Malaysia (TEKS1M) dan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF). Kejayaan tersebut membuktikan komitmen kerajaan mentransformasikan pengangkutan awam. 

UITP mempunyai keahlian seramai 3.400 orang dari 92 buah negara. Keahliannya terdiri dari pembuat polisi, rangkaian pengangkutan awam, institusi saintifik, pengendali, pihak berkuasa pengangkutan darat dan penawar dan servis industri pengangkutan awam di seluruh dunia. UITP adalah sebuah badan antarabangsa yang berperanan sebagai advokat pengangkutan awam dan mobiliti mampan, dan pelopor inovasi dalam sektor tersebut. 

Pengiktirafan yang diberikan oleh UITP kepada S.P.A.D. amat besar maknanya kepada negara dan rakyat. Kini, kita boleh berbangga dengan taraf pengangkutan awam kita bertaraf dunia,  dan diakui oleh dunia sebagai terbaik. Satu kebanggaan kerana negara kita semakin hampir mencapai taraf negara maju. Kejayaan ini pula di capai dalam masa tiga tahun ! Sesuatu yang sungguh cemerlang dan pencapaian luarbiasa.Itulah bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan kepada rakyat . Janji ditepati , pencapaian diutamakan.dan rakyat didahulukan. Terbukti pada kata-kata, tindakan dan pengiktirafan.Ianya menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul. 

Selain dari itu, SPAD berjaya merealisasikan komitmen Perdana Menteri, DS Najib selaku penyokong tegar dan pendukung kepada sistem pengangkutan awam yang mampan, mudah diakses dan berinovatif tinggi. SPAD membuktikan keupayaan negara menerajui sistem pengangkutan awam. Ini juga mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada perkhidmatan awam. Menurut statistik SPAD, peratusan yang menggunakan perkhidmatan awam sekitar 17%-18%. Angka tersebut dijangka meningkat kepada 40% menjelang 2030. 

SPAD tidak berhenti setakat itu sahaja, dijangkakan menjelang 2017, rakyat akan menggunakan khidmat MRT yang pertama. Selain itu, SPAD terus memajukan pengangkutan awam darat, dengan memperkenalkan HRT (Bullet Train KL-Singapura) yang di jangka siap sepenuhnya dalam masa beberapa tahun lagi. Satu projek berimpak tinggi dan limpahannya mampu melonjakkan ekonomi negara. Maklumbalas yang di terima adalah amat positif dari kelompok korporat, pelabur dan pemain industri hartanah. 

Kita bertuah kerana kerajaan pada hari ini melalui SPAD memberikan komitmen yang begitu tinggi dalam menyediakan sistem pengangkutan awam bertaraf dunia maju! Gandingan mantap di antara PM dengan pasukan SPAD di bawah Pengerusinya, Tan Sri Syeh Hamid Albar mampu membuat kita tersenyum dan kembali menyakini perkhidmatan awam kita. Bahkan, pemain dan pengendali pengangkutan awam negera juga turut mampu tersenyum bersama rakyat. Ianya situasi 'Menang-Menang' kepada semua pihak.
 
http://semaremas.blogspot.com/2013/05/spad-meraikan-kejayaan-pengiktirafan.html
 

Comments

Popular posts from this blog