Debaran barisan Kabinet Najib...
Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini.
Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi
membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar
Perdana Menteri.
Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang
tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi
ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan.
Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais
Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri
Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung,
Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr
Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan
Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.
Bagaimanapun beberapa daripada mereka yang tewas dijangka dilantik
sebagai senator bagi membolehkan tersenarai dalam barisan Kabinet.
Antaranya Mohd Fuad yang sebelum ini adalah timbalan Menteri Pelajaran.
Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Najib dijangka menawarkan
jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak
sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti
dalam pilihan raya 5 Mel lalu.
Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka
melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu
Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan.
Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup
menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen
Malaysia (BNBBC) pada penggal parlimen lalu.
Namun, ada pihak bimbang ketiadaan mereka kelak menyebabkan kurang
suara-suara lantang yang akan menyokong dan mempertahankan kerajaan di
Dewan Rakyat tambahan pula berdepan barisan pembangkang yang lebih ramai
dan bertenaga pada kali ini.
BNBBC tentunya bergantung kepada muka-muka baru antara seperti Ahli
Parlimen Kepala Batas ,Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen
Baling Datuk Azeez Rahim.
Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri
Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.
Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri
bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan
kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini
menerajui Koridor Utara.
Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan
beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa.
Ada juga yang ramal Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Najib juga tidak boleh mengenepikan ahli Parlimen Pendang Datuk
Othman Abdul yang berjaya menewaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
begitu juga Shahidan yang menenangi kerusi Parlimen Arau menewaskan
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Haron Din.
Jika Kementerian Pembangunan Usahawan diujudkan semula seperti
desakan sesetengah pihak, Othman dan Shahidan dijangka mengisi jawatan
itu memandangkan mereka cukup sininom dengan MARA sebelum ini.
Nama lain turut disebut-sebut diberikan jawatan berkenaan adalah Datuk Idris Jusoh.
Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri.
Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri.
Dikalangan muka-muka lama, dijangka berlaku pertukaran portfolio
babitkan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kemungkinan menggambil alih
Kementerian Pengajian Tinggi yang dikosongkan Datuk Seri Khaled Nordin
yang dilantik Menteri Besar Johor.
Datuk Seri Ismail Sabri dijangka ke Kementerian Penerangan atau Pelancongan.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dijangka bertukar
kementerian manakala Datuk Seri Zahid Hamidi kemungkinan kekal
memandangkan usaha kerajaan mengukuhkan soal keselamatan di Sabah.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu disebut-sebut akan bertukar ke
Kementerian Luar Negara manakala Datuk Seri Hanipah Aman ke Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Apapun pengganti Hishammuddin perlu pemimpin tegas dan tidak mustahil
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menjaga
Kementerian Dalam Negeri.
Pembentukan Kabinet Najib pada kali ini dijangka memberi lebih ruang
kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak memandangkan ‘kesetiaan’
parti-parti komponen BN di kedua negeri itu membantu BN menang 133
kerusi baru-baru ini.
Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet.
Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet.
Beliau pernah menjadi menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan.
Ahli parlimen Tenggara Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dijangka dilantik timbalan.
Juga teka teki samaada Datuk Noriah Kasnon yang sebelum ini Timbalan
Menteri akan dinaikan pangkat jadi menteri penuh atau tidak.
Najib yang mempunyai kuasa prerogatif menentukan barisan Kabinet 2013
pastinya mahu kumpulan yang mampu meneruskan agenda transformasi dan
memantapkan soal perpaduan kaum ekoran tsunami undi Cina pada PRU
baru-baru ini.
Untuk itu, dua orang menteri dijangka dilantik bagi tugas-tugas khas
menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di bawah Jabatan Perdana
Menteri.
Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini.
Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini.
Sehingga pengumuman rasmi itu, ianya terus jadi debaran. – 13/5/2013- OLEH ROSLAN BIAN
http://www.agendadaily.com
Comments
Post a Comment