- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, May 6, 2013









ANALISA AWAL PASCA PRU 13

SEMAK KEPUTUSAN PILIHANRAYA SELURUH NEGERI DI MALAYSIA.... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/paparan_Laporan.php

Fakta menarik tentang PRU-13...Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan 
akhir PRU13: 

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang 
and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12 

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara 
Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang 
Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing 
kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. 

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21 

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) 
dan Sarawak (5 kerusi). 

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang 
dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% 
lain-lain). 
 
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan 
Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk 
Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong. 

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - 
satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 
(PRU13). 

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi 
parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi 
dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir 
Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan). 

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut 

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14 

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi 
mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai 
khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt 
Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk 
Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas 
kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan 
undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian 
Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee 
Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang 
diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi 
Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed 
Suffian Awang di Kuantan. 

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas. 


11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid 
Kassim di Dun Bukit Baru. 

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA 
tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir 
Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam. 

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan 
peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi 
tersebut.
 
----------------------------------------------------
 
 
Kuala Lumpur- Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan
 Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi 
membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi).

Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional” Najib Razak, Perdana Menteri
 

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pada jam 12.50 tengah malam.
BN juga berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang.

Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN.

Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi. BN tambah kerusi

Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi.

Bagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi.

Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.

Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu.
BN buat analisis

Datuk Seri Najib Razak, dalam persidangan media selepas kejayaan itu berkata, keputusan yang kurang memberangsangkan kepada BN, berpunca daripada ‘tsunami kaum Cina’ yang tidak memberikan sokongan kepada BN sehingga MCA dan
 

GERAKAN yang mewakili kaum itu tewas di kebanyakan kerusi kepada DAP.

Katanya, BN akan membuat analisis terhadap keputusan pengundi Cina, selain kajian mengenai kegagalan mencatat kemenangan dua pertiga di Terengganu.

Beliau berkata, ‘tsunami kaum Cina’ berlaku kerana pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat untuk negara ini kerana Malaysia mahu menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Amalan demokrasi lancar

Najib juga berkata, keputusan itu membuktikan amalan demokrasi di negara ini berjalan lancar dan teratur.
“Keputusan rakyat ini turut menunjukkan aliran polarisasi pengundi dan ini membimbangkan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini.
“Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional,” katanya.

Kepada pembangkang Najib berkata, demi kepentingan negara beliau berharap pembangkang menerima keputusan dengan hati terbuka dan biarkan proses demokrasi berjalan lancar.
Najib juga memberi jaminan semua aku janji akan dilaksanakan dan ditunaikan oleh kerajaan BN.
“BN akan menubuhkan mekanisme khusus bagi memantau pelaksanaan aku janji supaya rakyat sedar apabila kita membuat komitmen, kita akan tepati,” katanya. -BH
 http://www.kualalumpurpost.net/bn-kuasai-133-kerusi-parlimen/
 
Sila lihat graf berikut yang jelas maksudnya
 
 

No comments:

Post a Comment