MARI KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI KHUTBAH JUMAAT
Julang Islam Raih Kemenangan Gemilang
Posted on Mei 24, 2013 by ekhutbah
السلام عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ
! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Maksudnya
: Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada
kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa
berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan
kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat
hanyalah sedikit.
Kini
kita berada bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa
besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj dan Peperangan Tabuk tahun 9H.
Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan
iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka
bumi ini. Pelbagai cabaran dan halangan pasti akan ditempuhi dalam
menegakkan system Islam atas muka bumi ini di mana kita bukan sahaja
dituntut untuk mengorbankan masa dan tenaga malah menuntut tumpahnya
darah ke bumi dan berpisahnya nyawa dari badan. Perjuangan Islam bukan
dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menempuh pelbagai ujian
dan cabaran samada luaran mahu pun dalaman. Sebelum berlakunya Isra’
Mikraj, kita dapat melihat bagaimana tentangan terhadap dakwah nabi
Muhammad s.a.w bukan sahaja oleh majoriti penduduk Mekah malah turut
menerima tentangan daripada penduduk Taif. Ia mengajar kita bagaimana
bukan suatu kerja yang senang dalam memberi kesedaran tentang kebaikan
Islam samada kepada orang yang paling hampir dari sudut hubungan
kekeluargaan atau persahabatan dengan kita apatah lagi mereka yang agak
jauh hubungan daripada kita. Walau pun ramai ahli keluarga terdekat yang
menentang namun begitu dakwah nabi banyak juga dibantu oleh orang yang
terdekat seperti isteri tersayang Siti Khadijah dan sokongan bapa
saudaranya Abu Tolib. Malah nabi sentiasa peringatkan kita tentang
bahayanya ahli keluarga terdekat kepada agama kita jika kita tidak
cermat dan berhati-hati di mana betapa ramai ibubapa yang rosak akibat
anak, anak yang rosak akibat ibubapa, isteri yang rosak akibat suami dan
sebaliknya, rakan merosakkan rakannya yang lain dan sebagainya.
Kesungguhan dan istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah merupakan suatu
yang dituntut dalam memastikan perkembangan Islam terus berlangsung.
Apa yang lebih penting ialah pergantungan kita dengan Allah dalam setiap
keadaan yang menjamin kebahagiaan dan kemuliaan hidup di dunia dan
akhirat. Tanam dalam diri kita tentang semangat kental yang diajar oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu biarlah kita dibenci oleh seluruh manusia
asalkan kita diredhai oleh Allah atas amal dan usaha yang dilakukan.
Jangan sekali-kali kita mencari redha manusia atas kemurkaan Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya
: Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan
berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih
baik bagimu jika kamu mengetahui
Begitu
juga kita ambil iktibar tentang Perang Tabuk di mana sebelum keluar ke
Tabuk, Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan
iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan
terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Golongan ini mempunyai
keinginan yang tinggi untuk turut keluar berperang tetapi akibat tidak
mempunyai kemampuan maka mereka tidak mampu berbuat demikian. Oleh itu
marilah kita bermusabah menghitung diri tentang usaha yang telah, sedang
dan akan kita lakukan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi
ini. Ingatlah bahawa setiap diri kita ada tugas masing-masing mengikut
kelayakan dan kemampuan masing-masing. Tiada alasan untuk rehat atau
tidak terlibat dengan perjuangan Islam. Manakala golongan ke-[2]
ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut
serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah
kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk
berbuat demikian demi kepentingan peribadi terutama begitu terpesona
dengan dunia seperti musim mengait kurma yang sedang masak dan
sebagainya. Oleh itu nabi banyak mengajar kita berdoa kepada Allah agar
tidak menjadikan dunia sebagai matlamat sebaliknya sentiasa bersiap
dengan bekalan akhirat antara doa baginda
اللَّهُمَّ
اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ
، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ اليَقِينِ
مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا
Maksudnya : Ya
Allah! Bahagikan untuk kami akan rasa takut kepadaMu yang akan
menghalang antara kami daripada menderhakaiMu. Ketaatan kepadaMu yang
akan menyampaikan kami kepada SyurgaMu dan keyakinan yang menyebabkan
musibah dunia itu menjadi mudah dan ringan atas kami
Begitu juga kita bukan sahaja tidak mudah tertipu dengan tipuan dunia
yang sementara malah menjadikan nikmat dunia sebagai alat untuk menambah
pahala akhirat. Peristiwa Isra’ Mikraj turut mengingatkan kita tentang
godaan dunia
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” نِعْمَتِ
الدَّارُ الدُّنْيَا لِمَنْ تَزَوَّدَ فِيهَا خَيْرًا لآخِرَتِهِ مَا
يُرْضِي بِهِ رَبَّهُ ، وَبِئْسَتِ الدَّارُ لِمَنْ صَدَّتْهُ عَنْ
آخِرَتِهِ ، وَقَصَّرَتْ بِهِ عَنْ رَضِيَ رَبِّهِ – رواه الحاكم
Maksudnya : Sebaik-baik
tempat di dunia adalah orang yang menjadikannya sebagai tempat untuk
mempersiapkan bekal di akhirat sehingga mendapat keredhaan Tuhannya. Dan
seburuk-buruk tempat di dunia adalah yang menghalangi untuk
mendapatkan akhirat dan terhalang pula daripada meraih keredhaan
Tuhannya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Taubah :
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
Maksudnya : Oleh
itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak
mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan
harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk
mendapat azab akhirat pula).
Ketika Perang Tabuk juga Rasulullah s.a.w terpaksa berdepan dengan golongan yang ke-[3]
yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai
oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini bukan sahaja cuba menarik seramai
mungkin umat Islam supaya tidak keluar berperang bermula dari awal lagi,
sebahagian lagi cuba mempengaruhi tentera Islam yang sedang menunju ke
Tabuk untuk menarik diri dan sebahagian lagi menunggu kepulangan nabi
Muhammad s.a.w untuk merasmikan Masjid Dhirar yang dibina oleh golongan
yang merupakan musuh dalam selimut ini. Akhirnya bukan sahaja usaha
mereka gagal malah Allah memerintahkan nabi supaya meruntuhkan masjid
Dhirar yang bukan dibina atas asas Taqwa malah sebagai lambing
perpecahan dan pengkhianatan terhadap Islam. Peristiwa ini memberi
peringatan penting kepada kita agar pembinaan Masjid mestilah atas asas
Taqwa bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk dapat projek
sahaja sehingga yang terbaru ada kes masjid runtuh walau pun kos binaan
jutaan ringgit. Masjid yang dibina mesti disuburkan dengan pelbagai
aktiviti dalam memperkasakan Islam dan umatnya bukan hanya gah dengan
binaan yang besar dan cantik sahaja tetapi kosong daripada hidayah
Allah. Sesuai dengan kita berada pada bulan Rejab yang merupakan bulan
kita memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang dianugerahkan dengan
kewajipan solat 5 waktu maka kita mahu setiap diri kita bukan sahaja
menjaga solat fardhu malah menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi
ruang di masjid dan surau. Musuh Islam termasuk zionis yahudi pernah
menyatakan bahawa mereka tidak akan bimbang dengan umat Islam
sehinggalah umat Islam mampu memenuhi masjid terutama pada waktu Subuh
sebagaimana umat Islam datang beramai-ramai ke masjid pada hari Jumaat
maka barulah saat hancurnya zionis yahudi akan tiba. Ayuh kita sahut
cabaran mereka untuk sama-sama memastikan kita, anak-anak kita,
rakan-rakan kita, jiran-jiran kita untuk memenuhi masjid dan surau tiap
waktu agar janji kemenangan daripada Allah semakin dekat dan hampir
dalam genggaman
Firman Allah dalam ayat 18 surah at-Taubah :
إِنَّمَا
يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا
اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya
: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah
itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan
kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah
diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Sila ikuti khutbah berikut
http://ekhutbah.wordpress.com/
Comments
Post a Comment