- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, December 4, 2012






BILA ISTERI BERLETER....


                                         
                                                                         
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Malam itu, suami masuk tidur awal…letih…isteri dan anak2 masih kat luar.. tiba2, tersentak suami mendengar suara isteri kat luar, ”Isy, isy, isy… dah masuk tidoq rupenye.. lampu depan tak tutup, tv tak tutup, kipas angin tak tutup, anak kecik dok main sorang2… nanti bil letrik naik, dia juga bersungut, pasai apa bil letrik tinggi, awat tak jimat letrik… pintu pagar pun tak kunci, kalau kawaq (pencuri) mai, dicoleknya anak kita ni, kan heboh 1Malaysia…bla…bla…bla…”… Kenapa isteri berleter? Ada lagi contoh2 berikut:-

1) Isteri merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar cakapnya…suruh mandi, buat tak tahu… suruh solat, suruh baca buku, suruh ngaji Quran….semua buat tak tahu…suruh makan, cepat pulak… tambah lagi kalau ada ayam goreng ….

2) Isteri membebel kerana tuala mandi yang suami pakai tadi tersepok di atas katil, stokin suami bersepah-sepah di bawah sofa….

3) Isteri geram kerana misai dan janggut yang suami "trim" di depan cermin di atas meja "soleknya" itu tidak suami bersihkan....

4) Kunci kereta, suami campak je di atas meja depan… Isteri risau, esok pagi dia juga yang kelam kabut mencarinya kerana telah dibaling ke tempat lain pula… oleh anak kecil kita…

5) Isteri telefon suruh beli mee bandung balik ofis nanti, suami balik lenggang tangan je..… Bila nampak muka isteri, barulah suami tepuk dahi..”Maaf lah yang, abg lupa lahhh..”…Bila isteri Tanya masa telefon tadi, “Abg boleh ingat ke?..” Kita jawab, “Ok….” Lepas tu lupa habis….
 
Isteri sayang kepada suami… Dia amat perihatin akan tingkah laku suami... Dia mahukan suami menjadi seorang suami mithali baginya dan anak-anaknya. Dia mahukan setiap tingkah laku suami boleh menjadi ikutan oleh anak-anaknya. Paling kurang dia akan menggunakan kebaikan tabiat suami semasa dia memberi nasihat kepada anak-anaknya.

"Aiman, cuba ikut macam abah…abah gantung baju dan seluarnya dengan kemas di rak baju tu selepas balik dari kerja. Kan ke senang nak pakai esok pagi nanti. Tak le kelam-kabut sangat... ini macam kapal karam aje bilik ni ....."..

Oleh itu, bila isteri berleter, semak diri kita. Betul tak apa yang dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah,niatlah dalam diri kita untuk berubah demi kesukaan dan kesenangannya jua. Baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh Allah S.W.T... Pointnya di sini ialah, Baginda S.A.W. sentiasa cepat melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya semata-mata untuk menghiburkan isterinya….

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahrim:1)... Namun begitu, ada satu kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi suami...

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.. Si isteri kuat membebel..…. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.. Dia pun pergi berjumpa dengan Saidina Umar Al Khattab r.a. untuk mengadu kelakuan isterinya..

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terhenti…dia terpegun kerana terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya.. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku…Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?” Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku yang suka membebel, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”… Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”…….

Begitulah kisahnya… Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia… Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti kalah, tidak ada idea, rendah taraf, pengecut.. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut… Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka... Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka.. Begitu juga jika berleter, membebel, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.. Kecuali jika tiada bersebab… Ingatlah wahai isteri.. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati.. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri….
 
 http://jaksa-yadim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment