Bukan Sekadar Baca Al-Quran
Untuk Cari Pahala Tapi Wajib
melaksanakan



BERAPA juzkah pembacaan al-Quran kita? Adakah telah tamat membaca 30 juz? Di manakah tahap tadabburnya?

Seperti yang dinukilkan dalam firman-Nya bermaksud: “Apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran.” (Surah an-Nisa, ayat 82)

Memerhatikan bermakna memikirkan maksud ayat yang dibaca untuk difahami dan diamalkan. Dengan cara ini saja al-Quran akan menjadi petunjuk (huda) dan pembeza antara benar dan palsu (furqan). (lihat surah al-Baqarah, ayat 185)

Sebagai umat Islam yang sedar, kita perlu sentiasa menggali petunjuk daripada al-Quran.

Tuntutan bacaan al-Quran bukan sekadar baca, lebih-lebih lagi kepada kita yang ada antaranya tidak memahami bahasa Arab.

Bacaan al-Quran kadang-kadang tidak memberi makna apa-apa.

Oleh itu, marilah kita faham maksud tuntutan bacaan al-Quran sebagai tuntutan satu dalam lima iaitu baca; faham atau tadabbur; hayati atau amalkan; sampaikan ilmunya dan perjuangkan inti patinya.

Berkata Anas anak angkat Nabi SAW yang bermaksud, "Ramai orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran melaknat diri mereka setiap ketika"

Abdullah ibnu Ma'sud berkata,

"Bahawa al-Quran diturunkan supaya manusia beramal dengannya. Jangan dikata al-Quran itu tidak sesuai & ketinggalan zaman, kata-kata ini hanya layak keluar dari mulut orang kafir. Ada antara umat Islam baca al-Quran sejak dari surah al-Fatihah hingga tamat 30 juzuk, tidak cicir walau sebutir huruf, kalau ada yang cicir hanyalah amalannya"

Demikian sindiran Abdullah ibnu Mas'ud. Jika ada pembaca al-Quran lalu dikagumi bacaannya hingga mendapat anugerah yang lumayan, termasuk menunaikan haji atau umrah secara percuma, janganlah berasa senang hati kerana ada yang lebih penting, iaitu beramal dengan al-Quran sebagai pedoman hidup dunia & akhirat.

Wallahualam..
Hezb-ul Islam

Comments

Popular posts from this blog