Bila Bos Lelaki Panggil Masuk Bilik
Assalamu’alaikum
Hamboi hamboi hamboi. Tak sabar-sabar nampak nak baca? hahaha. Tadi
masa Kak Aini iaitu lawyer yang buat civil litigation mengajar aku dan
kawan-kawan berkaitan civil procedure, tiba-tiba telefon berbunyi. Aku
pun angkatlah. Tuan Imran panggil aku masuk bilik dia. Perggh. Kalau bos
besar dah spesifikkan nama aku suruh masuk, tak gunalah aku bertekak
dengan kawan aku lagi dua orang siapa yang kena masuk siapa yang tak
nak. Memang aku lah yang kena masuk.
Aku pun terkulat-kulat masuk bilik Tuan Imran. Dia suruh duduk aku
duduk. Dia bagi aku headphone besar suruh aku dengar satu youtube video.
Aku pun pakailah headphone tu. Lagu yang berkumandang ialah lagu
Iktiraf yang didendangkan oleh Haddad Alwi. Lagu yang memang selalu kita
dengar dalam bahasa melayu tetapi jarang-jarang dalam Bahasa Arab.
“Kamu pernah dengar lagu ni?”, tanya Tuan Imran.
“Pernah tuan“, aku tersengih-sengih.
“Saya nak kamu tulis dalam arabnya sebab saya ni tak berapa pandai nak tulis“,
sambung Tuan Imran. Dia bagi aku sehelai kertas dan pen. Ish ish.
Aku
tengah gemuruh ni dia nak time tu jugak. Aku pun dengarlah lagu tu
sambil tulis apa yang aku dapat tangkap. Rangkap pertama ok lagi tapi
masuk rangkap kedua aku dah mula berpeluh.
“Kamu hafal tak lagu ni“, soal Tuan Imran.
“Saya hafal yang melayu je tuan, yang arab tak pernah pulak
dengar tapi saya memang boleh buat untuk tuan tapi boleh tak saya buat
kat luar bilik tuan saya nak tanya kawan-kawan saya?”, pandai aku menjawab.
“Ya, yang tu lah saya nak dengar, SAYA BOLEH. Saya nak kamu tulis
cantik-cantik sebab saya nak edar pada jemaah masjid dekat rumah saya“.
Padahal tulisan aku bukannya cantik pun. Sir yes. Tapi dah sekali aku
tulis, kenalah aku tulis lagi ikut kehendak bos lah katakan.
Lepas tu aku borak-borak sikit dengan dia pasal Bahasa Arab. Mujurlah
perkataan basic tu masih ada dalam kepala otak aku ni.uhuhu.
Tuan Imran ni isterinya pun lawyer di firma yang sama. Diorang buat
partnership. Aku tau dah Tuan Imran tau kehebatan aku menulis arab ni
mesti isteri dia yang bagi tau sebab tu dia pulak yang suruh aku buat.
Hari tu isteri dia yang mula-mula suruh aku tulis zikir dalam Bahasa
Arab. Baguslaaah. Menambahkan apa yang aku boleh tulis dalam report.
Dan yang paling penting, sebab diorang nak edarkannya pada orang lain, semoga dengan usaha ini dapat memanjangkan pahala untuk dibuat bekalan di sana nanti..
Comments
Post a Comment