- Get link
- X
- Other Apps
MEROKOK?????
OLEH Nadzirah Ibrahim
Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk
kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan
seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan,
bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain.
Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti
semua sudah sedia maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum
terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.
Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah
daripada membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan
blog...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedekah
jariah =)
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada
perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok
dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Sri Dr Hasan Abdul
Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu
perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka
berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian
Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi
program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik
permulaan untuk berhenti merokok'.(sumber)
1
2
Comments
Post a Comment