Nikmati Ramadan; Amalan Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan


Assalamualaikum sahabat & readers~!

Alhamdulillah telah masuk minggu kedua Ramadan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadan ini. Dalam diam, dapatlah seminggu aku ke masjid berjemaah & berterawih. Dah lama terasa rindu dengan suasana kipas berputar laju di masjid… melepas rindu bila tiba Ramadan nih, hikhikhik… 

Sempena mission Nikmati Ramadan 1433H, hari ini aku ingin berkongsi dengan semua tentang amalan Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan al-mubarak ini. Semoga dapatlah kita mengamalkannya dalam menghiasi hari-hari kita sepanjang Ramadan pada tahun ini. Mengikuti amalan Rasulullah ini bererti mengikut sunnah & insyaAllah pahala adalah ganjarannya. Ini bertepatan dengan perkataan RAMADHAN itu sendiri:-

Rahmat
Allah
Memang
Anda
Dapat
Hari
Akhirat
Nanti
Walallahua’lam.

Membaca Al-Quran

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Rasulullah s.a.w setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada bulan Ramadan.

Ditambah lagi, memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan ini adalah disunatkan kerana ini adalah bulan al-Quran diturunkan.
Firman Allah yang bermaksud, “…bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Kengkawan…berbalik kpd amalan ini, Rasulullah amat menggalakkan kita bersedekah and melakukan amal. Dlm konteks kehidupan sbg seorg wanita…yg uzur & tidak dpt berpuasa juga mendapat pahala apabila dia menyediakan makanan sbg hidangan bagi orang-orang yg berpuasa. Ini amalan yg  disukai oleh Rasulullah s.a.w.

Wahai sahabatku sekalian (bg yg perempuan, hokey…) jgnlah kita menjadikan alasan utk TAK berbuat apa-apa kerana TAK bole berpuasa, dan gunakanlah peluang menyediakan juadah berbuka atau membantu org2 berpuasa menyediakan hidangan di bulan mulia ini utk meraih pahala. InsyaAllah…

Solat terawih

Solat terawih adalah solat sunat yang HANYA dilakukan pd bulan Ramadan. Solat terawih, walaupun boleh dilakukan secara bersendirian, TAPI kebanyakkan kita memilih utk melakukannya secara berjemaah di masjid.

Di sesetengah masjid (spt Masjid al-Ansar taman keramat nih), sebelum solat terawih diadakan tazkirah ringkas bagi menasihati jemaah. In my view…ini adalah satu peluang yg terbaik, terutamanya utk menasihati kalangan generasi muda agar sentiasa berpegang teguh kpd syariat Islam. Malah pd ms inilah sume golongan turun padang berjemaah terawih beramai-ramai di masjid.
Qiamullail
1
2

Rasulullah s.a.w sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah.
Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap individu muslim yg berkemampuan WAJIB membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.

Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri. Tahun ini, aku blom tahu lagi nilai zakat yg dikeluarkan oleh jabatan agama. Sesapa yg tahu, bole la berkongsi di sini…
:D
Aku berharap agar aku dpt memanfaatkan Ramadan dgn melakukan amalan-amalan sunat ini spt yg disukai oleh Rasulullah s.a.w. Aku juga berharap agar sahabat sekalian dpt juga bersama-sama melakukannya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yg paling penting ialah keikhlasan kita dlm menjalankan ibadah lillahita’ala.

Selain itu, AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan SEDEKAH kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut.
 Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.”
(Hadis riwayat Bukhari)

1
2


1
2

3
4

http://yanchor.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog