Karamah bagi mereka yang mengerjakan Solat
Berkata Syeikh Daud Abdullah Al Fathani dalam Kitab nya Munyatul Musolli bahawa Hassan al Basri meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:
“Bagi orang yang bersembahyang itu ada 3 keramah.Iaitu:
- Bertaburan kebajikan (kebaikan) mulai dari langit keatas kepalanya
- Para malaikat mengelilingnya mulai dari dua kakinya hingga ke langit
- Malaikat menyeru :
Jikalau seseorang hamba dan orang yang bermunajat itu mengetahui nescaya
dia tidak akan berpaling daripada sembahyang.
Syeikh Daud berkata lagi:-
Sesetengah ulama mengatakan : Telah sampai kepada kami Hadis bahawa Allah s.w.t membahagikan sekalian amalan sembhayang kepada 4 puluh saf malaikat, pada tiap tiap saf ada tujuh puluh ribu malaikat.
- Sepuluh saf berdiri tiada rukuk
- Sepuluh saf rukuk tiada sujud
- Sepuluh saf sujud tiada angkat kepala
- Sepuluh saf lagi duduk tiada berdiri
Kata Mu’az dan Jabir: Sesiapa yang berdiri di dalam sembahyang serta membesarkannya dan tunaikan segala rukun, rukuk dan sujudnya, di peruntukkan baginya pahala para malaikat di tujuh petala langit dan sekalian makhluk Allah yang berada di dalam nya.
Comments
Post a Comment