Kesilapan Yang Lazim Muslim Lakukan Ketika Berpuasa 

 

Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua blogger yang beragama Islam. Jangan tinggal puasa tau. Baiklah. Hari ni pun dah bermula puasa. Hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang tahu akan kelebihan bulan Ramadhan. Bercakap pasal bulan puasa ni, ramai di antara muslim Malaysia ni yang melakukan kesilapan yang yang lazim namun mereka tak tahu. Jadi, hari ini aku nak share something yang aku dapat daripada facebook tentang kesilapan yang lazim muslim lakukan ketika berpuasa.

     Yang pertama ialah apabila seseorang itu telah batal puasa selain keuzuran, seseorang itu akan makan dengan sesuka hatinya. Yela dah batal. Buat apa puasa lagi betul tak? Sebenarnya bukan macam tu. Seorang yang sudah batal puasanya mesti meneruskan puasanya. Sesiapa yang makan dengan sesuka hatinya dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan. Yela bulan Ramadan kan bulan puasa. Tapi dia makan dengan sesuka hati. Mana boleh macam tu. Tetapi itulah yang biasa orang buat apabila puasanya sudah terbatal.

     Yang kedua pula ialah bersahur pada tengah malam dengan alasan tak nak bangun awal pagi untuk bersahur. Kesalahan ni biasa dibuat oleh budak-budak yang suka tidur lambat. Bila tidur lambat, dah tentu bangun pun lambat. So siapa yang tidur lambat tu akan bersahur pada tengah malam. Memang boleh sahur pada tengah malam tetapi kan seeloknya ialah melewatkan sahur. Sesiapa yang sahur tengah malam kerana tak nak bangun sahur di pagi hari tu mesti subuh pun tertinggalkan? Puasa tu kewajipan tetapi solat jugak kewajipan.

     Yang ketiga ialah bersahur dengan makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah lain. Apa salahnya kalau sebelum bersahur tu solat tahajjud dulu, baca Al-quran dulu betul tak? Ini makan dan minum jer. Tapi dulu aku pun buat gini. Hari puasa kali ni aku berazam untuk melakukan ibadah lain ketika waktu sahur.

     Seterusnya yang keempat ialah tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Baiklah. Puasa itu perintah Allah. Puasa juga perintah Allah. Balasan yang paling berat di hari akhirat nanti ialah balasan meninggalkan solat. Jadi kalau dah puasa tu, solat la. Solat kan tiang agama. Jadi tegakkan tiang agama. Barulah menjadi muslim sejati.

     Biasa kita solat terawih berjemaah di masjidkan? Tapi sedar atau tidak kita memang tidak mempraktikkan solat subuh berjemaah di masjid. Bila terawih masjid penuh. Tapi bila solat subuh, barisan saf ada 3 atau 4 barisan jer. Budaya ni patut kita buang sebab solat yang wajib kita perlu berjemaah. Janganlah lepas sahur tidur balik kemudian dah nak syuruk baru tergesa-gesa nak solat. Solat berjemaah di masjid lebih awal di bulan yang mulia ini.

     Berkenaan terawih jugak. Ramai umat Islam yang berterawih di masjid kerana ingin memeriahkan Ramadan. Niat itu patut dihapuskan kerana berterawih di masjid ialah untuk mendapat pahala yang berganda di bulan Ramadan. Bukan nak meriahkan Ramadan semata-mata. 

berehat sebentar bersama kit-kat. Tengok je yea jangan memandai gi carik kitkat then makan. puasa ni..

     Kita juga biasa mendengar kawan kita cakap, :aku penatla. Aku puasa". Mereka akan berasa malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Puasa bukan tiket untuk tidak melakukan kerja. Puasa tu puasala. Kerja lain jangan tak buat. Puasa tanggungjawab umat Islam untuk membuat persiapan di hari akhirat. Kerja dunia pula tanggungjawab setiap manusia untuk kesejahteraan hidup dan sebagainya. So sesiapa kawan korang cakap mereka puasa dan malas nak lakukan kerja, korang bantai jer dia.. HAHAHA

     Kesilapan yang kelapan pula ialah memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia ialah ibadat. Ibadat apa dia kalau tidur memanjang. Kan makruh. Yang boleh tidur ialah tidur kejap sebelum zohor kerana ingin melakukan ibadah di malam hari. Tapi kalau tidur tetapi malam on9 facebook. TAK PAYAH. Mengurangkan pahala puasa jer.

      Yang kesembilan pula umat Islam menjadikan waktu imsak itu sebagai lampu merah untuk berhenti makan. Waktu imsak tu boleh makan lagi. Cuma itu waktu kritikal. Umpama lampu kuning. Bukan dah tak boleh makan terus. Tapi seeloknya makan sebelum imsak la. Yang pasti, waktu imsak bukan tak boleh makan. Masih boleh makan selagi azan subuh belum berkumandang.

      Nombor sepuluh. Wanita berterawih ramai-ramai tapi tak menjaga aurat. Perkara ni lazimnya dilakukan para remaja la. Pergi masjid nak berterawih. Bawak telekung. Tapi dalam perjalanan nak pergi masjid tu pakai baju lengan pendek, baju ketat dan sebagainya. Nak pergi terawih tu dah betul. Tapi pakaian tak betul. Jadi, nak mudah pakai jer telekung dari rumah. Aurat complete terjaga. 

     Yang kesebelas dan terakhir. banyaknya. Memasuki bulan ramadan bersama-sama harta yang haram. Apa harta yang haram tu? Contohnya hasil mencuri. Nak masuk bulan ramadan ni sepatutnya sucikan diri daripada benda-benda yang haram. Barulah berkat berpuasa. 

     Inilah sebelas kesilapan yang umat Islam tidak sedari ketika berpuasa. Diharap dengan wujudnya entry ini umat Islam khususnya para blogger dapat memperbetulkan apa yang telah disenaraikan tadi jika ada yang melakukan.

http://www.apesal.com/rd/56273/2896

Comments

Popular posts from this blog