MALAPETAKA BAKAL TERJADI PADA RAMADHAN INI??

OLEH
Muhasabah Diri
 https://www.facebook.com/muhasabah.diri.54
 


Mungkin ada di kalangan sahabat kita, bagi mereka kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .

“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]

Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.

Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.

Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.

Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.

Komentar terhadap hadith

Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.

Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhoif Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status PALSU.

Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.

Firman Allah swt :-

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha :Ayat 15 - 16].

*Usah terlalu risau tentang kiamat besar, itu urusan Allah.Tugas kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini, mencari bekalan untuk ke alam akhirat dan mengharapkan keredhaanNya...Seharusnya yang lebih kita khuatirkan adalah kiamat kecil yakni kematian..kerana itu lebih pasti dan lebih dekat.Oleh itu jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan hanya takut kepadaNya semata-mata..wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog