10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulanRamadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith
2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara danpara sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungandengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadiselama anda berhubungan.
3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupunsesudahnya
4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)
5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islamditempat anda.
6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu-upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalandalam hidup setelah Ramadhan berlalu
7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selamaIbadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala
8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allahdan perbayak bersabar.
9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.
Kiriman: Husin, Muhammad Haris: Mr.
(e mail: muhammadharis.husin@epcos.com)
Comments
Post a Comment