Sekularisme melahirkan manusia yang rosak
Mengapa ramai manusia yang mengaku Islam tetapi tidak terdidik dengan Islam? Jawapannya, kerana sistem yang mendidiknya pada hari bukanlah sistem Islam! Sistem yang diamalkan pada hari ini dipenuhi dengan kebebasan dari segi tingkah laku di mana hubungan lelaki dan perempuan dibiarkan sebebas-bebasnya. Malah saban hari media cetak dan elektronik mengiklankan dan menggalakkan gaya hidup ala binatang seperti ini.
Sistem pendidikan yang ada tidak diteraskan kepada aqidah Islam yang natijahnya melahirkan individu yang tidak memiliki syakhsiah Islam dan gagal memahami serta menyedari bahawasanya berzina itu haram dan pembuangan bayi boleh dianggap membunuh dan berdosa besar di sisi syarak. Bayangkanlah di peringkat sekolah lagi telah terjadi kes kehamilan (perzinaan) dan berakhir dengan pembunuhan yang penuh tragis seperti ini. Inilah realiti kehidupan di dalam sebuah negara sekular yang memisahkan agama dari kehidupan.
Inilah antara bukti kegagalan sistem sekular yang diterapkan oleh pemerintah yang ada. Inilah buah tangan yang dihadiahkan oleh penjajah berupa sistem kufur yang menafikan agama sebagai pengatur hidup. Ternyata pelbagai usaha serta kempen yang dianjurkan oleh pemerintah sebagai penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi seperti kempen ‘Kami prihatin,’ Sekolah Harapan, baby hatch dan yang terkini Pendidikan Seks, kesemuanya merupakan penyelesaian yang cukup lemah dan sia-sia.
Islam telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah hubungan yang dijalin melalui ikatan pernikahan. Dengan ikatan halal inilah pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya dari mereka akan lahirlah zuriat umat manusia.
Islam juga telah menetapkan sekiranya berlaku perzinaan, maka pelakunya wajib dihukum rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat 100 kali (bagi pasangan yang belum berkahwin) sepertimana Firman Allah SWT:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya dengan seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [TMQ An-Nur (24):2]
Maka untuk menyelesaikan masalah manusia secara menyeluruh, tidak ada cara lain melainkan kembali kepada Islam dengan menerapkan syariat dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara. Allah telah menurunkan sistem kehidupan yang sempurna untuk manusia seperti sistem pendidikan, ekonomi, pergaulan, uqubat dan sebagainya. Sesungguhnya hanya dengan sistem Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembuangan bayi serta seribu satu macam masalah yang lainnya. Inilah sistem yang mampu mengatur kehidupan manusia kerana ianya dicipta oleh Pencipta sekalian makhluk iaitu Allah SWT.
Sebagai individu, marilah sama-sama berusaha untuk menanamkan ketaqwaan dalam diri kita. Sebagai anggota masyarakat, menjadi kewajipan kita untuk mengajak kepada perkara yang makruf dan mencegah dari segala kemungkaran. Kepada pihak pemerintah, wajib ke atas kamu menerapkan sistem Islam dan berdosa besarlah pemerintah yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan!
(Sumber : Berita Harian)
Bahaya Ghibah dan Buhtan
Allah berfirman maksudnya: “Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai
Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu
yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda
ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab
Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah
melakukan buhtan (pembohongan besar).”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Hari ini umat Islam dihidangkan dengan berita-berita yang mengaibkan
peribadi seseorang. Ia terpampang di dada-dada akhbar dan media
elektronik dan dijadikan berita utama. Umat Islam pula secara terbuka
membicarakan berita-berita yang mengaibkan itu tanpa sedikitpun terdetik
dihati bahawa apa yang diperkatakan mendatangkan dosa yang besar dan
kemurkaan Allah SWT. Hadis yang dibacakan dengan jelas menegaskan bahawa
yang menjadi soal bukan samada berita yang dihebah dan dihebohkan itu
benar ataupun tidak. Peringatan penting dari hadis itu ialah perbuatan
menghebah dan menyebarkan berita yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan
seseorang adalah dosa besar meskipun ianya benar. Kalaulah berita benar
sekalipun sudah dihukum berdosa apatah lagi jika berita yang dihebahkan
itu cerita bohong maka dosanya jauh lebih besar lagi.
Kita diberi amaran yang sangat keras dari Allah SWT tentang
membicarakan sesuatu yang tidak ada kepastian sebagaimana yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.”
Riwayat Muslim)
Allah berfirman maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani”.(Al-Hujurat 12)
Inilah perkara asas dalam agama kita yang perlu diperhatikan dengan
serius kerana perbuatan mendedahkan keaiban seseorang sangat besar
kesannya di dalam masyarakat. Ia bolih menjejaskan nama baik dan maruah
diri dan keluarganya, menimbulkan tanggapan negatif, menghilangkan
kepercayaan bahkan mencetuskan permusuhan dan huru hara. Kita diharamkan
mendedahkan keaiban seseorang meskipun ia benar. Bagaimana pula jika
yang disebarkan itu fitnah atau ‘buhtan’ yaitu cerita bohong…
Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang
Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain
terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang
sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang
oleh Allah”. Ini adalah lafaz Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Muslim
perawi (Abdullah bin ‘Amar) r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang
bertanya Nabi s.a.w. katanya: “Orang Islam manakah yang lebih baik”?
Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain
terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya”
Kita bukan sahaja dilarang menghebahkan keaiban seseorang bahkan
mencari-cari kesalahan seseorang yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi
juga dilarang.
Dari satu riwayat yang mahsyur,‘Umar RA telah memanjat rumah seorang
lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut
telah membantah ‘Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu
perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara.
‘Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta’ala telah berfirman
(maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain.
Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya:
Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah
memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu
masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu
lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya).
Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…
Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan
bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki
tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat.
Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di
luar rumah tersebut.” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar
al-Khair 1990).
Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ dalam bab Hisbah
menyatakan suruhan Amar Makruf hanya berlaku apabila ia ditinggalkan
secara terang-terangan dan nahi mungkar hanya berlaku apabila maksiat
nyata dilakukan secara terang-terangan. Ini bererti umat Islam
diharamkan dari mengintip dan mencari kesalahan seseorang, sedangkan dia
sendiri melakukannya secara sembunyi kerana tidak mahu aibnya diketahui
masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksdu:
“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Lantaran itu Prof Dr yusuf Qardhawi mengatakan tidak ada peruntukan
undang-undang bagi menjatuhkan hukuman ke atas orang yang melakukan
maksiat secara bersembunyi
(Al-Qardhawi: Min fiq ad-daulah fil Islam)
(Al-Qardhawi: Min fiq ad-daulah fil Islam)
Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis ‘barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Perkara ini semakin serius apabila ia melibatkan qazaf iaitu menuduh
seseorang melakukan jinayah zina tanpa mengemukakan empat orang saksi
dan tidak melalui proses atau saluran undang-undang
Firman Allah (maksudnya): “Dan orang-orang yang melemparkan
tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian
mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan
puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah
al-Nur: Ayat 4).
Tindakan mendedahkan aib peribadi adalah sesuatu yang diharamkan oleh
Allah. Namun Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan umum dan
tidak akan melindungi perbuatan zalim yang dilakukan oleh mana-mana
pihak. Jika perbuatan itu melibatkan kezaliman ke atas seseorang seperti
jenayah pembunuhan, rogol, rompak dan sebagainya maka maka menjadi
kewajipan untuk perbuatan ini didedahkan supaya orang yang dizalimi
mendapat pembelaan dan orang lain terpelihara dari menjadi mangsa
seterusnya.
Firman Allah (maksudnya): “Allah tidak suka kepada
perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk
mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan
(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu
melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan
kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah
adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
(Rujukan: Intisari dari isi khutbah IKRAM)
http://fitrahislami.wordpress.com
Comments
Post a Comment