KTS: Hudud bukan penyelesaian masalah sosial
Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, penguatkuasaan undang-undang juga tidak akan dapat menangani masalah seperti seks luar nikah, pembuangan bayi, dan juga hubungan sejenis.
Beliau percaya hukum hudud merupakan langkah terakhir untuk menghukum mereka yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks luar nikah.
Menurutnya, hukum hudud antara lainnya memperuntukkan saksi yang disyaratkan sebagai individu yang tidak meninggalkan solat dan bukan seorang fasik.
"Kalau dalam hukum hudud pun, kita kena datangkan empat saksi. Senang ke nak datangkan saksi itu, saksi yang tak tinggalkan sembahyang, saksi yang tidak fasik.
"Kalau kita jalan, tengok benda yang haram, dah jatuh fasik. Kalau tak istighfar, dah kekal fasik.
"Senangkah hendak dapat saksi begitu di zaman ini? Sebab itu kalau sudah dapat empat itu baru boleh dapat hukum hudud.
"Hendak dapatkan empat itu baru boleh jatuh hukum hudud, kalau tidak, tak sah hukum itu," katanya.
Pada masa sama, Fauziah percaya pelaksanaan undang-undang tidak akan mampu menangani masalah sosial.
Beliau memberikan contoh undang-undang berkaitan pengedaran dadah yang ketat di negara ini tetapi masih tidak mampu mengekang jenayah tersebut.
"Pada kamilah, kalau kita letak mendahulukan hukum, orang takkan dapat (ikut). Jangan cakap hukum Islam, kalau sebut dadah, banyak juga orang kena gantung kerana dadah sebab orang tidak takut," katanya.
Pada masa sama katanya, institusi-institusi yang didirikan bertujuan untuk menangani masalah tersebut juga gagal memenuhi tujuan asal penubuhannya.
"Kita lihat, tidak berlaku apa-apa perubahan pun. Malah, makin bercambah-cambahlah anak-anak luar nikah ini dilahirkan dan rumah-rumah urut juga tidak pernah berkurang pun," katanya.
Beliau sebaliknya menganjurkan pendekatan mendidik masyarakat seperti dilakukan Nabi Muhammad sewaktu memimpin golongan awal penganut Islam di Mekah.
Menurutnya, Rasulullah sendiri sewaktu mula mendidik umat Islam juga mengambil pendekatan mengenal dan mencintai Tuhan dan bukan pendekatan menghukum.
"Sebab itu Rasulullah masa di Mekah dahulu pada peringkat awalnya memperkenalkan masyarakat dia agar menyembah Allah.
"Kemudian diceritakan tentang syurga supaya manusia mahu ke syurga dan kemudian cerita tentang neraka.
"Itulah dakwah pertama Rasulullah selama 13 tahun menceritakan hal itu sampai di Madinah barulah cerita tentang syariat," katanya.
http://www.malaysiakini.com
HUDUD bukan penyelesaian masalah sosial apa kata POKNIK?
"Pada kamilah, kalau kita letak mendahulukan hukum, orang takkan dapat
(ikut). Jangan cakap hukum Islam, kalau sebut dadah, banyak juga orang
kena gantung kerana dadah sebab orang tidak takut,"
Kelab Taat Suami (KTS) menolak undang-undang hudud sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dalam negara ini.
Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, penguatkuasaan undang-undang juga tidak akan dapat menangani masalah seperti seks luar nikah, pembuangan bayi, dan juga hubungan sejenis.
Beliau percaya hukum hudud merupakan langkah terakhir untuk menghukum mereka yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks luar nikah.
Menurutnya, hukum hudud antara lainnya memperuntukkan saksi yang disyaratkan sebagai individu yang tidak meninggalkan solat dan bukan seorang fasik.
Namun, individu seperti itu sukar dicari pada masa ini, katanya.
"Kalau dalam hukum hudud pun, kita kena datangkan empat saksi. Senang ke nak datangkan saksi itu, saksi yang tak tinggalkan sembahyang, saksi yang tidak fasik.
"Kalau kita jalan, tengok benda yang haram, dah jatuh fasik. Kalau tak istighfar, dah kekal fasik.
"Senangkah hendak dapat saksi begitu di zaman ini? Sebab itu kalau sudah dapat empat itu baru boleh dapat hukum hudud.
"Hendak dapatkan empat itu baru boleh jatuh hukum hudud, kalau tidak, tak sah hukum itu," katanya.
Pada masa sama, Fauziah percaya pelaksanaan undang-undang tidak akan mampu menangani masalah sosial.
Beliau memberikan contoh undang-undang berkaitan pengedaran dadah yang ketat di negara ini tetapi masih tidak mampu mengekang jenayah tersebut.
"Pada kamilah, kalau kita letak mendahulukan hukum, orang takkan dapat (ikut). Jangan cakap hukum Islam, kalau sebut dadah, banyak juga orang kena gantung kerana dadah sebab orang tidak takut," katanya.
Pada masa sama katanya, institusi-institusi yang didirikan bertujuan untuk menangani masalah tersebut juga gagal memenuhi tujuan asal penubuhannya.
"Kita lihat, tidak berlaku apa-apa perubahan pun. Malah, makin bercambah-cambahlah anak-anak luar nikah ini dilahirkan dan rumah-rumah urut juga tidak pernah berkurang pun," katanya.
Beliau sebaliknya
menganjurkan pendekatan mendidik masyarakat seperti dilakukan Nabi
Muhammad sewaktu memimpin golongan awal penganut Islam di Mekah.
Menurutnya, Rasulullah sendiri sewaktu mula mendidik umat Islam juga mengambil pendekatan mengenal dan mencintai Tuhan dan bukan pendekatan menghukum.
"Sebab itu Rasulullah masa di Mekah dahulu pada peringkat awalnya memperkenalkan masyarakat dia agar menyembah Allah.
"Kemudian diceritakan tentang syurga supaya manusia mahu ke syurga dan kemudian cerita tentang neraka.
"Itulah dakwah pertama Rasulullah selama 13 tahun menceritakan hal itu sampai di Madinah barulah cerita tentang syariat," katanya.
Menurutnya, Rasulullah sendiri sewaktu mula mendidik umat Islam juga mengambil pendekatan mengenal dan mencintai Tuhan dan bukan pendekatan menghukum.
"Sebab itu Rasulullah masa di Mekah dahulu pada peringkat awalnya memperkenalkan masyarakat dia agar menyembah Allah.
"Kemudian diceritakan tentang syurga supaya manusia mahu ke syurga dan kemudian cerita tentang neraka.
"Itulah dakwah pertama Rasulullah selama 13 tahun menceritakan hal itu sampai di Madinah barulah cerita tentang syariat," katanya.
HUDUD ~ Apa Jawapan Kita Kepada ALLAH?
Assalamualaikum Saudara WanWMA.
Saya ingin menanyakan sesuatu berkenaan HUDUD. Sejak akhir-akhir ini HUDUD sentiasa dibicarakan di media-media massa mahupun elektronik dan ini berkemungkinan disebabkan oleh mungkinnya pilihanraya umum yang semakin dekat. Seperti yang kita tahu Parti PAS yang dinaungi oleh Tun Guru Nik Aziz sentiasa melaungkan pelaksanaan Hukum HUDUD namun persoalannya adakah pelaksanaannya boleh dilaksanakan sekarang kerana pada hemat saya hukum Hudud ini banyak benda perlu dititikberatkan. Antaranya dari segi Ilmu,tahap keimanan, Sosio Ekonomi, Kebajikan dan sebagainya.
Untuk Huraian yang lebih jelas katakan lah Parti PAS ingin laksanakan HUDUD di negeri Kelantan, adakah rakyatnya telah cukup keimanannya dan ilmunya terhadap ajaran Islam yang sebenarnya, manakala dari segi sosio-ekonomi adakah kerajaan Kelantan dari segi ekonominya rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai sehingga tidak perlu rakyatnya mengemis, papa ataupun berhijrah ke ke negeri lain untuk mendapatkan sesuap nasi dan akhirnya dari segi kabajikan adakah kerjaan kelantan mempunyai dana yang cukup untuk memberi bantuan kepada rakyatnya yang dipotong tangan akibat mencuri kerana kemungkinan si pencuri tidak mampu lagi berdikari untuk mencari nafkah tambahan lagi sekiranya sudah bekeluarga kerana apa yang kita tahu dikalangan rakyat kelantan sendiri pun hidup susah. Justeru saya ingin mendapatkan pandangan daripada saudara WanWMA berkenaan isu ini?Waalaikumussalam…
Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang bertanya. InsyaAllah di sini saya akan terangkan secara panjang lebar tentang persoalan yang ditimbulkan. Bagaimanapun terlebih dahulu ingin saya nyatakan di sini bahawa saya tidak akan mengemukakan pendapat, pandangan atau cadangan. Sebaliknya saya hanya akan menghuraikan soal jawab mengikut hukum dan syariat Islam semata-mata.
Petikan dari Wikipedia:
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.Hudud adalah hukum Allah yang sama kewajipannya ke atas umat Islam seperti solat, puasa, haji, nikah kahwin dan jual beli. Jika ditanya apa pandangan saya tentang hudud dan patutkah ia dilaksanakan, ia seolah-olah kita bertanya “Apakah pendapat anda tentang solat? Patutkah ia dilaksanakan? Adakah sudah cukup keimanan kita untuk menunaikan solat?”
Jika begini maka Allah sendiri telah mengajar kita untuk menjawabnya iaitu “Sami’na wa ato’na ~ Aku dengar dan aku patuh!”. Persoalan yang boleh ditimbulkan bukan “Patutkah hudud dilaksanakan?” tetapi “Bagaimanakah cara untuk melaksanakannya?“
Islam itu terdiri dari 4 faktor:Jika kita hanya mengambil sebahagian daripadanya maka kita mungkin akan terkeluar dari Islam. Ini adalah perkara yang serius.
- Ibadah
- Muamalat (ekonomi atau jual beli)
- Munakahat (perkahwinan dan perhubungan)
- Jinayat (perundangan) ~ Di sinilah terletaknya undang-undang hudud.
Ingin membicarakan soal hudud perlukan ilmu. Jika tiada ilmu, saya sendiri tidak berani mempersoalkan hukum Allah. Samada ia dilaksanakan atau tidak dilaksanakan, itu hak pihak berkuasa. Kita sebagai masyarakat apakah yang patut kita lakukan? Sebaiknya tanamkanlah ke dalam hati dan berdoa supaya hukum Allah berjaya ditegakkan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Kerana suatu hari nanti kita akan mati dan akan dihisab. Apakah yang ingin kita jawab sekiranya kita adalah golongan yang mempersoalkan hukum Allah? Meskipun mungkin kita ada jawapannya namun mungkinkah jawapan itu bertepatan dengan kehendak Allah?
Oleh itu, lebih bijak jika kita memilih untuk berkata “Ya Allah, aku tidak layak untuk memastikan hukum Mu dilaksanakan di negaraku. Namun akulah antara orang yang ingin menegakkannya! Sesungguhnya aku dengar perintah-Mu dan aku patuh!”. Senadainya kita ingin mempersoalkan juga, maka jawapan kita hanya akan berpaksikan kepada keupayaan fikiran manusia semata-mata. Bukan kehendak hukum. Dan di bawah ini adalah antara jawapan yang diberikan oleh para artis.
Pandangan Artis
Kenyataan mereka telah menimbulkan banyak salah faham orang ramai dan turut menyebabkan kemarahan golongan yang selayaknya memberikan hujah. Disebabkan itu Wardina selaku artis memberi teguran:
Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal. ~ Wardina Safiyyah OfficialPage
http://erozbyte.com/
You might also like:
Comments
Post a Comment