Simbolik tersurat bangau oh bangau.
bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
macam-mana aku tak kurus,ikan tak mahu timbul - ikan tak mahu timbul
ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul?
macam-mana aku nak timbul, rumput panjang sangat - rumput panjang sangat
rumput oh rumput, kenapa engkau panjang?
macam-mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku - kerbau tak makan aku
kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
macam-mana aku nak makan, perut aku sakit - perut aku sakit
perut oh perut, kenapa engkau sakit?
macam-mana aku tak sakit, makan nasi mentah - makan nasi mentah
nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
macam-mana aku tak mentah, api tak mahu menyala - api tak mahu menyala
api oh api, kenapa engkau tak mahu menyala?
macam-mana aku nak menyala, kayu api basah - kayu api basah
kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
macam-mana aku tak basah, hujan timpa aku - hujan timpa aku
hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
macam-mana aku tak timpa, katak panggil aku - katak panggil aku
katak oh katak, kenapa panggil hujan?
macam-mana aku tak panggil, ular nak makan aku - ular nak makan aku
ular oh ular, kenapa nak makan katak?
macam-mana aku tak makan, memang makanan aku - memang makanan aku!!
Lagu bangau oh bangau, tidak pula aku tahu siapa yang
mencipta liriknya, tapi jelas dari lagu ini ada kisah tersurat dan tersirat. So
1st kita lihat kisah tersuratnya.
Secara umumnya lagu ini menunjukkan kisah saling menyalahkan antara satu sama
lian, yang mana tidak ada siapa pun mahu mengaku salah, begitulah juga halnya
dengan masyarakat Malaysia sekarang, mungkinkah ini adalah impak dari
penceritaan lagu ini dari generasi ke generasi?
Lihat sajalah bila berlakunya jambatan runtuh, tanah runtuh, bangunan runtuh dan lain-lain. Semuanya menunding jari kesana sini, ini salah sifulan, salah jabatan sifulan, kenapa begini? sedangkan yang lebih utama mencari penyelesaian dan memastikan ia tidak berulang di kemudian hari. Sedangkan tanpa kita sedari, satu jari menunding orang lain, 3 jari menunding diri sendiri.
Inilah pentingnya keikhlasan dalam perlaksanaan sesuatu tindakkan atau perancangan. Ikhlas mudah disebut tapi apa maksud sebenar ikhlas itu sendiri, ramai yang tidak memahaminya, lantaran itu amalan yang dilakukan tidak menjurus seperti yang sepatutnya. Jadi asas sesuatu tindakan mestilah ikhlas.
Pelaksanaan/kaedah/system yang digunakan atau di ketengahkan seharusnya dan semestinya secara hikmah, iaitu tidak memberikan kemudharatan kepada pihak yang lain. Pelaksananya pula mestilah melaksanakannya dengan konsep ukhuwah, untuk kemeslahatan bersama. Bukannya untuk mementingkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu. Hal ini hanya berlaku sekiranya kita kembali kepada asas yang utama. Al-Quran dan hadis.
Malah Allah sendiri mensarankan kita melakukan sesuatu itu dengan hikmah, menghalang juga dengan hikmah.
As-syahid Imam Hasan Al-Banna juga ada menyatakan dalam bukunya pada usul kedua:
_______________________________________________Lihat sajalah bila berlakunya jambatan runtuh, tanah runtuh, bangunan runtuh dan lain-lain. Semuanya menunding jari kesana sini, ini salah sifulan, salah jabatan sifulan, kenapa begini? sedangkan yang lebih utama mencari penyelesaian dan memastikan ia tidak berulang di kemudian hari. Sedangkan tanpa kita sedari, satu jari menunding orang lain, 3 jari menunding diri sendiri.
Inilah pentingnya keikhlasan dalam perlaksanaan sesuatu tindakkan atau perancangan. Ikhlas mudah disebut tapi apa maksud sebenar ikhlas itu sendiri, ramai yang tidak memahaminya, lantaran itu amalan yang dilakukan tidak menjurus seperti yang sepatutnya. Jadi asas sesuatu tindakan mestilah ikhlas.
Pelaksanaan/kaedah/system yang digunakan atau di ketengahkan seharusnya dan semestinya secara hikmah, iaitu tidak memberikan kemudharatan kepada pihak yang lain. Pelaksananya pula mestilah melaksanakannya dengan konsep ukhuwah, untuk kemeslahatan bersama. Bukannya untuk mementingkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu. Hal ini hanya berlaku sekiranya kita kembali kepada asas yang utama. Al-Quran dan hadis.
Malah Allah sendiri mensarankan kita melakukan sesuatu itu dengan hikmah, menghalang juga dengan hikmah.
As-syahid Imam Hasan Al-Banna juga ada menyatakan dalam bukunya pada usul kedua:
Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa arab, dengan tidak membepatkan dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.Maka dengan ini setiap pelaksanaan itu Insyaallah akan mencapai matlamat yang baik dan mendapat barakah Allah. Ini kerana kehidupan adalah sesuatu yang bermula dari dalam alam rahim hinggalah kita hembuskan nafas yang terakhir dan setiap amalan even sebesar zarahpun akan dinilai dan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.
al-Quran 16:125, 99:7-8
Usul 20, As-Syahid Imam Hasan Al-banna
p/s: sekadar cetusan minda selepas subuh. da 10 ramadhan terakhir ni...kuatkan usaha..,banyakkan amal
http://mynzm.net/wp/index.php/page/2
Comments
Post a Comment