Waktu dan Tempat Mustajab Doa
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Baru-baru ini ada soalan dari halaqian bertanya tentang doa ketika hari Arafah. Kesinambungan dari entri ummi bertajuk Fadilat Arafah Di Mana-Mana, maka ummi sambung dengan entri hari ini bertajuk waktu-waktu mustajab doa.
Kita di Malaysia hanya bertemu waktu mustajab doa sahaja,sedangkan jika kita pergi ke Tanah Haram , iaitu Madinah Munawarah dan Makkah Mukaramah,kita bertemu tempat mustajab doa.
Hanya ada satu ketika sahaja , kita dapat bertemu tempat dan waktu mustajab doa iaitu, selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah di Padang Arafah.
Terdapat beberapa tempat mustajab doa di Tanah Haram seperti:

1. Di dalam Ka'bah
2. Hajar Aswad,
3. Rukun Yamani,
4. di bawah Pancuran emas (Mizab),
5. Hijir Ismail,
6. Multazam,
7. di belakang Maqam Ibrahim,
8. Telaga Zamzam,
9. Masy'aril Haram,
10. di atas bukit Sofa,
11. di atas bukit Marwah,
12. di tempat wukuf Arafah,
13. ketika jumrah aqabah,
14. ketika jumrah wustha, dan
15. saat jumrah ula
16. Di Raudhah dalam Masjid Nabawi
1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).
Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga
azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali.
Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali
kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk
berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk
dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan
daripada api neraka.
Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.
2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.

3. Di Belakang Telaga Zam-Zam
iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim.
Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan
telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki
dan wanita. Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah
ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat. Namun kawasan telaga
sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter
dan berbingkai besi bewarna timah.
Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di
sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam
10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita.
Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika
sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti
yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
4. Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.

5. 2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam
dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini
kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini
ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.
Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.
Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.
6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan
seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa. Jadi
arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil
Haram.
7. Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.
8. Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.
9. Tempat asal Hajar Aswad (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

Dari
Anas bin Malik r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda
"Barangsiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir
sampai matahari terbit, kemudian dia solat dua rakaat, maka ia mendapat
pahala seperti pahala orang haji dan umrah." Dan Rasulullah s.a.w.
bersabda, "sepenuhnya sepenuhnya, sepenuhnya." (HR Tirmidzi dan ia
mengatakan hasan garib.)
Pergilah bila-bila pun, kita boleh berdoa di tempat mustajab doa ini. Kenapa kita berdoa? Ini kerana
Hubungan seorang hamba dengan tuhannya, dapat dipereratkan dengan selalu berdoa. Boleh klik, untuk baca apa yang dikatakan hubungan hamba dengan tuhannya.
Kembali kepada soalan berkaitan doa ketika hari Arafah...
Ya, benar, doa arafah bukan sahaja baik dibaca oleh jemaah haji tetapi untuk seluruh manusia walaupun tidak berada di Padang Arafah. Berdoa-doalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah,hak menunaikan adalah hak Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui segala hajat yang ada dihati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.Assalamualaikum,Jawapan :
Saya nak minta pendapat halaqian tentang doa waktu wukuf di Arafah. Benarkah doa tidak hanya dibaca oleh jemaah haji yang berada di padang Arafah waktu itu, tetapi juga digalakkan bagi semua kaum muslimin tidak kira dimana.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi)
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186)Satu-satunya doa dimakbulkan Allah pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah. Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.
Ini satu-satu kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambanya. Selalunya di Malaysia kita hanya bertemu dengan masa mustajab doa.Ia itu :
Waktu-waktu Mustajab Do'a
Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya' sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa). Begitu juga berdo'a kepada Allah s.w.t ada waktu-waktu mustajab do'a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.
Menurut Ibn Atha', do'a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap do'a itu ialah berdo'a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.
Terdapat 22 waktu dimakbulkan do'a ialah :
1.Berdo'a sewaktu hujan turun.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".(Hadis Riwayat Abu Daud).
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.
3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?"(Hadis Riwayat B ukhari dan Muslim)
6.Waktu di antara azan dan iqamah.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).
7.Ketika sujud dalam solat.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo'a." (Hadis Riwayat Muslim).
8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.
Quote:
Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:
pertama:
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ
الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ
الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian
kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR
Muslim 1276)
kedua:
ketiga:
kedua:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ
لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا
أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ
الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan,
ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan,
yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui
daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu,
tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).ketiga:
اللَّهُمَّ إِنِّي
ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi
diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan
dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu
dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang."
(Bukhari 6181 dan Muslim 6819).
SUMBER http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/doa-selepas-tahiyat-akhir.html
9.Selesai solat fardu.
"Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., 'Do'a manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Do'a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).
10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tiga bentuk do'a yang dimustajabkan Allah; do'a ibu bapa terhadap anak, do'a orang yang berpuasa dan do'a orang yang bermusafir." (Hadis Riwayat Baihaqi)
11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.
12.Ketika khatam 30 juz al-Qur'an.
13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do'a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya". (Hadis Riwayat Bukhari).
14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Tiga bentuk do'a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do'a orang yang teraniaya, do'a orang yang bermusafir dan do'a ibu bapa terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Abu Daud).
15.Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik do'a adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik do'a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah, Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo'a kepada Allah lalu Allah terimanya."(Hadis Riwayat Ibn Majah)
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi."
18.Waktu menerima ujian.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan do'a orang yang menderita apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml ayat 62)
19.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Dua jenis do'a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do'a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."(Hadis Riwayat Abu Daud)
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu."(Hadis Riwayat Muslim)
21.Selepas saat kematiaan seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdo'a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo'akan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendo'akan untuk Abu Salamah r.a".

22.Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat."(Hadis Riwayat Bukhari)
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo'a diwaktu-waktu mustajab do'a. Semoga dengan ikhtiar kta yang sedikit ini Allah perkenankan do'a-do'a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.
Rujukan Mustajab Doa :
Dipetik dari buku 101 Do'a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
http://hati-seorang-ummi.blogspot.com
Comments
Post a Comment