Sihat Sebelum Sakit. Hidup Sebelum Mati
Lucu. Selama ini jika saya tapau nasik sekali hidang pun boleh licin. Saya boleh habiskan semuanya. Banyaknya saya makan! Teruk betul...
Alhamdulillah. Sekarang ini, dua kali
makan pun tak boleh nak habiskan. Huhu. Insaf. Betapa selama ini telah
banyak saya menyeksa diri sendiri. Menjadikan perut ini sebagai tong -
memasukkan makanan yang tak diperlukan oleh tubuh secara berlebihan.
Terlupa barangkali, banyak penyakit, puncanya datang dari perut. Dari makanan - apa yang kita makan.
Saya teringat kata-kata seorang teman dahulu kala. Katanya.. "Daripada makan secara berlebihan, lebih baik kita bagi lebihan makanan itu kepada khinzir. Dapat pahala berbuat baik kepaada makhluk. Tidak memudaratkan diri sendiri. Dan kononnya tak mahu membazir, hakikatnya kita rugi besar!"
Betul juga. Bila terlebih makan akan mendatangkan pelbagai macam penyakit. Bila dah sakit. Kita perlukan duit untuk membiaya kos perubatan. Bila terlebih makan juga, bentuk badan tidak lagi menarik, mungkin boleh jadi gemu. Bila dah gemuk nak kuruskan badan pun perlukan duit. Dan yang lagi utama. Bila dah sakit, macam-macam masalah menanti. Kita mungkin tak dapat ke tempat kerja, tanpa kerja maka tiada pendapatan masuk. Mana sumber pendapatan kita? Dan bila dah sakit, pergerakan kita juga akan terbatas. Mungkin juga tak boleh makan lagi. Juga mungkin menyulitkan kita untuk beribadah kepada Allah swt. Kemanisan beribadah mungkin akan hilang. Hilang fokus dan kekusyukan.
Pendek kata, makan secara berlebihan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Merugikan diri sendiri... Rugi....
Oleh itu. Jom! Jom latih diri. Berpada-pada dalam mengambil makanan. Makan untuk hidup, bukannya kita hidup untuk makan. Bukankah Allah telah berfirman bahawa Dia mencipta kita sebagai khalifah, untuk beribadah kepadaNya. Janganlah kerana 'makan' kita hilang upaya sebagai khalifah dan tidak lagi dapat beribadah dengan bersungguh-sungguh kepadaNya.

Ayuh. Jaga perut kita. Perhatikan apa
yang masuk ke dalam perut kita. Elok mulakan dari sekarang, Ramadhan
nanti kita akan bertambah 'stabil' dan insyaAllah lepas tu boleh terus
istiqamah. InsyaAllah, bila tubuh sihat dan cergas, bertambah ringan
untuk kita rukuk dan sujud kepada Allah swt. Moga dapat perbanyakkan
ibadah kepada Allah swt, selagi kita masih hidup, sebelum mati
menjemput. Bila dah mati, tiada lagi u-turn. Semuanya sudah terlambat.
Ingat-ingatlah kita.
Jaga tubuh kita. Ya? Ia juga amanah dari Allah swt. Selamat persiapkan diri untuk menyambut ketibaan Ramadhan yang dirindui. Kurang 14 hari saja lagi. Semoga Allah panjangkan umur kita dan memberi kita kesempatan untuk menikmati keindahan bulan penuh kerahmatan itu. InsyaAllah. Amin..

Sebelum berundur, mohon ampun maaf atas
segala salah silap saya selama ini, segala yang terlebih atau terkurang,
ya? Doakan saya dan kita semua sentiasa di bawah naungan kasih, limpah
rahmat Ilahi. Taat mengerjakan suruhanNya dan bersungguh-sungguh
menjauhi segala laranganNya. Moga Allah membimbing dan memimpin hati
kita untuk sentiasa dekat denganNya, amin ya rabb..
Comments
Post a Comment