Pemimpin berdosa besar jika pengikutnya abaikan perintah Agama
Kita wajib memastikan ahli keluarga, isteri , anak anak dan mereka yang di bawah jagaan kita supaya mendirikan solat dan jangan biarkan mereka menguzurkan diri.Dan bagi mereka yang tidak patuh terhadap suruhan ini hendaklah kita marahi dan menakut nakutkan mereka dengan sungguh sungguh.Marahnya kita kerana takutkan kemurkaan Allah.Kalau kita tidak bertindak demikian kita di sifatkan sebagai orang yang meringan ringankan agama, tuntutan Allah dan suruhNya.
Pemerintah sesebuah Negara dan pemimpin sesebuah harakah menanggung amanah yang amat besar dan berat dan berdosa besar jika pengikut dan rakyatnya mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap agama, lebih lebih solat 5 waktu, solat berjemaah dan solat Jumaat.Meninggalkan solat adalah perkara yang semungkar mungkarnya, dosa yang sebesar besarnya dan perkara haram yang sekeji kejinya.
Sesiapa yang tidak patuh dan tidak peduli dengan suruhanNya hendaklah di hukum.Dan jika tidak berhasil hendaklah di pecat dari menyertai harakah atau partinya.Dan bagi pemerintah sesebuah negeri mereka ini hendaklah dibuang negeri.Sesungguhnya orang semacam ini adalah syaitan yang tiada kebaikan daripadanya dan tiada keberkatan untuk kita bersamanya.
Wallahu’alam
(Sumber: Syarah Syeikh Daud Abdullah Al Fathani dalam kitabnya Munyatul Musalli).
Comments
Post a Comment