DOA KETIKA SUJUD


 PERSOALAN

Saya ingin bertanya satu soalan. Baru2 ini saya kerap sujud lama semasa berjemaah, Alhamdulillah, sehingga satu hari imam menegur perbuatan saya itu. justeru itu saya telah mencari hukum sujud lama semasa berjemaah dan saya dapati bahawa sujud lama semasa berjamaah boleh membatalkan solat. 

jadi saya ingin bertanya kepada ustaz atau sesiapa sahaja yang mengetahui, bagaimana dengan solat2 berjemaah saya yang sebelum ini yang saya sujud lama tersebut. adakah ianya sah? kerana saya benar2 tidak tahu sujud lama semasa solat berjemaah boleh membatalkan solat.

JAWAPAN

 HUKUM SUJUD MELEBIHI IMAM

Adapun jika ada org yg ketika solat berjamaah itu sujud akhirnya melebihi panjang atau terlampau panjang, maka telah batal solatnya kerana itu adalah perbezaan yg amat buruk...adapun jika sujud akhirnya ketika solat berjamaah itu hanya sekejap saje...maka tidak batal solatnya...

Ramai masyarakat hari ini yg keliru tentang permasalahan ini...ada yg menyangka bahawa tuntutan untuk sujud lebih lama pada sujud terakhir tiap kali lepas solat itu turut dibolehkan bagi solat berjemaah...tapi itu adalah anggapan yg amat silap....ternyata disini bahawa org yg melakukan perkara sedemikian adalah org yg tidak belajar tentang hukum...ini kerana ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa bagi jemaah lain sehingga ada antara jemaah yg sujud begitu lama sehingga imam telah separuh membaca tahiyyat akhir...

bagi menjelaskan perkara ini...kita perlu merujuk pada hukum asal iaitu dibolehkan bagi seseorang itu sujud lama2 pada sujud yg terakhir selepas setiap kali waktu solat... bahkan tidak menjadi kesalahan bagi mereka yg mampu untuk melakukan sujud selama 2-3 jam sekalipun...

akan tetapi hukum ini hanya buleh digunapakai bagi solat berseorangan sahaja...ketika solat berjemaah...perbuatan seumpama ini boleh menyebabkan org yg sujud lama ketika akhir solat itu terbatal solatnya...batal kerana ia merupakan perbezaan yg cukup tidak baik...dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada kemungkinan sikap menunjuk2 yg buleh mendatangkan rasa tidak selesa pada kalangan jemaah lain...

akhir kata, adalah diharapkan agar tiada lagi yg mengamalkan sujud berlebihan pada akhir solat berjemaah...melainkan jika imam itu terkenal dengan mengamalkan sujud yg lebih lama pada akhir solat sebelum tahiyat akhir...kita semua tahu bahawa jika kita sengaja mendahului perlakuan imam 3 kali berturut2 maka akan batal solat kita...bagi makmun masbuk pula...perlu diketahui bahawa apabila imam sedang rukuk ketika kita hendak bersolat bersama imam...bila kita angkat takbir...tiba2 imam bangun iktidal...batal solat kita jika kita rukuk dikala imam telahpun iktidal...begitu juga ketika imam yg sedang sujud tiba2 bangun ketika kita sedang takbiratul ihram...kita imam dah bangun tapi kita masih nak sujud....maka solat kita itu adalah tidak sah...

 http://hady-83.blogspot.com

1
2


1
2
3
4
5
6
7
"Solatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam antara rukuknya, i'tidalnya, sujudnya, duduk diantara dua sujud, lamanya hampir sama." [HR. Bukhari dan Muslim].

SEBARKAN KLIP VIDEO INI sama ada melalui FACEBOOK, TWITTER, BLOG atau medium seumpamanya sebagai DAKWAH kita menegakkan HUKUM ALLAH SWT di samping mencari SAHAM AKHIRAT InsyaAllah..

PAHALA yang diterima oleh mereka yang menyebarkan ILMU berkekalan hingga ke AKHIRAT selagi manusia mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan atau disebarkan dan mengamalkannya.

Ilmu yang disampaikan itu sama ada melalui syarahan, penulisan, rakaman dan media cetak atau media elektronik maka dia mendapat ganjaran di sisi Allah, InsyaAllah...

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Apabila matinya seseorang itu, maka putuslah amalannya kecuali TIGA perkara iaitu, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT dan DOA ANAK YANG SOLEH"
(Riwayat Muslim termasuk Imam Ahmad)

Comments

Popular posts from this blog