7 SUMBER RIAK


Ustaz Nizam Kamaruzaman


• Ramainya orang yang rajin beribadat, tetapi kerajinannya ada tujuan tertentu, bukan bertujuan kerana Allah ta’ala; Maka sebab itu ibadatnya musnah akibat ketidak ikhlasannya serta mempunyai sifat riak dan takabur;

• 7 sebab manusia menjadi riak / ujub / takabur:-


1. dia merasakan amalannya hebat daripada orang lain;
2. dia merasakan keturunannya hebat. (Note: Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi atau dipusakai);
3. dia merasakan dia lebih kaya daripada orang lain (Note: Orang yang paling kaya adalah Nabi Sulaiman, antaranya dikurniakan isteri yang ramai serta zuriat yang ramai dll);
4. dia merasakan dia lebih cantik daripada orang lain. Orang seperti ini selalunya akan menampilkan dirinya lain dari yang lain;
5. dia merasakan dia lebih kuat daripada orang lain;
6. dia merasakan ilmunya lebih daripada orang lain sehingga dia membodoh-bodohkan orang yang tidak ada ilmu;
7. dia merasakan dia mempunyai ramai pengikut;


• Ramai yang kaya tetapi binasa diatas kekayaannya. Bila dia mendapat kesenangan dia tidak mengingati Allah, kerana terlalu sibuk melayan kekayaan duniawi yang di perolehinya, padahal dia lupa bahawa Allah yang telah memberi kesenangan itu;

• Ramai yang fakir tetapi binasa diatas kefakirannya. Fakir tidak sama dengan miskin. Ada yang miskin tetapi masih tidak mahu mengingati Allah, masih tidak mahu beribadat pada Allah. Benarlah kata Nabi, kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Orang Fakir ini lebih rendah nilainya daripada orang miskin. Islam tidak mahu kita menjadi fakir tetapi Islam mahu kita menjadi kaya, tetapi kaya dengan sifat qanaah, yakni sifat yang mencukupi;


• Ramai yang sihat tetapi binasa diatas kesihatannya. Bila dia sihat, dia tidak ingat pada Allah, tetapi bila sudah ditimpa kesakitan, barulah dia teringat akan Allah. Seperti lazim orang yang sakit akan selalu menyebut nama Allah, selalu berzikir pada Allah. Itulah sebabnya kadangkala bila kita mendapat sakit ianya adalah seperti mendapat satu rezeki, kerana pada ketika itulah ucapan ucapan membesarkan Allah akan keluar serta ingatan pada Allah akan bertambah kuat;


• Ramai yang alim tetapi binasa diatas ilmunya. Ada ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya untuk menegakkan keadilan. Ada ilmu tetapi tidak disebarkan atau dikembangkan;


• Ramai yang jahil tetapi binasa diatas kejahilannya. Jahil itu bermakna tidak berapa cerdik ataupun bodoh. Orang ini tidak tahu pasal agama tetapi masih mahu bercakap pasal bab agama. (Note: Menghadiri majlis ilmu agama adalah lebih
baik dari 1,000 rakaat solat sunat serta lebih baik dari menziarahi 1,000 orang sakit);


• Adab-adab menziarah orang sakit:-


1. Jangan duduk terlalu lama dengan orang sakit itu;
2. Jangan jamu air atau bancuh air untuk orang sakit itu;
3. Jangan bawa orang yang pesakit tidak suka akan kehadirannya;
4. Gembirakan hati pesakit;
5. Jangan cerita atau sembang perkara yang bukan-bukan dengan pesakit;


• Adab-adab menziarah keluarga orang yang meninggal dunia:-


1. Ucapkan takziah pada keluarga tersebut;
2. Jangan bergurau senda dirumah keluarga tersebut;
3. Jangan dijamu makan atau minum dirumah keluarga tersebut;
4. Hulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut;
5. Disunatkan baca surah yasin / al-fatihah / 3 qul;


• Kalau tidak ada lagi (a) orang-orang tua yang sudah bongkok yang masih ingat pada Allah (b) anak – anak muda yang masih nak ingat pada Allah (c) anak – anak kecil yang masih menyusu pada ibunya dan (d) binatang – binatang yang masih gemuk untuk membesar, Allah akan memberi azabnya dengan tidak menurunkan setitik air hujan pun, Allah juga akan menjadikan setiap tanah itu rata, Allah juga tidak akan menurunkan setitik makanan dan minuman serta Allah menjadikan langit itu besi bagi membakar manusia.

Catatan diambil oleh : Norhanizah Mohamad

Comments

Popular posts from this blog