- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, August 29, 2012







Solat Sunat Dhuha


Waktu dhuha merupakan waktu di antara ketika matahari naik sehingga matahari mulai condong.

Di Malaysia, waktu dhuha bermula pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Waktu sebelum itu ialah waktu syuruk.

Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha, dan hukumnya adalah sunat mu’akaddah, bermaksud sunat yang dituntut.

Justeru itu, solat dhuha sangat dituntut untuk diamalkan setiap hari.

Solat dhuha paling minima dilakukan 2 rakaat, namun ada hadis yang menyebut solat ini boleh dilakukan sebanyak 4, 6 atau 8 rakaat.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku;

*berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah),
*mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan
*mengerjakan solat Witir sebelum tidur
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Besarnya ganjaran bersolat dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari.

Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah,
setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah,
setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah,
setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah,
menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan
mencegah kemungkaran juga sedekah.

Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata:

Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.

- Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi),

kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah.

Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda:

Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.

– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha.

Baginda lalu bersabda, maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.

- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

~ WaLLaHu A'LaM ~

No comments:

Post a Comment