• Istilah atau maksud “Barzakh” itu ialah tempat. Manusia yang mati yang duduk dalam kubur ini tak berbuat apa-apa, dia cuma menunggu apa yang akan terjadi sama ada dia akan pergi ke syurga atau pun ke neraka.
• Manusia yang mati, yang berada dalam kubur itu hanya meninggalkan rohnya sahaja sementara jasadnya sudah tiada lagi.
• Barzakh ada dua yakni :-
a) Barzakh Syurga untuk orang – orang mukmin; dan
b) Barzakh Neraka untuk orang – orang yang kufur dan ingkar pada Allah Taala;
• Roh orang – orang yang soleh dan mukmin ini akan berehat-rehat sahaja, rohnya akan tidur dengan aman dan tenang. Bila rohnya terjaga, rohnya akan tertanya – tanya bila nak kiamat. Kuburnya pula luas dan terang-benderang seperti diterangi oleh bulan purnama.
• Roh orang – orang yang kufur dan ingkar pada Allah taala pula akan berada dalam keadaan terseksa. Rohnya pula tidak aman kerana diseksa oleh malaikat. Kuburnya pula sempit dan gelap gelita.
• Orang yang mati bila berada dialam kubur akan didatangi dan ditanya oleh 2 malaikat, iaitu Malaikat Mungkar dan Nangkir, lalu jika rohnya tidak dapat menjawab soalan-soalan 2 malaikat itu, maka rohnya akan dipukul hingga masuk kedalam lubang dunia (7 petala bumi) lepas itu rohnya akan dicungkil semula oleh malaikat-malaikat tersebut dan akan ditanya balik soalan-soalan yang sama. Jika rohnya masih tidak boleh menjawab soalan-soalan itu, maka proses dipukul dan dicungkil akan berulang semula.
• Orang – orang yang menentang para Ulamak, dialam kubur nanti rohnya akan diseksa oleh babi.
• Hadis sohih – Nabi ada beri peringatan, kelak dari 10,000 manusia hanya 1,000 saja yang masuk syurga, bakinya ke neraka. Orang - orang perempuan yang banyak masuk neraka kerana mereka ini ingkar pada suami dan mereka ini juga tidak menutup aurat.
Note 1 : Para isteri senang nak masuk syurga, yakni dengan mentaati suaminya (suaminya perlulah suami yang soleh dan beriman)
Note 2 : Perempuan – perempuan yang tidak menjaga dan menutup auratnya dengan betul walau sebanyak mana dia buat amal kebajikan pun tetap akan masuk neraka
• Manusia akan melalui 4 kampung :-
1. Kampung pertama ialah perut ibunya yakni tempat dimana proses pembentukan manusia terjadi;
2. Kampung kedua ialah dunia dimana umat Nabi Muhammad akan hidup sampai umurnya 63 tahun dan jika umurnya lebih daripada itu, merupakan satu bonus atau subsidi baginya;
3. Kampung ketiga ialah alam barzakh yakni tempat yang pasti semuanya merasai; dan
4. Kampung keempat ialah alam akhirat yakni tempat yang pasti semuanya hadir. Pada masa ini kita akan nampak bermacam-macam golongan yang mana golongan peluhnya keluar hingga ke tumit, ada golongan yang peluhnya keluar sampai ke lutut dan bermacam-macam lagi kerana matahari berada hanya sejengkal dari kepala kita.
Nota tambahan :
Ada pendapat mengatakan bahawa Ulamak meminta supaya jangan dimatikan pada zaman fitnah iaitu pada zaman dajal. Dajal ini ada satu mata, tubuhnya besar dan tinggi serta mempunyai sayap yang luas. Ia akan mengatakan bahawa sayapnya yang belah kanan adalah syurga (sebenarnya adalah neraka) dan sayap belah kirinya adalah neraka ( sebenarnya adalah syurga), memakai cincin yang kononnya cincin Nabi Suleiman dan membawa tongkat dari kayu koka yang kononnya tongkat Nabi Musa. Dajal ini membawa fitnah dan memperdaya manusia – manusia supaya mengakui bahawa Dajal ini adalah Allah swt yang memiliki kuasa yang besar yang kononnya dapat menyelamatkan manusia untuk masuk ke syurga.
/norhanizah mohamad
https://skydrive.live.com
Comments
Post a Comment