TITIAN SIRAT
Ustaz Hafidz
• Kenapa umat Islam pada zaman ini semakin lemah? Mereka semakin lemah kerana mereka sudah tidak ada semangat jihad dan juga mereka tidak mempunyai khalifah / ketua yang mampu menegakkan kekuatan agama Islam itu sendiri. Kadangkala bila kita terlupa pada soal kematian lalu menyebabkan kita akan lupa juga pada soal jihad. Kita kena ada semangat jihad, jihad yang bermaksud bersungguh-sungguh melakukan sesuatu terutama sekali apabila melakukan soal ibadat. Orang-orang kafir memang suka pada umat Islam yang lemah yang tidak ada semangat jihad dan mereka akan mengambil kesempatan pada umat Islam yang seumpama ini;
• Kita sangat takut pada penyakit seperti penyakit kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi sebab kita merasakan penyakit itu akan membawa maut. Hakikatnya maut atau nyawa kita diambil oleh Allah melalui malaikat yang mencabut nyawa kita bukannya penyakit yang disebut tadi;
• “Senjata” utama umat Islam ialah doa; Tidak akan bergerak sesuatu itu walaupun sebesar zarah jika tidak mendapat keizinan dari Allah. Allah yang menentukan segala-galanya termasuklah hidup dan mati kita. Penyakit yang kita hadapi itu adalah sebagai penyebab saja. Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, matinya adalah mati syahid. Soal mati/hidup/rezeki adalah “kerja” Allah, tugas kita adalah mencari amal dan beramal dengan Allah;
• Selepas kiamat semua makhluk akan berkumpul di padang mahsyar. Selepas itu semua umat Islam termasuklah yang melakukan maksiat dan orang munafik akan meniti titan sirat, hanya orang kafir yang akan terus masuk neraka;
• Titian sirat ini sehalus mata pedang yang dibelah tujuh dan sedalam 75,000 tahun. Lamanya perjalanan melalui titian ini adalah perjalanan mendaki selama 5,000 tahun, perjalanan mendatar selama 5,000 tahun dan perjalanan menurun selama 5,000 tahun yang mana jumlah keseluruhan perjalanannnya adalah selama 15,000 tahun. Dibawah titian sirat ini ada api yang sangat panas sehingga apinya berwarna hitam pekat serta ada besi pencangkuk. Titian sirat ini sangat halus serta keadaanya sangat gelap serta sangat panas.
• Bagi orang-orang yang beriman, Allah akan suluhkan serta bagi cahaya untuk mereka melalui titian sirat ini, manakala bagi orang-orang munafik mereka akan melintas dalam keadaan gelap gelita serta kepanasan lalu mereka ini akan menjerit-jerit meminta pertolongan daripada orang-orang yang beriman tadi yang telah berjaya melintasi titian sirat tersebut.
• Orang yang beriman dan selalu bersedekah, maka amalan inilah yang akan membantunya meniti titian sirat. Bila kita bersedekah, kita akan mendapat naugan atau rahmat Allah. Bila kita melintasi titian sirat ini keadaanya memang terlalu panas hingga kita hendak menggunakan payung pun jauh sekali, maka amalan sedekah sajalah yang akan menjadi sebagai perlindung serta penaung daripada keadaan panas tadi;
Catatan diambil oleh : Norhanizah Mohamad
https://skydrive.live.com
Comments
Post a Comment