Khutbah Hari Raya Eid Al-Adha 1432
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ 2) كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…
Alhamdulillah,
kita bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita telah
diberikan nikmat dan peluang oleh Allah SWT untuk bersama-sama meraikan
hari raya Eid Al-Adha yang disambut oleh setiap Muslim sebagai
memperingati pengobanan Nabi Allah Ibrahim as dan juga sebagai memenuhi
perintah Allah SWT di dalam menyambut ibadah haji dan korban yang
disyariatkan kepada umat Islam.
Sidang hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Allah SWT telah berfirman : “Dan
telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar
Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah
olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan
telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah
sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada
padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah
Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu
bersyukur. Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat
mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang akan
dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu
supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 36-37)
“Demikianlah
(perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah,
maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj : 32)
Imam Al-Bukhari meriwayatkan Di dalam Sahihnya, “Dari
Al-Barra bin Azib: Aku mendengar Rasulullah salallahualaihiwassalam
berkhutbah. Dengan baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu
dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu
menyembelih haiwan korban; dan sesiapa yang melakukan ini maka dia
berjalan di atas sunnahku.”
Eid-ul-Adha
berasal dari kalimah ‘udhiyah yang bermaksud korban. Ia juga disebut
dengan nama lainnya sebagai yaum-An-Nahar (Hari di mana ibadah korban
dilaksanakan). Jika hari raya Eidul fitri diraikan dengan puasa Ramadhan
maka hari raya Eidhul Adha pula diraikan dengan ibadah haji dan juga
korban.
Ibadah
korban merupakan salah satu di antara syiar penting dalam Islam sebagai
memberi peringatan kepada manusia bahawa tujuan hidup ini adalah untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT dan kejayaan itu tidak akan dapat
dicapai melainkan dengan bayaran harga sebuah pengorbanan.
Sesungguhnya Syurga dan kejayaan hidup itu adalah tidak percuma.
Ianya perlu dibeli dengan jiwa dan raga sebagai pengorbanan untuk mendapatkan keduanya.
Allah SWT telah berfirman : “Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka
dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah;
lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar
dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih
menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan
jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah : 111)
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Syariat Islam itu di sisi Allah SWT turut disebut sebagai Millah Ibrahim, iaitu
jalan atau sunnah yang diasaskan oleh Ibrahim AS di dalam menyembah dan
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Baginda telah diuji oleh Allah SWT
dan didapati lulus dalam ujian keimanan tersebut lalu diangkat menjadi
imam dan pemimpin kepada seluruh manusia.
Firman Allah SWT :
“Ceritakanlah
(Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini.
Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang
Nabi. Ingatlah
ketika ia berkata kepada bapaknya; "Wahai bapakku, mengapa kamu
menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat
menolong kamu sedikitpun? Wahai
bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan
yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan
menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapakku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Wahai
bapakku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari
Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan. Berkata
bapanya: "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu
tidak berhenti, maka nescaya kamu akan kurejam, dan tinggalkanlah aku
buat waktu yang lama. Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan
kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya
Dia sangat baik kepadaku. Dan
aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain
Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan
kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku. Maka
ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang
mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishak, dan
Ya'qub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan
Kami anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat Kami dan Kami
jadikan mereka bahan bicara manusia (teladan) yang baik lagi tinggi.” (Maryam : 41-50)
Allah SWT telah menguji Nabi Ibrahim AS dengan bapanya dan kaum kerabatnya yang mensyirikkan Allah dan baginda telah lulus dalam ujian tersebut. Baginda
memisahkan diri daripada mereka dan meninggalkan apa yang mereka sembah
lalu mendapat rahmat dan anugerah. Kemudiannya Allah SWT menguji pula
baginda dengan isterinya hajar yang perlu
diletakkan jauh ke tengah padang pasir di suatu tempat yang bernama
Bakkah iaitu Bandar Mekah sekarang.
Takala
usia anaknya sudah meningkat remaja maka baginda diuji pula dengan
arahan supaya menyebelih anaknya Ismail ra. Kesemua ujian ini telah
ditempuhi oleh baginda dengan berjaya dan dengan penuh taqwa kepada
Allah SWT.
Allah SWT berfirman : “Dan
(ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat
(perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim
berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku. Allah berfirman:
"Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim." (Al-Baqarah : 124)
Kesemua
ujian-ujian keimanan tersebut adalah ujian kehidupan yang lazim akan
ditempuhi oleh seseorang manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT.
Apakah kita fikir bahawa kita akan dapat berkata yang kita telah beriman
namun tidak diuji ? Sesungguhnya Allah pasti akan menguji kita dengan
ibubapa kita, dengan pasangan kita, dengan anak-anak, dengan harta dan
kemewahan yang kita miliki untuk melihat siapakah yang benar-benar
beriman dan menjadikan Allah SWT sebagai Ilah dan tuhan dan siapakah
pula yang tidak?
Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,
Allah SWT berfirman : “Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Ramai
orang berkata mereka amat cinta dan kasih kepada Allah SWT tetapi
mereka sebenarnya adalah berdusta. Mereka hanya mengambil kesempatan di
atas sifat pemurah dan rahmat Allah SWT untuk melakukan ibadah dan
menunaikan kebaikan sekadar yang dapat menyenangkan diri mereka sahaja. Mereka
bersolat, semata-mata kerana ianya dapat memberi ketenangan jiwa.
Mereka bersedekah dan membayar zakat semata-mata kerana ianya dapat
menzahirkan diri mereka sebagai manusia yang pemurah dan menghilangkan
rasa bersalah.
Kehidupan
mereka penuh dengan syirik dan andad yang bermaksud tandingan dan
saingan kepada Allah SWT. Mereka lebih kasih dan cinta kepada pasangan
mereka, kepada anak-anak mereka, kepada teman lelaki dan teman wanita
mereka, kepada harta dan milikan mereka lebih daripada cinta mereka
kepada Allah SWT.
Sebaik
sahaja mereka diuji, ditimpa musibah dan kesusahan maka mereka dengan
segera akan marah dan menderhakai Allah SWT dan mempertikaikan kenapa
mereka diuji sedangkan mereka bersolat? Kenapa mereka diuji sedangkan
mereka membayar zakat? Kenapa mereka ditimpa bala sedangkan mereka
bersedekah dan melakukan kebaikan? Apakah tidak cukup lagi kebaikan
yang mereka sudah lakukan?
Apakah
yang tuhan mahu? Kenapakah Allah SWT tidak membiarkan mereka dan
jangan menganggu kebahagiaan dan kesenangan yang mereka miliki? Mereka
mahu hidup aman dan selesa dan tidak mahu diganggu oleh tuhan dan
ujian-ujianNya.
Inilah manusia yang bodoh dan sombong.
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya
Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar
Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik
perbuatannya.” (Al-Kahfi : 7)
Mereka
menyangka mereka sudah menunaikan kewajipan mereka lalu mereka akan
dibiarkan begitu sahaja ternyata mereka tersilap. Kita akan mampu
melihat dalam kehidupan orang-orang seperti ini banyak melakukan
perkara-perkara yang zahirnya kelihatan baik namun sebenarnya mereka
tidak lebih dari sekadar membohongi diri mereka sendiri.
Mereka inilah yang benci kepada agama Islam dan Millah Ibrahim yang dinyatakan oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman : "Dan
tidak ada yang benci kepada Millah ibrahim melainkan orang yang
memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-baqarah : 130)
Kehidupan
mereka tidak ubah seperti manusia yang bertungkus lumus mahu hidup demi
kerana mahu memenuhi perut dan hawa nafsu mereka sendiri dan merasakan
mereka berhak hidup dan berhak untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan kerana usaha-usaha kecil mereka.
Mereka
berkata saya berhak mendapat kemewahan kerana saya telah berusaha 24
jam sehari bekerja mencari rezeki. Mereka berkata saya berhak menjadi
pemimpin kerana sayalah yang telah menyatukan orang ramai dan berhasil
menyelesaikan masalah rakyat. Ada pula yang
berkata saya berhak mendapat kesenangan kerana saya telah mengaji
bersungguh-sungguh di universiti selama bertahun-tahun.
Allah
SWT menempelak mereka dengan berkata siapakah yang memberikan kamu
nikmat kesihatan yang dengannya kamu dapat bekerja? Siapakah pula yang
melahirkan kamu dengan kesempurnaan yang dengannya kamu tidak menjadi
cacat ? Siapakah pula yang memberikan kamu kebijaksanaan yang dengannya
kamu dapat menyelesaikan masalah umat ? Siapakah pula yang memberikan
kamu kecantikan, kekuatan dan kelapangan untuk mendapat apa yang kami
miliki ?
Siapakah Dia jika bukan Allah SWT !
Dialah tuhan yang menciptakan dan memelihara kamu agar tidak menjadi bayi buangan.
Dialah tuhan yang telah menyelamatkan kamu ketika ditimpa mara bahaya dan kesusahan.
Dialah Allah yang menuntut daripada hamba-hambaNya supaya disembah dan jangan disekutukan.
Allah
SWT memerintahkan kamu untuk hidup di atas muka bumi ini bagi
menjalankan kewajipan kepadaNya bukan untuk bersenang-lenang.
Allah SWT berfirman : “Barangsiapa
membawa amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat
amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak
diberi pembalasan melainkan yang setimpal dengan kejahatannya, sedang
mereka sedikitpun tidak akan dizalimi. Katakanlah: "Sesungguhnya aku
telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (iaitu) agama yang
benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk
orang-orang musyrik." (Al-An’Am : 160-161)
للهُ أَكبرُ اللهُ أَكبرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكبرُ، اللهُ أَكبرُ وَللهِ الحَمدُ
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua:
اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و
الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا.
الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ
جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا
المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ
يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Sidang hadirin yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah kita kepada Allah SWT kerana itulah yang membawa kita kepada keredhaanNya. Sesungguhnya
keampunan dan rahmat Allah SWt itu tidaklah datang kepada kita kerana
banyaknya jumlah daging yang kita korbankan atau kerana ribuan lembu
yang kita tumbangkan. Tetapi kejayaan mendapat keampunan dan rahmat
Allah SWt itu adalah dari ketaqwaan yang dimiliki dari hasil pengorbanan
yang dilakukan.
Kehidupan
ini adalah sebuah medan ujian yang besar yang dijadikan oleh Allah
sebagai tempat untuk menilai manusia siapakah di antara mereka yang
benar-benar beriman dan menyembah-Nya dan siapakah pula yang tidak.
Manusia
boleh berpura-pura, menyamar dengan pakaian dan penampilan tetapi tiada
siapa akan dapat berselindung dari kemunafikan dan kepalsuan iman
apabila ditimpa oleh musibah dan ujian. Hal ini adalah dari sifat nifaq
yang ada diri manusia yang hanya akan gembira dan redha kepada Allah SWt
apabila mereka diberikan kesenangan dan kemudahan tetapi apabila
diberikan kesusahan dan ujian maka mereka pun akan menjadi marah dan
merasa dianaiya atau dikejami oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT : “Adapun
manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan
diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah
memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya
maka dia pun berkata: "Tuhanku telah menghinakanku.” (Al-fajr : 15-16)
Ini
adalah termasuk di antara sifat munafik yang hanya beragama apabila
senang dan menjual Islam dan deen Allah apabila mereka terhimpit oleh
kesusahan dan lari menyelamatkan diri. Sedangkan jika mereka
menyedarinya pasti mereka akan sedar ke manakah mereka mahu lari? Di
bumi manakah dan di langit manakah manusia itu akan dapat terselamat
dari kemurkaan Allah jika dia telah berbuat dosa dan derhaka ?
Adapun
orang yang beriman apabila diuji akan segera sedar dan kembali kepada
Allah SWt dan menundukkan dirinya serta sujud kepada Allah SWt dan
menyedari bahawa dunia dan segala isinya adalah pinjaman semata-mata.
Firman Allah SWT : “Dan
sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.” (Al-Baqarah : 155-156)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Dunia
telah menyaksikan bahawa telah datang dan pergi manusia-manusia yang
hebat dan tokoh-tokoh serta pembaharu yang muncul di kalangan umat Islam
lalu membawa bermacam-macam seruan dan kekuatan hujah. Ada tokoh
pendakwah yang memenangkan mazhabnya di atas mazhab yang lain, ada tokoh
yang memenangkan pendapat ulamanya ke atas pendapat ulama yang lain.
Ada pula tokoh yang berjaya memenangkan pemikirannya ke atas semua
pemikiran yang lain.
Mereka
adalah juara dari pelbagai bidang ilmu Islam baik hadis, fekah dan
sebagainya. Mereka disanjung sebagai ilmuan, diangkat sebagai ulama dan
tokoh pembaharu umat Islam. Kita berbangga dengan
mereka tetapi kita sebenarnya telah terlupa bahawa kita kekurangan satu
jenis tokoh yang jarang dilahirkan dalam masyarakat umat Islam hari
ini.
Kita kekurangan rijal dan tokoh yang berjaya memenangkan agama Allah ke atas musuh-musuhnya.
Kita
hanya menang atas mazhab-mazhab yang lain, kita hanya selalu menang
atas pendapat-pendapat yang lain dan kita selalu menang atas tokoh-tokoh
yang lain.
Namun
jarang sekali muncul kepada kita tokoh yang mampu menewaskan musuh
Islam, memusnahkan kebathilan dan menghancurkan jahiliyyah serta
kesyirikkan dan menjadikan musuh-musuh Allah bacul dan kecut di dalam
rumah-rumah mereka.
Allah
SWT pernah menyebutkan betapa orang-orang yang kafir dan memusuhi Islam
itu amat takut kepada tokoh-tokoh seperti ini dalam FirmanNya : “Sesungguhnya
kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu
kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka
tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam
kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan
antara sesama mereka adalah sangat kuat. Kamu kira mereka itu
bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu
kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.” (Al-hasyr : 13-14)
Tokoh–tokoh seperti ini sudah lama tidak kedengaran dalam sejarah kita sejak
kematian para pejuang seperti Tok Janggut, Abd Rahman Limbong dan para
mujahidin yang muncul sekali-sekala dalam lipatan akhbar sebagai
pengganas, militan dan memikul pelbagai lagi tuduhan oleh
pengekor-pengekor kekufuran dan thaghut yang takut dan gentar kepada
tokoh-tokoh ini.
Semoga
dengan semangat korban dan Eid Al- Adha kali ini, akan lahir dan muncul
tokoh-tokoh yang diharapkan akan dapat mengembalikan kemuliaan dan
kemenangan ke atas umat Islam dan membersihkan deen Allah dari kepalsuan
dan kesesatan.
اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ
قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ
بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى
عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ
لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد
وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى
إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ
انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي
كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا
مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا
عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ
وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ
هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ
وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ
وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ
البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ
الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ
اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى
وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا
لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ
تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا
وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُhttp://ustaz.blogspot.com
Comments
Post a Comment