• Semua manusia akan menempuh 5 alam ini iaitu:-
1. Alam Arwah / Alam Roh – Allah mengeluarkan alam ini atau mengeluarkan zuriat sejak dari Nabi Adam lagi;
2. Alam Rahim – Ini berlaku ketika kita berada didalam perut atau rahim ibu kita, ketika mana ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ketika umur janin berumur 120 hari lagi, Allah telah menetapkan 4 perkara berikut:-
a) tetapkan rezekinya – dimana / bagaimana / banyak mana rezeki kita;
b) tetapkan ajalnya – banyak mana umur kita, bagaimana ajal kita dan dimana rezekit kita;
c) tetapkan kerja dan amalannya;
d) tetapkan nak jadikan kita orang yang bahagia atau orang yang celaka, yakni masuk syurga atau masuk neraka;
(Nabi telah berpesan, walaupun Allah telah menetapkan 4 perkara di atas, kita tidak boleh bertawakal dan berserah bulat-bulat kepada perkara itu, tetapi kita mesti berikhtiar dan berusaha dulu untuk mendapatkannya, kemudian barulah kita berserah pada Allah ta’ala);
3. Alam Dunia / Alam Mushahadah – Dunia ini maksudnya “hampir” dan mushahadah maknanya “nampak”, maksudnya semua yang ada didunia ini kita nampak dan akan menjadi saksi di akhirat kelak;
4. Alam Barzakh – Alam Kubur. Barzakh maknanya “sekatan”. Roh tidak boleh balik kealam dunia kerana telah disekat dialam kubur yakni dihalang oleh dinding kubur. Roh-roh orang yang baik ditempatkan atau diasingkan dari roh – roh orang yang jahat. Bila roh yang baru masuk kealam kubur, ia akan bertanya pada ketua roh dimana roh nenek moyangnya atau roh orang-orang yang dikenalinya dulu. Memang roh roh dialam kubur menanti-nantikan pahala-pahala sedekah amalan dari anak-anak dan cucu-cucunya yang masih hidup didunia;
• Jangan sesiapa pun bercita-cita untuk mati hanya kerana dia ditimpa musibah atau malapetaka, maknanya bila kita kesusahan atau kesakitan, kita minta akan kematian, itu salah dan tidak dibolehkan. Jika kita sudah tidak tahan lagi, maka mintalah dan berdoalah dengan Allah seperti berikut:-
“Ya Allah, Kau hidupkanlah aku ini seandainya kehidupan itu baik untuk aku dan kau cabutlah nyawa aku seandainya kematian itu baik untuk aku” dan ”Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku orang tua yang teruk dan orang tua yang menyusahkan anak cucu dan orang lain”;
• Jangan sesiapun bercita-cita untuk mati sebelum sampai waktunya kerana bila kita sudah mati maka terputuslah segala amalan kita. Sementara kita hidup ini buatlah banyak-banyak amalan. Kita buat amalan-amalan yang baik ini untuk mendapat redha Allah supaya kita dapat masuk syurga;
• 2 perkara yang dibenci oleh anak-anak Adam:-
1. Mati – Siapa didunia ini yang suka pada kematian;
2. Hartanya kurang – Manusia memang tidak suka bila hartanya kurang. Sikap manusia jika ada 2 bukit emas sekalipun pasti dia akan mencari 1 lagi bukit emas. Tabiat manusia memang tidak pernah rasa cukup dengan hartanya yang sedia ada. Jika banyak harta tetapi tidak dibelanjakan kearah dan kejalan Allah, kelak dia akan menghadapi kesukaran untuk dihisab kelak.
Catatan diambil oleh : Norhanizah Mohamad
https://skydrive.live.com
Comments
Post a Comment