Antara Kesilapan dan Dosa Di Hari Raya Aidilfitri & Sepanjang Masa
Dakwah
lazimnya memberi maksud mengajak kepada Islam. Bahasa Arab dakwah
bermakna secara harfiah "menyeru", "mengajak", "memanggil atau
menjemput". Dakwah juga dijelaskan sebagai tugas secara aktif
menggalakkan umat Islam dalam penerusan kehidupan yang berasaskan kepada
kefahaman yang berlatarbelakangkan Al Quran, Sunnah serta Sirah Nabi
Muhammad S.A.W. Ia juga boleh dikatakan sebagai tugas yang tidak
boleh diabaikan oleh segenap individu Muslim, kerana ia telah
dipelopori oleh segenap Para Rasul dan Nabi sehinggalah diwarisi oleh
Baginda Rasulullah S.A.W.
Selepas kewafatan baginda, tugas dakwah disambung oleh para khalifah, Para Sahabat, ulama dan sampailah kepada kita hari ini yang tidak boleh tidak mesti meneruskan usaha menyeru manusia kepada Islam, lebih-lebih lagi umat Islam sudah semakin jauh kepada Islam.
Tugas dakwah meliputi semua individu yang mengaku sebagai umat Islam, sama ada mereka bergelar pemimpin negara, pemimpin sesebuah pertubuhan, sesebuah keluarga, syarikat dan seumpamanya, kerana ia bukan hanya dilakukan oleh mereka yang bernama ustaz, pendakwah, penceramah, motivator, tetapi semua peringkat individu mesti menunaikannya, kerana setiap daripada mereka akan disoal pada hari kiamat.
Dakwah tidak semestinya perlu bercakap kepada golongan sasaran yang dikenali sebagai 'dakwah bilisanil maqal', tetapi juga boleh dilakukan melalui konsep 'dakwah bilisanil hal' iaitu dakwah melalui bahasa badan (body language), tanpa mengeluarkan sebarang suara tetapi dengan senyuman, mimik muka yang mahu menegur seseorang, sama ada rakan sepejabat, jiran dan sebagainya.

1. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya, letih kerana makan terlalu banyak lalu melupakan kewajipan terhadap Allah SWT.
2. Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika
berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat
di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur
secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan
abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3. Sentuhan
3. Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
4. Tidak menghormati tetamu. Terdapat anak-anak yang tidak keluar bersalaman atau tidak mengendahkan tetamu ibubapanya kerana terlalu asyik menonton TV dan malu yang tidak bertempat.
5. Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
6. Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Berkebaya ketat, berbaju jarang, berlengan pendek dan tidak bertudung kepala dan mendedahkan sebahagian dari auratnya termasuk memakai baju low-cut.
7. Membuang masa dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah. Usah jadikan hari raya sebagai pesta hiburan dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah seperti nyanyian-nyanyian yang melalaikan dengan artis-artis yang mendedahkan aurat dan berkaraoke bebas serta hindarkan dari menghabiskan masa di depan TV.
8. Agak ramai wanita mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%.
Selamat Hari Raya dan Selamat Beramal.
Nak masuk neraka - tak perlu sembahyang - mudah kan? Seronok bukan?
Nak masuk neraka - buatlah maksiat - perkara yang ditegah Allah - judi, hubungan rambang semuanya benda seronok - tiada perasaan bersalah, berdosa lagilah seronok.
Benda maksiat ini ialah pintu ke neraka memang benda-benda yang seronok dan seiring dengan nafsu manusia.
Kalau kita ambil contoh, contoh saja, kalau hukum berjudi ini makruh - berapa ramai umat Islam besok yang berbaris depan kedai nombor 4 ekor? Inikan haram - berapa ramai yang langgar?
Nak masuk syurga pula - kena buat semua yang nafsu tak suka.
Sedang tidur sedap, kena bangun sembahyang subuh.
Cari cari duit, kena derma kena bayar zakat...
Syurga ini tempat berlawan hawa nafsu - sebab itu kena lawan. Menahan diri daripada maksiat - itu pahalanya.
Nafsu ini tak pernah muda, tak pernah tua - jagalah dia supaya dia tidak menjadi tuan kita.
by : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Comments
Post a Comment