BERSARA TETAPI MISKIN









Ubah gaya hidup, elak jadi miskin

KOTA KINABALU 22 April - Sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan berkata, langkah melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah satu jaminan yang dapat mengelakkan rakyat negara ini daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

"Wang simpanan RM1 juta atau RM2 juta bukan satu nilai selamat seandainya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan.

"Bagaimanapun, sekiranya anda memiliki simpanan kurang daripada RM1 juta tetapi hidup dengan cukup sederhana dan berhemah, wang yang dimiliki mampu bertahan," katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan anjuran Amanah Saham Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012, di sini hari ini.

Kata beliau, sebagai langkah awal dan berhati-hati, rakyat Malaysia perlu bersedia dan berani melakukan perubahan gaya hidup kepada lebih sederhana menjelang peningkatan usia.

Sasitharan berkata, dalam kajian dan pemerhatian yang dijalankan, didapati sebahagian besar pekerja di negara ini, sama ada yang berpendapatan sederhana atau tinggi, tidak berupaya mengubah kehidupan mereka kepada lebih sederhana ketika usia kian meningkat.

"Masalah ini adalah kritikal dan ia hanya boleh diatasi dengan mengubah kehidupan lebih sederhana," katanya.

Beliau mengakui, bukan mudah untuk menukar gaya hidup tetapi ia perlu dilakukan dengan inisiatif sendiri dan dilakukan secara holistik.

"Tiada siapa boleh mengawal diri sendiri daripada berbelanja besar, jadi sikap boros ini adalah masalah individu dan hanya diri sendiri mampu menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, peningkatan gaya hidup mengakibatkan rakyat negara ini begitu berani berbelanja besar tanpa berasa bimbang terhadap kedudukan kewangan semasa dan akan datang.

"Rakyat kita semakin boros berbelanja, tidak cukup duit, mereka guna pula kad kredit, cara perbelanjaan ini memang menakutkan, tetapi bolehkah amalan tersebut diteruskan ketika usia semakin bertambah?," soalnya.

Justeru, Sasitharan berkata, jurang cukup besar antara perbezaan gaya hidup dan nilai wang yang ada perlu diatasi segera melalui pendidikan dalam perancangan kewangan dan psikologi.

"Ini penting bukan sahaja untuk mengelakkan rakyat semakin miskin apabila tua tetapi ia juga boleh menjejaskan visi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.

Dana persaraan mungkin dah banyak kali anda dengar. Anda mungkin sudah memulakan dana persaraan anda, dan mungkin juga anda tidak memerlukan dana persaraan tambahan kerana sudah mempunyai wang yang banyak atau bergantung kepada pencen kerajaan.


Membina dana persaraan bukanlah mudah. Kerana ia melibatkan wang. Apabila sebut tentang wang, ramai yang mengeluh tak cukup wang. Ada juga yang tidak tahu hendak buat apa dengan wang kerana terlalu banyak. Apapun, anda sajalah yang tahu diri anda. Sama ada anda cukup wang atau tidak, itu bergantung kepada anda. Yang penting, perancangan kewangan mesti diutamakan



Merancang wang gaji anda secara berhemah bukanlah untuk main–main. Ia mempunyai tujuan dan matlamat. Kalau anda rasa tidak cukup wang, takkan anda sampai tua nak hidup dalam keadaan tidak cukup wang. Apa yang menyebabkan anda tidak cukup wang ? Mungkin anda hutang terlalu banyak? Terlalu boros? Ini semua akan terjawab setelah anda merancang wang anda secara betul.



Bila wang anda sudah dirancang dengan betul, maka anda akan dapati pentingnya merancang hari tua anda. Dana persaraan, bukanlah saja–saja dana ini hendak dikumpul. Tetapi bagi kebanyakan orang, hari tua mereka tidak seindah seperti yang disangka, kerana tidak cukup wang. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang terpaksa menumpang hidup anak – anak. Ada yang terpaksa berjualan ke hulu ke hilir. Dan macam – macam. Sebab apa ? Sebab tidak cukup wang. Wang KWSP habis dalam masa tak sampai 5 tahun



Anda tahu, dana persaraan penting, sebab bila dikira, wang KWSP anda tidak cukup untuk menampung keperluan hidup anda 20 atau 30 tahun selepas bersara. Anda juga dapati wang pencen anda tidak dapat menampung kos sara hidup bulanan anda yang tinggi. Maka sebab itu anda ingin membina dana persaran anda. Tetapi anda dapati ia susah. Kenapa ?



DISIPLIN. Dalam apa jua perancangan kewangan, disiplin merupakan elemen terpenting. Bulan ni simpan, bulan seterusnya keluarkan semula, kemudian simpan balik, dan akhirnya dana persaraan anda hanya tinggal nama. Sebelum memulakan sebarang perancangan kewangan yang bersifat jangka panjang, anda seharusnya mempunyai dana kecemasan, sekurang – kurangnya 3 bulan gaji anda. Dana persaraan ini adalah sebagai financial support dalam menghadapi sebarang kecemasan yang memerlukan wang.



Setelah itu, barulah anda bina dana persaraan. Pun begitu masih ramai yang masih berlengah. Anda pernah dengar tentang force saving ? Ia melibatkan sedikit unsur paksaan, supaya anda menyimpan tak kira apa jua yang berlaku. Pernah baca buku ’ The richest man in Babylon ’ ?



Anda mungkin pernah dengar ungkapan 'bayar diri anda dulu sebelum membayar orang lain’ dan simpan 10% setiap kali anda mendapat gaji anda. Kaedah ini semua memang berkesan. Tetapi ramai



orang memang bayar untuk diri mereka dulu, tetapi kebanyakannya membayar untuk keperluan yang lain seperti hiburan, pakaian, modify kereta dan macam – macam. Bukan itu yang saya maksudkan!



Lihat simpanan KWSP anda. Kebanyakan orang, simpanan yang paling banyak bagi mereka adalah simpanan KWSP. Simpanan 23% dari gaji bulan membuahkan hasil yang banyak. Inilah FORCE SAVING. Tak kira anda cukup duit atau tidak, majikan tetap membayar 23% dari gaji bulanan anda ke KWSP, setelah itu baru anda dapat gaji bersih.



Tetapi KWSP tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan. Bukan salah KWSP, tetapi sememangnya portfolio pelaburan dana – dana KWSP adalah bersifat risiko rendah dan mereka melabur dalam dana – dana bon dan money market. Jadi, logiklah pulangan mereka berada di sekitar 5%



Selebihnya andalah yang merancang dana persaraan tambahan untuk diri anda. Bagaimana anda boleh mengamalkan Force Savings ? Untuk mengharapkan setiap bulan anda simpan sendiri, transfer online, agak berisiko sebab human factor yang suka berlengah dan bertangguh. Akhirnya, miss sebulan, dua bulan, setahun



Tahukah kesan jika anda delay atau tangguh perancangan persaraan anda ? Mr A yang menyimpam RM100 sebulan di saham amanah yang memberikan pulangan 12% setahun, tetapi bermula lewat 5 tahun dari Mr B. Selepas 25 tahun, nilai simpanan Mr A akan berkurangan RM45,000 dari Mr B yang mula awal 5 tahun darinya. Disebabkan lewat mula, anda boleh kehilangan beribu – ribu ringgit!!



Gunakanlah kaedah perbankan masa kini. Potongan tetap gaji. Ya anda boleh potong secara automatik sejumlah wang dari akaun gaji anda setiap bulan untuk dilaburkan ke dalam saham amanah. Anda tidak perlu fikir apa lagi, Cuma setiap akhir tahun, anda perlu review perkembangan pelaburan anda.



Jangan berlengah lagi. Mulakan dari sekarang. Semakin anda tangguh, semakin banyak jumlah yang anda perlu simpan. Setiap penangguhan yang dibuat, membuatkan anda kerugian beribu – ribu ringgit 25 tahun dari sekarang.



CUKUPKAH DANA PERSARAAN ANDA? CERITA PANJANG DI BAWAH BOLEH MENJAWAB PERSOALAN INI



Seorang graduan yang baru bekerja , umur 25 tahun, bergaji RM2,000 sebulan, akan mempunyai RM 445,061 selepas 25 tahun bekerja. RM 445,061 ini adalah hasil wang yang dikumpul dari contribution KWSP yang dilakukan selama 25 tahun. Inilah wang yang digunakan untuk bersara.



Nilai ini dikira berdasarkan, kenaikkan gaji 5% setahun, 23% contribution ke KWSP, dan 5% dividen yang dikeluarkan oleh KWSP setahun.



Adakah dana ini mencukupi untuk menyara kehidupan beliau 20 tahun atau 30 tahun selepas bersara?



Pertama sekali, kita kira berapakah gaji akhir beliau semasa berumur 55 tahun, iaitu tahun akhir bekerja sebelum bersara. Dengan menganggarkan kenaikkan gaji 5% setahun, gaji akhir beliau adalah RM6,772.



Persoalannya adakah beliau masih memerlukan RM 6,772 selepas bersara ? mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin ya jika beliau masih menanggung hutang yang banyak, atau anak – anak yang masih belajar di universiti. Mungkin tidak jika beliau telah habis hutang kereta dan rumah, dan anak – anak sudah bekerja. Dalam soal ini, kita menganggarkan beliau hanya memerlukan 75% dari gaji akhir terbabit untuk menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna beliau memerlukan RM5,079.



RM5,079 sebulan bermakna RM60,948 setahun, atau 1.2 juta selama 20 tahun selepas tempoh bersara. Tunggu dulu, mari kita lihat apakah keperluan selepas bersara.



Kebanyakan pesara, masih memerlukan wang untuk beberapa perkara seperti :



1 – sara hidup – makan minum



2 – hutang kereta , hutang rumah dll



3 – masih menanggung anak – anak di universiti



4 – cenderung untuk renovate rumah



5 – mengerjakan haji dan umrah



6 – melancong ke dalam dan luar negara



7 – menanggung kos perubatan yang tinggi



8 – masih membayar untuk polisi insurans dan perubatan



9 – menanggung perkahwinan anak – anak



dan lain – lain.



Dan semakin lupa yang dana persaraan mereka semakin hari semakin susut.



Mari kita lihat kos makanan untuk 25 tahun akan datang. Pada hari ini, secara purata, sebuah keluarga membelanjakan RM 20 untuk makan sehari. Dengan kenaikan kadar inflasi 5% ke atas barang makan, nilainya pada 25 tahun akan datang adalah RM 67.72 sehari, atau RM 2,031 sebulan, atau 24,379 setahun, atau RM 487,584 untuk tempoh 20 tahun.



Bagaimana dengan hutang kereta atau rumah? Jika masih ada, mungkin pesara terbabit masih memerlukan antara 5 – 10 tahun lagi masa untuk membayar hutang. Sekarang bank meluluskan hutang rumah untuk tempoh 35 tahun atau umur 65 tahun dan ada yang 70 tahun. Mungkin anda masih memerlukan RM500 – RM1,200 sebulan untuk membayar rumah. 10 tahun, RM60,000 – RM100,000. Dalam tempoh yang cukup lama itu, pelbagai perkara boleh menimpa pesara itu tadi sedangkan rumah dan keretanya belum dapat dimiliki sepenuhnya.



Pendidikan IPT anak – anak ? Ada yang masih bersekolah menengah. Sedar tak, trend sekarang, kebanyakan ibu bapa cenderung untuk berkahwin lewat dan seterusnya mendapat anak pada usia 30an, dan akhirnya, semasa mereka bersara, anak – anak masih bersekolah menengah dan IPT. Pinjaman pendidikan memang disediakan, tetapi adakah ia cukup ? Mungkin ramai yang belum sedar, kos pendidikan IPT 20 tahun dari sekarang bakal mencecah RM 100,000. Mungkin ramai ibu bapa pesara yang masih perlu menghulurkan RM 500 sebulan untuk membiayai kehidupan anak – anak di IPT nanti.



Perkahwinan anak? Kebanyakan ibu bapa sekarang terpaksa mengeluarkan wang bagi membiayai kos perkahwinan anak. Kos perkahwinan sekarang antara RM12,000 ke RM20,000 mengikut kadar biasa. 20 tahun akan datang mas kahwin mungkin mencecah RM15,000 siapa tahu? Kalau ada 2 anak lelaki ? Sekurang – kurangnya ibu bapa pesara bakal habis RM20,000 untuk perkahwinan anak.



Haji dan Umrah. Ya ia adalah tuntutan kepada yang mampu. Dah bersara, ada masa lapang, ada cash money yang banyak, maka bolehlah pergi menunaikan haji atau umrah. Kos pada masa itu mungkin RM20,000 untuk seorang. Selain itu, pesara juga cenderung untuk pergi melancong. Ya lah bila dah banyak masa, macam – macam perkara ingin dilakukan. Ini semua sedikit sebanyak melibatkan kos. Jika anda menghabiskan RM3,000 setahun melancong dalam negara, 10 tahun anda bakal menghabiskan RM30,000.



Dan perkara yang paling penting adalah, anda masih terpaksa menanggung kos perubatan. Bila dah tua, anda semakin terdedah kepada penyakit kritikal. Kos perubatan pada masa sekarang berjumlah puluhan ribu, untuk 20 tahun akan datang ? Mungkin hospital kerajaan pun akan mengenakan kos perubatan, kerana dasar kerajaan sekarang cenderung ke arah penswastaan seperti mana yang berlaku kepada banyak agensi kerajaan yang lain. Jika pesara mengambil insurans perubatan, mereka masih perlu membayar carumannya setiap tahun yang berjumlah antara RM2,000 – RM4,000 setahun. 10 tahun, RM20,000 – RM40,000.



Secara puratanya, pesara akan membelanjakan sekurang – kurangnya RM200,000 bagi hal – hal lain seperti yang disebutkan diatas untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Mungkin lebih. Dari jumlah dana KWSP sejumlah RM 445,061, RM245,000 yang tinggal untuk sara hidup. Untuk makan minum sahaja, pesara memerlukan RM 24,379 setahun. Dengan lebihan dana yang tinggal, ia hanya tahan untuk tempoh 10 tahun sahaja, sedangkan kajian menunjukkan purata umur maksimum rakyat Malaysia meningkat ke 75 tahun. Ini bermaka pesara mempunyai 25 tahun kehidupan selepas bersara. Jika dana yang tinggal, hanya mampu untuk menyara kehidupan 10 tahun pertama, bagaimana dengan baki 15 tahun akan datang ?



Jika perbelanjaan pesara dipecahkan mengikut bulan, mereka memerlukan :



RM 2,000 utk makan minum



RM 1,000 hutang rumah, kereta, bil – bil



RM 1,000 untuk pendidikan menengah/IPT anak



RM 250 untuk insurans perubatan



RM 500 untuk kos pengangkutan



Jumlah = RM 4,750 sebulan, atau RM 57 000 setahun atau 1.4 juta untuk 25 tahun selepas bersara.



Dana KWSP hanya ada RM 445,061. Kos – kos lain masih belum diambil kira.



Ini adalah anggaran dan ramalan sahaja. Lebih baik meramalkan perkara yang buruk dari perkara yang baik, supaya kita dapat bersedia dari awal untuk menghadapi saat itu nanti. Rancanglah kewangan anda dari sekarang untuk persaraan anda.



Tak salah merancang. Jika KWSP anda selepas bersara mencukupi pun, adalah lebih selesa jika anda mempunyai satu lagi dana persaraan yang anda rancang sendiri 25 tahun dulu.



Ambillah peluang untuk bina dana persaraan anda, dan tingkatkan dana akaun 1 KWSP anda melalui skim pelaburan ahli KWSP.



Dan saya mengesyorkan anda membina dana persaraan sendiri, terutamanya kepada mereka yang mengharapkan wang pencen. Masa depan penuh liku. Tak pasti. Jadi bersedialah dari awal. Sediakan payung sebelum hujan.



Ya! Saya sedar bahawa sekadar mencarum di KWSP belum menjamin persaraan yang tenang di kemudian hari. Saya perlu membina dana persaraan peribadi sebagai sokongan kepada pelan pencen yang sedia ada. Apakah pilihan yang ada pada saya?



Saham amanah adalah instrumen terbaik merancang persaraan anda yang bersifat jangka panjang. Ramai menyangka pelaburan saham amanah dapat memberikan pulangan dalam masa singkat. Ya boleh, jika pasaran saham mengalami keadaan Bull Run seperti apa yang berlaku pada tahun 2007, tetapi bukan selalu perkara seperti ini terjadi. Pelabur yang mula melabur pada 2005 mendapat pulangan sehingga 60% dari jumlah pelaburan. Ya inilah kelebihan melabur saham amanah. Membeli pada harga murah, dan membuat untung pada harga naik.



Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada anda bagaimana objektif persaraan anda. Sekiranya anda ingin memaksimumkan pulangan atas pelaburan, anda boleh melabur dalam dana-dana unit amanah yang boleh memberi pulangan yang tinggi dengan risiko sederhana. Sekiranya objektif persaraan anda lebih kepada menambahkan simpanan dan dalam masa yang sama menambahkan perlindungan dari risiko hari tua, maka investment-linked insurans/takaful boleh menjadi pilihan terbaik anda. Pilihan di tangan anda.

Comments

Popular posts from this blog