perkara sunat yang boleh dilakukan pada malam & hari Raya?


•••► Ini antara amalan² sunnah;

1► Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).

2► Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil).

3► Memakai pakaian yg paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat.

4► Bertakbir selepas masuknya waktu maghrib & berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.

5► Pergi awal ke musolla bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat.

6► Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi & ketika pulang.

7► Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur).

8► Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa & istighfar.

9► Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya).

10► Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu."

~ Diringkaskan dari artikel tulisan Ustaz Ahmad Fahmi Che' Nordin; penuntut Universiti Al-Azhar. Sila baca maklumat detail di sini; https://www.facebook.com/notes/ahmad-fahmi-c-nordin/sunat-sunat-dan-adab-adab-pada-hari-raya/10150765523835411
-------------------------------------------------

Kami daripada group Fattabiouni Malaysia mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir & Batin

تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير

Senyumlah di pagi hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh keikhlasan & rasa syukur kepada Allah Yang Maha Penyayang ツ.

From FB : Fattabiouni Malaysia's


Comments

Popular posts from this blog