Mati itu pasti perkahwinan itu insyaALLAH... ... dengan inzinNYA...


Ujian paling berat bagi seorang yang kaya ialah jatuh miskin atau kehilangan salah satu daripada hartanya yang paling disayangi. Kala inilah kesabaran akan tercabar. Kalau tadi Islam membenarkan sikaptidak puas sebagai pendorong untuk manusia terus berusaha, sekarang Islam melarang sikap tidak puas hati kerana ditimpa ujian.



Sikap begitu seolah-olah mencabar TUHAN dengan kata-kata, “Hai, TUHAN, setelah ENGKAU berikan aku kemewahan tiba-tiba ENGKAU ragut kembali. Untuk apa aku diberikan kemewahan dahulu kalau sekarang aku dimiskinkan semua. Ini merosakkan nama baik aku di tengah masyarakat. Macam mana aku hendak hidup sekarang? Hutang aku semakin banyak, penghinaan orang semakin bertambah-tambah?"

Sikap yang patut ditunjukkan ialah bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk memperbaiki diri. Setiap ujian tentunya bersebab. Sebab apa ALLAH berbuat begini? Sebab apa ALLAH berbuat begitu? Sebabnya sekian-sekian. Sebab apa ALLAH jadikan manusia? Supaya manusia beribadah kepada-NYA. Sebab apa ALLAH jadikan pokok, supaya manusia mendapat manfaat daripadanya. Dan begitulah seterusnya.

Dalam berdepan dengan ujian baik kekurangan harta mahupun yang melibatkan nyawa, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan melainkan“sabar” dan“redha”. Hanya dua perkataan ini boleh menyelamatkan seseorang itu daripada dimurkai ALLAH. Dimurkai bererti berdosa dan dosa kalau tidak dibasuhi dengan taubat, jawapannya Neraka.

ALLAH berfirman,“Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janaganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU.” (Al-Baqarah, 152)

Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.

Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN.

Dan Islam juga menentang sikap tamak hingga melahirkan perasaan mencintai harta melebihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara jahat untuk mengambil hartanya.

Ingat janji ALLAH, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.” (Ibrahim, 7)


begitu jugak bila kitafrust dalam sesebuah hubungan... .@ kehidupan. Firman ALLAH,“Dan sesungguhnya akan KAMI berikan cubaan kepadanya, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; sesungguhnya KAMI adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah KAMI kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada TUHAN serta rahmat-NYA, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-NYA.” (Al-Baqarah, 155-157)

namun usahlah kita berputus asa... ..
mencari cinta... .

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dengan tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali



bercinta demi mencari keredhaanNYA...
jum amalkan... .

Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseoarng yang
melabuhkan cintanya padaMU agar
bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada MU... ...

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU ,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu... ... .

Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU... .

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan MU... ... .

Ya Allah jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU... ..

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu... ...

Ya Allah jika kau jatuh hati pada kekasih MU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU... ...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu... ... ...

Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,telah berjumpa pada taat MU.telah bersatu dalam dakwah pada MU,telah berpadu dalam membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalannya .penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar. lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan
MU... ... ... ...


LT mahu berkongsi MADAH tentang CINTA
yang diambil dari pakcik GUGIL aka GOOGLE

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.


notakakikudibibirmu


sekadar berkongsi..
Sabda nabi Muhammad SAW,


“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWTberfirman dalam

[ surah al-Maidah ayat 2]

“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” ."



Sesungguhnya... .
Aku bukan perempuan semulia
Siti Khadijah..
Aku bukan perempuan setabah
Fatimah..
Aku bukan perempuan secekal
Siti Aisyah...
Aku hanyalah
perempuan akhir zaman...
yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang kadang kala
mudah terasa jiwanya..
dengan tingkah laku manusia sekeliling... .
walaupun wajah dan ekspresi diri seperti...
menunjukkan yang
aku tak kisah..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang cuba dan berusaha
melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap
bakal suamiku... ..

'Amin Ya Rabbal Alamin... ..

 http://virtualfriends.net

Comments

Popular posts from this blog