Doa ketika mendengar salakan anjing waktu malam
"Apabila
kamu mendengar salakan anjing maka pohonlah perlindungan dengan Allah
daripada kerana sesungguhnya ia telah melihat sesuatu yang kamu tidak
lihat."
Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai
"Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat.
Apabila kamu mendengar surai keldai maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat."
sumber: Riwayat Al Bukhari dan Muslim 4/2092

Tuesday, 6 March 2012
Doa dan Kelebihan ziarah orang sakit
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
sumber: Riwayat At Tirmizi 1/286, Ibnu Majah 1/244 dan Ahmad
"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya Allah."
sumber: Riwayat A Bukhari 10/118
dan
"Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung supaya menyembuhkan engkau." baca 7 kali
sumber: Riwayat At Tirmizi 2/210

Doa ke atas musuh
"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka."
sumber : Riwayat Muslim 3/ 1362
"Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki"
sumber : Riwayat Muslim 4/ 2300
Saturday, 3 March 2012
Monday, 27 February 2012
Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an
Surah Ghafir ayat 7-9
7) "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
8) "Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
9) "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".

Doa Penawar segala penyakit
Surah Al Mu'minun ayat 115 - 118
115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

Sunday, 26 February 2012
Saturday, 25 February 2012
Doa menghindari dari kezaliman
85) Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas
86) "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
http://mukjizatdoa.blogspot.com
Comments
Post a Comment