JAUHI SIFAT TAKBUR
oleh Ustaz Ibrahim
• Sifat takabur yang ada dalam diri manusia membuatkan syaitan suka akan manusia itu dan dengan sikap takabur inilah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama Islamnya;
• Sifat takabur ini bila saja terlintas dihati seseorang itu atau bertakhta sedikit di hati seseorang itu, lama-kelamaan sifat itu boleh merosakkan hatinya;
• Salah satu sifat takabur yang ada dalam diri seseorang manusia itu ialah sifat bermegah-megah dengan jumlah yang banyak, contohnya bermegah dengan jumlah duit yang banyak, bermegah dengan amalan yang dibuat dengan banyak, kerana sifat bermegah ini boleh membawa kepada sifat takabur; Lebih banyak Allah “memberi” kepada kita sepatutnya lebih banyak lagi kita bertawaduk kepadaNya;
• Manusia pada zaman ini berlumba-lumba mencari harta dunia; Tidak salah kita mencari harta didunia ini, tetapi jangan sampai kita lalai dengan perintah Allah, yakni terlalu sibuk dengan mencari harta dunia sampai tidak sempat mengerjakan solat, tidak sempat mengaji al-quran dan sebagainya; Manusia sanggup bekerja 8 – 10 jam sehari kerana habuannya nampak iaitu gaji / bonus / pangkat, tetapi dalam mengerjakan perintah Allah ini habuannya tak nampak yakni pahala itu tak nampak, itu sebabnya manusia tidak sanggup untuk berkorban kearah itu;
• Salah satu rukun iman ialah beramal dengan ilmu ghaib. Ilmu ghaib ini adalah seperti bersolat, berpuasa, berzakat, alam barzakh, alam akhirat dan lain lain. Pahala ilmu ghaib ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi pahala ilmu ghaib inilah yang akan dibawa ke akhirat kelak;
• Setiap manusia mesti menempuh 4 alam berikut :-
1. Alam Roh – semasa berada di alam ini, malaikat diperintahkan oleh Allah untuk “mengusap” belakang Nabi Adam, lalu dari situlah keluarnya semua manusia;
2. Alam Rahim – sewaktu kita berada di alam rahim ibu kita, Allah perintahkan malaikat untuk menetapkan 4 perkara pada kita iaitu
rezeki / ajal / amalan / takdir. Jadi menjadi tanggung jawab kita untuk berusaha mendapatkannya;
3. Alam Dunia – semasa kita berada di alam inilah, kita dapat menyaksikan kebesaran Allah yakni Allah menjadikan bukit bukau / lautan yang sangat luas / alam cakerawala dan sebagainya. Allah menyuruh manusia berfikir dengan segala pembuatan / kejadian Allah ini supaya manusia sedar akan keesaan Allah lalu manusia menambahkan lagi amalannya pada Allah;
4. Alam Barzakh – Barzakh bererti sekatan antara alam dunia dengan alam akhirat atau erti kata lain alam kubur. Disinilah kita ditempatkan apabila kita sudah tiada lagi hidup didunia. Alam akhirat adalah penamat perjalanan kita yakni alam yang kekal selama-lamanya;
• Setiap manusia mesti menempuh 3 perkara ini :-
1. penyakit hasad – dengki – jika ada (memang terlintas dihati setiap manusia) jangan kita layan perasaan itu. Kita mesti ingat dan beritahu diri kita jika orang lain itu ada kelebihan dari diri kita sendiri, ingatlah itu semua pemberiaan dari Allah;
2. Percaya kepada perkara-perkara yang karut. Jika ada timbul perasaan ini, jangan kita melayan perasaan tersebut;
3. Bersangka buruk pada sahabat-sahabat kita. Jika timbul perasaan ini, jangan kita layan perasaan itu;
Ketiga-tiga perkara yang disebut ini adalah hasil dorongan dari syaitan. Jadi hendaklah kita membuang perasaan itu jika ia terlintas dihati kita dan jangan biarkan ianya bertakhta di dalam hati kita.
/norhanizah mohamad
Comments
Post a Comment