Wahai jiwaku…DENGAN SYARAHAN AGAMA OLEH USTAZ2

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.
Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.
Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Kekeliruan apa lagi yang lebih besar daripada mensia-siakannya?

Tadahkan Tanganmu dan Pohonlah Sesuatu

-

Manusia itu lemah, tidak punya apa-apa tatkala lahir ke dunia.
Lahir tanpa seurat pun benang yang menutupi, dan dia lemah hanya tahu menangis.
Dia juga tidak tahu sedikit pun erti dunia, hanya tahu meminta.
Namun, Allah berikan dia segalanya.. Kenikmatan yang tiada tara, tiada terkira..

Tetapi manusia lupa..

Aku juga begitu, tiada bezanya dengan mana-mana manusia di sekitarku.
Walaupun cuma sekadar insan biasa, tiada apa-apa dan lemah tidak bermaya,
Tetapi aku tetap mendabik dada kepada yang Esa, bermaksiat tanpa menghiraukan-Nya.

Adakah aku lakukannya tanpa kesedaranku? Tidak sama sekali, bahkan aku cuba merancang maksiat itu dengan penuh kebijakan.
Aku putar teori dan fakta, supaya kemaksiatan aku kelihatan bijaksana.
Cuba bersembunyi, walaupun ku tahu Tuhan melihat sentiasa..
Sehingga setelah kulakukannya, aku menyesal tidak terhingga.



Kenapa aku menyesal?
Kerana nikmat yang dirasakan itu tidak sehebat mana, hilang ditelan masa..
Aku cuba tuk bertaubat, tapi merasa tiada daya. Lemah tidak terhingga..
Nafsu yang memandu aku tetap kuat mencengkam di dada,
Menghalang aku istiqamah dalam penyesalan.

Di manakah kau wahai iman? Kenapa kau tidak berbisik-bisik kepadaku..
Aku perlukanmu saat ini, agar mampu tuk kutinggalkan noda dosa,
Dengarlah wahai iman, dengarlah seruanku..
Masuklah kembali ke dalam hati, suburkan kembali hati ini yang semakin kering.
Ya Allah, besarnya dosaku…

sumber:deviant art
Bersamaan dengan itu kita harus mengingkari, menolak dan meninggalkan seluruh sesembahan selain Allah.

Sebagaimana Allah ta'ala Bersamaan dengan itu kita harus mengingkari, menolak dan meninggalkan seluruh sesembahan selain Allah.

Sebagaimana Allah ta'ala berfirman, "Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut (apa saja yang disembah selain dari Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus." [Al-Baqarah: 256]

Adapun kalimat Muhammad Rasulullah memiliki kandungan agar kita membenarkan seluruh berita yang disampaikan oleh beliau, mentaati beliau dengan melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dan beribadah kepada Allah dengan tuntunan yang telah beliau ajarkan kepada umatnya.


Selain itu, kalimat ini berkonsekuensi agar kita mengingkari, menolak dan meninggalkan segala bentuk peribadahan kepada Allah yang dilakukan dengan perkara-perkara bid'ah (perkara baru dalam agama yang tidak pernah dituntunkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya)

Imam Malik rahimahullah berkata, "Barangsiapa membuat perkara baru di dalam Islam yang dia anggap sebagai kebaikan, berarti dia telah menyangka bahwa Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam mengkhianati risalah. Karena Allah telah berfirman, "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu.." Maka apa saja yang bukan merupakan agama pada hari itu, pada hari ini pun bukan merupakan agama."


Dari sini kita ketahui bahwa Islam yang hakiki adalah dengan merealisasikan dua syahadat ini, melaksanakan tauhid dengan menjauhi syirik dan ittiba' (meneladani, mengikuti dan mencontoh) Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan menjauhi perkara bid'ah.

Sebagaimana dikatakan oleh para ulama bahwa Islam adalah menyerahkan diri kepada Allah dengan tauhid, tunduk kepada-Nya dengan ketaatan, dan berlepas diri dari kesyirikan, bid'ah dan para pelakunya.

Comments

Popular posts from this blog