AWAS DENGAN MEMBERI NAMA ANAK ANDA
1
Setiap pasangan ibu
bapa idamkan sesuatu yang istimewa terhadap cahaya mata mereka. Lalu pelbagai
usaha dilakukan agar cahaya mata meleka lahir dengan sempurna dan diberikan
keperluan secukupnya. Ada yang yakin dengan membaca surah Yusuf ketika bayi
dalam kandungan, bayi itu akan sempurna rupa parasnya sebagaimana Yusuf
Alaihissalam.. begitu juga yang idamkan anak perempuan dengan surah Maryam.
Baguslah, jika amalan ini dilakukan kerana membaca ayat2
suci al-Quran itu adalah ibadah namun janganlah terlalu bergantung harap kerana
lain pula jadinya jika sesuatu yang diinginkan tak tercapai.
2
Selain itu, sesuatu
yang ibu bapa sentiasa berfikir ketika bayi mereka masih dalam kandungan ialah
tentang nama anak mereka. Kerana nama yang telah diberikan akan terpahat pada
diri setiap manusia hingga di Padang Mahsyar kelak. Namun begitu, adakah semua
ibu bapa mengambil berat tentang makna nama yang telah mereka berikan kepada
anak mereka. Tak kisah lah dalam apa jua bahasa asalkan tidak tersalah
pilih.
3
Sebagai adatnya,
rata-rata nama anak-anak Melayu di Malaysia menggunakan bahasa arab pada
kebanyakannya. Dan agak biasa permulaan nama bagi lelaki ialah Muhammad (atau
apa jua cara tulisannya), Ahmad, Abdul ~, dan sebagainya. Bagi perempuan pula
kebiasaannya dimulakan dengan Nur, Siti, Nurul ~, dan lain-lain. Ini mungkin
dipengaruhi oleh kedatangan masyarakat Arab yang datang berdagang di Tanah
Melayu pada suatu masa dahulu. Namun, tak kurang juga yang meletakkan nama
Melayu pada anak mereka contohnya Tuah, Megat, Melati, Bunga, dan selainnya. Tak
kisah lah asalkan maknanya baik dan indah.
4
Walau bagaimanapun,
hak ibu bapa untuk meletakkan nama pada zuriat mereka harus diteliti tentang
maknanya kerana nama juga mempengaruhi kehidupan mereka ketika anak-anak mereka
meningkat dewasa. Jangan tersalah letak nama kerana ini mungkan akan menimbulkan
aib kepada anak-anak tersebut. Contoh-contoh nama yang agak selalu didengar dan
tidak sepatutnya diletakkan pada nama manusia adalah seperti:
1. Nama-nama yang
memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham
(yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita
gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :
• Hazan
(Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan
kesedihan)
• Zani (Lelaki
penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
• `Asiah (Perempuan
penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
• Wati
(Persetubuhan)
• Azli (Celaanku),
Azlan (Celaan)
2. Nama-nama Allah
(sifat Tuhan), contohnya:
•
Azali
•
Muhaimin
6
3. Nama-nama yang
berkaitan dengan tempat, contohnya:
• Suyuti (Orang
Asyut)
• Bukhari (Orang
Bukhara)
• Ghazali (Orang
Ghazal)
• Nawawi (Orang
Nawa)
• Misri atau Masri
(Orang Mesir)
• Baihaqi (Orang
Baihaq)
• Tirmizi (Orang
Tirmiz)
4. Nama-nama yang
memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama
seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada
menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain
itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.
7
5. Nama-nama yang
dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana
ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada
orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,”
secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.
6. Nama yang
mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah
(yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab
7. Nama yang
mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
• Abdul Manaf
(Hamba berhala Manaf)
• Ghulam `Ali
(Hamba `Ali)
8. Nama yang
sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya)
dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)
8
9. Nama dengan
makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
• Siti (Puan)
sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan
begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum
berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
• Sayyid (Tuan)
digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak
bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.
9
10. Nama yang
sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab,
contohnya:
• Masyitah (Tukang
sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat
rambut
• Halwani (Lelaki
penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi
digunakan untuk perempuan di Malaysia.
11. Nama yang tidak
betul seperti nama asalnya, seperti:
• Zaleha –
sepatutnya Zulaikha
12. Nama yang
dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
• ‘Zulaikha’ yang
kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan
bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita
kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan
buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi
Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan
dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan
kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan
anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad
perkahwinan.
• Muti`ah kononnya
adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi.
Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat
baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.
13. Nama yang
memberi makna sifat, seperti:
• Muti`ah (yang
taat)
14. Nama yang tidak
memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan
makna yang tidak elok seperti:
• Ezani –
dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
15. Nama yang
terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
• Isaac – asalnya
Ishak (Nama Nabi)
• Harry – asalnya
Khairi (Kebaikanku)
16. Nama yang
memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab,
contohnya:
• Syamsul Bahri
(matahari lautan)
• Badrul Hisyam
(bulan yang pecah-pecah)
• Nik (kemaluan
perempuan atau mentah, tidak matang)
• Rafidhi (Syiah
pelampau)
• Atan (keldai
betina)
• Haikal (rumah
berhala, kerangka, lembaga)
• Jamalullail
(keindahan malam)
Nota: Sekiranya
sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus
menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri,
contohnya:
• Zainab - makna
baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- makna buruk :
pengecut
• Mu`awiyah - makna
baik : pembela / pejuang
- makna buruk :
yang menyalak
17. Nama yang
mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang
perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual
kueh’.
Nota: Nama-nama
bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai
seperti:
•
Fairuz
• Sirin (manis
–bahasa Farsi)
•
Rustam
• Sarfaraz
(mulia)
• Sibawaih (wangian
epal)
18. Nama-nama yang
membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana
salah sebutan atau ejaannya seperti:
• Sukri
(kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
• Sya`ari (buluku)
– sepatutnya Asy`ari
• Nordin (tiada
makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
• Kadir (keruh) –
sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
• Jamaluddin (Unta
agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang
panjang pada ‘maal’
19. Gabungan yang
salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa
maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh
gabungan yang betul:
Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya
mataku)
Nota: Harus
menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar
(tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain
20. Nama yang salah
kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah. Ya mutakallim
adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau
‘daripadaku’ seperti:
• Syukri
(Kesyukuranku)
• Fathi
(Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada
‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat,
pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
• Imam Jalaluddin
as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
• Imam Muhammad bin
Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang
Bukhara
• Muhammad Asri
yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya
mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad
‘Asri
Nota:
Seelok-eloknya
sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah
merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula
maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud
yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi
maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.
Selain itu terdapat
ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat
seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun
dalam bab jenis-jenis ilmu.
Nota: Kita mungkin
boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:
• Membenarkan ejaan
mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad
pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut
kehendak penama tersebut.
Jabatan Pendaftaran
membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang
menepati syariat.
• Undang-undang
diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya
tidak tersalah dalam memberi nama.
Nota: Harus
menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna
yang elok, seperti nama seorang ulama`:
• Ihsan Ilahi Zahir
– Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku
nyata.
• Fadhal Ilahi
Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.
21. Tidak boleh
menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam
hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah
s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ
الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu
Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah
sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi
kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]
dan
ayat:
هُوَ اللَّهُ
الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ
الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا
يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, Yang
tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci;
Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan
Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat
(menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci
Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]
22. Tidak boleh
menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi
sebagai mukjizatnya, seperti:
• Ruhullah (Roh
daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi
Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah
• Khalilullah
(Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran
khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
Selain itu
nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk
dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat
larangan yang terang berkaitannya.
http://acik-blog.blogspot.com/
- Sumber dari Kalamul Haqq
Comments
Post a Comment