AYAT EMPAT QUL



Aku cukup tertarik dengan frame gambar ayat 4 Qul masa aku gi shopping kat Nilai 3. Aku ada singgah sebuah kedai jual frame ayat-ayat Al-Quran. Dalam banyak-banyak frame yang dipamerkan aku ralit baca frame gamba 4 surah Qul dan maknanya. Dalam hati, SubhanAllah, dengan ayat 4 surah yang pendek tapi khasiat yang ada di dalam setiap surah tersebut amat besar dan bermakna. Nanti korang belilah frame gambar tu dan gantung kat di dinding rumah. Amalkan dengan membaca setiap hari. Pendek je kan ayat tu. Korang pun dari kecik lagi dah hafal surah tu masa sekolah lagi kan. Sini aku kongsi kan tentang khasiat yang ada tersirat di dalam Surah 4 Qul. Sama-sama kita amalkan InsyaAllah.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Surah An-Nas
  • Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
  • Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Surah Al-Falaq
  • Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
  • Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Surah Al-Ikhlas
  • Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran. Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
  • Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
  • Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

Surah Al-Kafirun
  • Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
  • Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
  • Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
http://acik-blog.blogspot.com/
 
صدق الله العظيم

Comments

Popular posts from this blog