ERRA FAZIRA ENGGAN BUKA MULUT

by puteraduyong — 
 erra fazira enggan buka mulut
ERRA FAZIRA

ERRA FAZIRA ENGGAN BUKA MULUT

erra fazira enggan buka mulut
untuk apa dihebohkan segalanya
untuk apa dicanangkan sekuatnya
hingga habis sekampung tahu
itu kan kisah rumahtangga beliau
erra berhak punya hak sendiri
mana mungkin dijaja kisah kelambu
mana mungkin dijaja kisah suap menyuap
kamu kan ada tepi kain sendiri
mengapa harus dijaga tepi kain orang
bikin sibuk segala benda
bikin sesak segala macam
makin berselirat celaru otak
erra fazira enggan buka mulut

itu yang sepatutnya berlaku
moga kamu tabah wahai erra fazira
pedulikan mereka …

ERRA FAZIRA ENGGAN BUKA MULUT
 
Erra Fazira Akui Tertekan, Tetap Enggan ‘Buka Mulut’
 
SHAH ALAM: Pelakon jelita, Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar. “Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya,” ujarnya selepas ditemui semasa pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini, Isnin.

Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan bertahan selagi terdaya. “Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin,” ujarnya. Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi “suatu hari saya akan bersuara”, Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia. Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu. “Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu,” katanya.

ERRA FAZIRA ENGGAN BUKA MULUT
ikuti kisah semasa di mstar dan hidupkan untuk memberi seperti kata denaihati

Comments

Popular posts from this blog