Kedudukan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Nazim Al-Haqqani
Majlis Fatwa Kebangsaan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa
tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia
bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
The Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Sufi Order
Decision:
The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the
National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd
April 2000 has discussed the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim
al-Haqqani Sufi Order. The Conference decided that the Naqsyabandiah
Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim contradicts with the creedal
doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah and deviates from the
teachings of Islam. Practitioners of this Order must repent at once.
All states are required to issue a fatwa that is gazetted which
decrees that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim
is unlawful (haram) and must not be practiced by Muslims as it is a
deviation from the true teachings of Islam.
————–
Fatwa Wilayah Persekutuan:
Tariqat Naqsyabandiah Al-’Aliyyah Pimpinan Syeikh Nazim
Akidah
Tarikh Keputusan:
20 Nov, 2002
Keputusan:
Tariqat Naqsyabandiah Al-’Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan
menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki
segera bertaubat.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 12 Dec, 2002
Nombor Rujukan: PMWP/100/20;PN(PU²)530/III
Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993.
————
Fatwa Negeri Kedah:
Penjelasan / Landasan Fatwa:
Lihat di: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=337
Lihat di: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=337
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
(Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan
tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran
Islam yang sebenar
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-
1)- Kekuatan wali.
Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah:
Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah:
“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.
Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain
membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah
menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain
tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan
haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan
muncul pada masa yang akan datang.
Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga
pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan
yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah
banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau
adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau,
terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara
itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa
melihatnya.
Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada
Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau –
samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan
pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang
shaheeda.
Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”
2)- Kuasa Mutlak Khalifah
“Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk
melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh
masyaikh rantaian keemasan…Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah seorang
khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan…”
Sheikh Muhammad Sheikh Nazim
3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb
Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf,
naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim
Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum
Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa
yang ta’at kepada Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap
keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah sessi
yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi apabila
keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu
yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman
kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu
yang akan datang.
Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) –
waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati,
waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu
sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari.
Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan
malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada
haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.
Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk,
masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu
mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk,
beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari
sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu
berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah berkerja keras.
Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk.
Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir.
Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu
memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu
memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah
sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu
sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita
dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.
Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi
kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita
akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah”
Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat
dalam diri kita.
Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb),
kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh
diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di
nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka dapat
bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam
segala bentuk keadaan.
Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang
yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.
Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi
dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita
sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam
hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian
seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di
dalam lautan
Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana
Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota
Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya.
Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah
kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang
kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan
bersih.
Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala
kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri
roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini.
Beliau gembira di mana beliau berada sekarang.
Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan
dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana
Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa
minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah
4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur).
Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara.
Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha’uddin Shah Naqshband, Sheikh
Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.
5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah
(yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di
bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w., malaikat Jibril dan Sayyidina
Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa yang
boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web
tariqat Naqsyabandiah)
“ Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan
yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan
merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan.
Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.
Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun
yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi
S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut:
“orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan
mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia
mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak
menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya.
Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- tidak akan
menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim,
budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina
dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik
sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad
S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W,
hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti
pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta
mengkebumikannya.”
Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki
tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah
memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya.
Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun
yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.
Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh
sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti menerimanya. Oleh sebab
itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita
mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik daripada kita.
Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam
yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada
seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri
urusan-Nya. Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan
kita lebih baik daripada mereka. Kita tidak tahu sama ada orang
tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa yang
tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang
lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri. Jangan
sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia
dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina
Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan
dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu
pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di
tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W
berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari
ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya
sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah
membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut,
mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan
membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian,
baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya,
menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut
daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari
masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun
begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai
dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat
baginda berasa hairan apabila melihat cara rasulullah S.A.W. berjalan.
Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki
tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa
jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari
kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya,
“Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda
menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan
barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian
hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan
memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku.
Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap
dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan
yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan
bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali
tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat
pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata,
“Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang
telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian,
Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu,
dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang
telah berlaku”
Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah
yang sebenarnya berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi S.A.W.,
janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab
itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang
orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk
bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya
semasa hayatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W.
dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan
rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling
sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk
bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya:
“Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.”
Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu
malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang
pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan
sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam
kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata:
“Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau
berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan
Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “aku
tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali
bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku
bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis
suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu
hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh
dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80
tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya
merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang
tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada
satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun,
apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian
dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali
keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir,
dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk
menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan
yang akan datang.
Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah
sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari
ketika bulan Rejab. Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua
dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa
ini amat terkenal di dalam ajaran sufi. Apabila Nabi S.A.W meminta anak
perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda
terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda.
Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan
membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung
kepada niat masing-masing.
Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai,
orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang
sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban
sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua
kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana
dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak
ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah
jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi
wali.”
Faktor-Faktor Menyebabkan Seseorang Terjebak Dengan Ajaran Sesat:
Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin.
Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin.
Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang
membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang
dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut :
i) Taqlid buta, Sebagaimana maksud firman Allah :
“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan
sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek
kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali
menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan
terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat
28)
(ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t
Firman Allah yang bermaksdu: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan
saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu
akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah
yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan
syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan
permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh,
sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan
kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada
menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah)
sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan
tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”. (Surah Hud ; ayat 61
& 62)
(iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah firman Allah
bermaksud: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan
Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan
demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah
Thaha : ayat 126)
(iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan.
Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat
petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal
soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa
kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka
telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati)
selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam
petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)
(v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul.
Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah
sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah).
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat
kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu
(balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)
(vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri.
Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian
manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya),
maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan
sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu
tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil
yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.(Surah Yunus : ayat
108)
(vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar.
Firman Allah bermaksud: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”. (Surah Yunus : ayat 36)
Firman Allah bermaksud: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”. (Surah Yunus : ayat 36)
(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah
s.w.t di dalam mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi
Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah
menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat
kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi
nasihat”.
(Surah Al-A’raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)
(Surah Al-A’raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)
(ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran.
Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa
dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat
Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan
menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh
sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami,
berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata.
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata
demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah
bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan
berjaya”.
(Surah Yunus: 75 – 77)
(Surah Yunus: 75 – 77)
(x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w
dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh
Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan.
(Surah Al Ahzab : ayat 136)
(Surah Al Ahzab : ayat 136)
(xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan.
Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima
cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka
hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat
daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan
hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan
kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). (Surah Al
Qasas: ayat 50)
(xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan. Allah
berfirman:” Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam
keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian
jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut
petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan
menderita azab sengsara”(Surah Thaha : ayat 123)
(xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan. Allah
berfirman: "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang
ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka
tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62)
(xiv) Orang-orang yang sesat dan banyak dosa. Firman Allah dalam (Surah As Syu’ara).
(xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata.
Allah berfirman: (Surah Al Mukmin : ayat 134).
Allah berfirman: (Surah Al Mukmin : ayat 134).
(xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu.
Allah berfirman:” Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu
menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya
untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku
mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu”. (Surah
Al Kahfi : ayat 51)
Cara Penyelesaiannya
Antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah
(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk
membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan
ajaran Islam itu sendiri.
(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar
peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan
daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi
masalah-masalah ini.
(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.
(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam
menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.
(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau
sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin,
bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan
kemungkaran terus bermaharajalela.
(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.
(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang
berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin
sebelum ia berakar umbi.
(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada
Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi
penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.
———-Ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan:
Lihat di: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=334
http://www.abuanasmadani.com/?p=1493#more-1493
Comments
Post a Comment