Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNA)


Assalamualaikum
 My Photo
Dulu mama dikenali as Norlina PERNIM tp skg mama ingin dikenali as Norlina Alawi. Ini adalah kerana mama xnak orang panggil mama as pnjaga anak-anak yatim piatu. Mama anggap mereka as my blood-biological childrens,oleh itu mama amik mereka as anak angkat mama (sah mngikut undang2 Malaysia). Skg ni mama bkerja keras mncari rezeki dan mberi mereka sesuap nasi. Walaupun mama sering dikritik oleh pihak lain,mama ttp sabar dan tabah mghadapi dugaan demi anak-anak mama yg tercinta. 

Skg ni mama telah menukar Pusat Perlindungan PERNIM bhd kpd Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNA). Tujuan pertubuhan KBNA ini adalah utk menukar persepsi masyarakat ttg anak-anak angkat mama. KBNA adalah 1 konsep keluarga dimana anak-anak ini mpunyai ayah, ibu dan adik-beradik. Mama nak anak-anak ini berasa diri dieorg dihargai dan disayangi sama mcm keluarga lain. Oleh itu,jangan la panggil anak-anak ini as anak yatim piatu..panggil la mereka as anak-anak Roslan Zakaria dan Norlina Alawi. Mama xboleh bergerak sendri bg mperjuangkan nama baik anak-anak ini, mama perlukan sokongan dr anda semua.InsyaAllah. Terima kasih krn sudi mbaca luahan hati mama ni.

Luahan Hati Norlina Alawi 


Kesabaran & Tanggungjawab memelihara anak2 istimewa ini..




Untuk memelihara anak2 yang menghidap HIV/AIDS memerlukan kesabaran yang tinggi. Rawatan dan waktu makan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor mesti dipatuhi. Kegagalan berbuat demikian boleh didakwa di Mahkamah sekiranya berlaku kematian akibat kecuaian.
 
Setiap Ibubapa akan memberitahu perkara yang sama iaitu pendidikan adalah suatu yang amat penting bagi membentuk anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Mama bertungkus-lumus bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan fardhu ain dan kifayah iaitu denagn menghadiri kelas tuisyen (pusat tuisyen dan peribadi) , kelas tahfiz Al-Quran setiap hari dan kelas Tae Kwan Do seminggu sekali.

Seperti keluarga lain, Mama akan memastikan anak-anak mendapat pendidikan di mana mama akan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan agama serta tadika Reka (bagi anak berumur 5-4 tahun). Setiap hari (jam 5.30 pagi), Mama akan mengejut anak-anak untuk bangun dan menyiapkan diri sebelum Mama dan Papa menghantar ke sekolah. Sebelum anak-anak ke sekolah, Mama akan memastikan mereka bersarapan dan memberi tazkirah pagi (Mama sayang awak, awak anak mama yang soleh dan solehah dan belajarlah bersungguh-sungguh serta dengar cakap cikgu..). Itulah rutin seharian mama bersama anak-anak istimewa ini yang sentiasa memberi keceriaan kepada mama dan keluarga.

Alhamdulilah..dengan berkat Allah SWT, pada tahun 2009, Muhammad Ameer Redzuan (anak angkat) telah mendapat 5A dalam UPSR dan sekarang belajar di Sek. Men. Aminuddin Baki (SAB) bersama dengan Nur Aini dan Nur Syaheera (anak kandung mama).

Bagi mama, masa depan anak-anak cukup penting. Mama mahu menukar mereka kepada anak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di dunia dan akhirat. Mama tidak mahu mereka mengikut jejak ibubapa mereka. Mereka mesti menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Mama akan berusaha menubuhkan perniagaan untuk mereka mewarisinya. Mama amat berharap supaya mereka akan menolong anak-anak yang lain sebagaimana mama memberi perlindungan, kasih sayang dan membelai mereka seperti anak kandung sendiri.

http://norlinaalawi.blogspot.com/2010/08/luahan-hati-norlina-alawi-bahagian-1.html

 

Kisah Wanita Istimewa

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM 


BELIAU seorang ibu cekal dengan 42 orang anak. Walaupun daripada jumlah besar itu hanya tujuh sahaja anak kandungnya namun dia tidak pernah membezakan kasih kerana baginya anak itu permata yang amat bernilai. 

Inilah cebisan kisah pengalaman wanita istimewa Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi. 

Norlina yang menubuhkan Pernim sejak 2004 yang memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, anak-anak kurang upaya dan berpenyakit HIV/AIDS pernah ditawarkan supaya menjual anak-anak jagaannya dengan harga ribuan ringgit. 

“Saya tidak akan sesekali menjual anak-anak di bawah jagaan saya walaupun ditawar RM1 juta,” katanya tegas. 

Negara pernah digemparkan dengan sindiket menjual bayi tidak lama dahulu dan dipercayai bayi-bayi ini yang berusia di antara enam hingga 18 bulan dijual pada harga antara RM5,000 ke RM18,000. 

Usaha murni Norlina turut mendedahkan beliau kepada sindiket serta orang tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya. 

Katanya, dia pernah menerima beberapa panggilan daripada lelaki dan wanita serta pasangan suami isteri yang inginkan anak-anak di bawah jagaan di Pernim dengan tawaran harga ribuan ringgit. 

“Kejadian ini telah lama berlaku tetapi saya tidak akan sesekali menjual anak sendiri kerana naluri seorang ibu tidak akan sanggup jual anaknya. 

“Dengan rezeki Allah saya akan menjaga mereka sebaiknya dengan ilmu dunia dan akhirat,” ujarnya. 

Perbuatan itu mungkin didorong oleh faktor kemiskinan, pasangan yang tidak mempunyai anak, pegangan agama yang tidak kukuh dan penipuan orang tidak bertanggungjawab. 

“Saya telah mengabdikan diri untuk menjaga mereka selagi termampu. Saat memberi mereka makan, menjaga mereka ketika sakit dan bersolat bersama ialah saat yang indah dan tidak mampu dilupakan. 

“Saya kini menjadi ibu kepada 35 orang anak berusia satu hari hingga 14 tahun,” katanya. 

Bicara Norlina, kasih sayang serta pegangan agama yang kukuh akan menjadi sumber kekuatan kepada semua terutama menghindari terjebak dengan sindiket menjual bayi serta masalah sosial lain. 

Namun beliau khuatir sindiket dan pihak tidak bertanggungjawab tersebut akan menjadikan bayi atau kanak-kanak sebagai mangsa seks dan tenaga buruh. 

“Saya tidak ingin menoleh ke belakang lagi dan pada Disember ini jika diizinkan Allah akan menjelajah seluruh negara bersama anak saya untuk bertemu dengan keluarga mereka, 

“Saya ingin memberi kesedaran perlunya kasih sayang kepada anak tanpa mengira perbezaan dan bercerita pengalaman dilalui supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” katanya. 

Norlina turut menceritakan pengalaman beliau menyelamatkan seorang ibu dan anak daripada menjadi mangsa sindiket penjualan bayi. 

“Kejadian itu berlaku pada September 2005 dan ia masih lagi segar dalam ingatan saya sebagai satu peristiwa yang amat mengejutkan serta menguji tahap insani.” 

“Waktu itu saya didatangi oleh seorang gadis yang berasal dari Pantai Timur bernama Zainab (bukan nama sebenar) di rumah Pernim di Cheras. 

“Zainab sedang mengandung dan bakal melahirkan anak dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi. Beliau datang sehelai sepinggang dan di sisinya turut terdapat telefon bimbit,” imbau beliau. 

Norlina melihat keadaan perwatakan serta tingkah laku Zainab kelihatan seperti seorang yang kurang siuman. 

“Sedih dengan keadaan beliau saya mempelawa Zainab untuk tinggal bersama sehingga anaknya dilahirkan. Dia mengangguk kepala tanda bersetuju, 

“Semasa menjaganya saya sering mendengar perbualan telefon antara dia beserta seorang lelaki yang tidak dikenali. Antara inti pati perbualan mereka ialah mahu menjual anak yang bakal dilahirkan Zainab dengan harga RM8,000,” ujarnya. 

Norlina yang terkejut dengan perbualan itu lantas bertanyakan kepada Zainab adakah dia ingin menjual anak tetapi ia dinafikan. 

“Namun semasa Zainab hampir bersalin dia melarikan diri dari rumah saya. Khuatir akan keadaannya saya menelefon beliau dan tidak berjawab. 

“Selepas berkali-kali menelefon akhirnya saya menerima panggilan telefon daripada Zainab memberitahu dia berada dalam kesakitan di sebuah hotel di ibu kota. 

“Saya lantas membuat laporan polis dan menjejak Zainab bersama suami dan rakan-rakan di hotel itu. Kami tiba di bilik hotel terbabit dan meminta supaya mereka di dalamnya membuka pintu,” katanya. 

Namun suami dan rakannya memecahkan pintu bilik hotel itu setelah gagal dibuka walaupun diketuk berkali-kali. Di dalam bilik hotel itu Zainab dalam keadaan separuh bogel berlumuran darah manakala bayi dilahirkannya dipegang seorang lelaki tidak dikenali. 

“Lantas kami serahkan lelaki tidak dikenali itu kepada pihak berwajib. Zainab serta anaknya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Sindiket jual bayi memang licik 

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika dihubungi memberitahu, sindrom jual anak bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah rakyat asing. 

“Sepanjang aduan yang pernah saya terima membabitkan warga Myanmar dan Indonesia. Namun mereka sukar dikesan pihak berkuasa kerana modus operandi yang licik. 

“Mereka bermesra dengan warga tempatan dulu. Kemudian jika yang dikenali pasangan yang memerlukan anak mereka akan mula masuk jarum,” ujarnya. 

Akhirnya pasangan terbabit ditipu kerana wang telah habis dibelanjakan tetapi tidak juga mendapat anak. 

Beliau juga pernah menerima kes isteri kepada warga asing yang menjual anaknya kepada orang tempatan. Tetapi kemudian suaminya datang ke negara ini dan menuntut kembali. 

“Selain itu, terdapat sindiket beroperasi melalui laman web untuk jual bayi secara terbuka. Saya berharap pihak berwajib dapat pantau perkara ini sebelum menjadi serius,” ujarnya. 

Bicaranya lagi, mereka yang amat memerlukan anak boleh mencari saluran yang betul dengan mendaftar pada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan kerajaan.

 

 http://norlinaalawi.blogspot.com/

SESUCI KASIH NORLINA ALAWI

SESUCI KASIH NORLINA ALAWI adalah sebuah buku ditulis oleh Lily Haslina Nasir..diterbitkan Alaf 21 Sdn.Bhd..cetakan pertama 2006

Buku ini aku temui ketika sibuk mencari buku psikologi di Perpustakaan Seberang Jaya..lain dicari lain dijumpa..memandangkan jumaat masa rehat yang panjang aku pun melarikan diri seketika ke perpustakaan..sampai saja ke sana..seperti biasa la masuk ikut pintu dan terus menuju ke bahagian Psikologi..tapi di rak tue kosong saja..dan notis tertulis PIHAK PERPUSTAKAAN SEDANG MEMBUAT PENYELENGGARAAN BUKU-BUKU DAN PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN YANG ANDA HADAPI..adusss...terpaksalah aku redah dari rak ke rak mencari buku-buku yang aku nak tue..dalam sibuk mata memerhati kiri dan kanan..lantas anak mata aku berhenti memerhati buku SESUCI KASIH NORLINA ALAWI..muka depannya menunjukkan gambar seorang bayi yang dipangku oleh beliau dan seorang kanak-kanak lelaki mencium pipinya..aku terus mengambil untuk dipinjam tanpa membuka langsung isi dalamnya..yang pasti aku memang ingin mengetahui kisah hidupnya..apa yang ditulis dan apa yang ingin diceritakan.

selalu juga aku mengikuti kisah NORLINA ALAWI di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar..seorang wanita yang sukarela menjaga kanak-kanak menghidap HIV/AIDS..pernah suatu ketika dulu TV1 menerbitkan kisah benar yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut..tapi aku tidak dapat mengikuti sepenuhnya episod tersebut kerana ditayangkan pada waktu bekerja..memang betul-betul menyentuh hati..

Membaca kisah Norlina Alawi menyebabkan mata aku berkaca-kaca dan fikiran ligat berfikir..YA ALLAH..masih ada lagi insan berhati mulia di dunia..siapa yang boleh melakukan pengorbanan sepertinya.bukan sahaja wang ringgit,masa,tenga dan segala-galanyaa...perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM melimpahkan kasih sayang anak-anak yang kurang bernasib baik bermula dari sejarah hidupnya sewaktu kecil hinggalah beliau berjaya mengasaskan PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia)..semangat yang dimilikinya sangat luar biasa...telah memiliki anak-anak kandung seramai 7 orang tapi masih bersusah payah untuk membantu kanak-kanak lain..malah beliau sanggup menyusukan bayi yang disahkan menghidap HIV..mampukah kita melakukan sedemikian?

p/s : Adakala masyarakat kita hanya tahu menghina,mencerca,mengutuk tetapi kenapa kita tidak membantu anak-anak HIV/AIDS ini ..mereka juga seorang insan yang tidak dipinta untuk dilahirkan sedemikian..apa salah mereka????
 
 http://mashi00.blogspot.com/2010/06/sesuci-kasih-norlina-alawi.html

Lawatan Amal Ke Kediaman Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad


As-Salam ...pada Jumaat 12/08/2011 , saya berpeluang menyertai lawatan amal PERKEP KL ke rumah keluarga besar Norlina Alawi. rumah ini adalah kediaman / perlindungan kepada anak-anak hiv (dahulu dikenali sebagai PERNIM, persatuan nurul iman malaysia, sekarang ditukar kpd KELUARGA BESAR NORLINA ALAWI BERHAD) ...kerana mereka semua adalah anak2 kpd norlina alawi (ank angkat)


Kediaman ini tidaklah terlalu besar jika dibandingkan didiami kira2 40 org lebih anak2, termasuk norlina dan suami sekali.setakat cukup utk mereka berlindung. amat kagum melihat rumah ini bersih, sedangkan ramai yang menginap. menurut norlina, dia amat mementingkan disiplin anak jagaannya, thats why la umah dia bersih beno..meh kite ikuti cite di bwh ni, moh.... sori, pic dibawah ini aku cilok dari fb polis kl yang diupload oleh salah seorang rombongan kami juga...mohon izin ye, n terima kasih.


Pn. Hjh. Norlina Bt Alawi (baju hitam) sedang bercerita mengenai anak2 yang tidak bernasib baik, dari awal rumah ini ditubuhkan, sehinggalah 10 tahun kini....ape yang aku tabik spring ialah, pn norlina tidak jadikan ianya 'asrama' seperti kebanyaka rumah kebajikan lain...TETAPI, ianya adalah sebuah rumah biasa2 shj...rumah kediaman bersama seperti rumah2 kita, bukannya asrama..korang paham maksud aku? xpaham sudah..


tekun mendengar penjelasan yang diberikan...kat belakang lagi ramai rombongan kami, kira2 70 org...



aku kusyuk giler tuh (baju biru), kagum dgn keikhlasan hatinya



antara pic penghuni rumah ini...cuba bilang ade bape org?? ngeee~



menurut norlina, waktu malam bentang tilam, anak2 tido di ruang tamu ini la... ade dua ruang tamu.. alihkan meja, alihkan karpet, bentang tilam...tido...



Hjh Norlina mewasiatkan hartanya pd anak2 angkat beliau .. 1 sen pun tak dpt kat dia..betapa tulus dan mulus hatinya...


terpancar keserian di wajahnya...seri original...bila hati bersih, muka bersih..keikhlasan & keimanan dia miliki... ketika ini dia sedang menahan kesedihannya



time ni xtahan dahhhh...banjir seluruh umah...mau xbanjir kan, cedih sungguh....... hadirin merasai isi hati norlina..


okla setakat ni dulu laaa.... aku pun xmo n3 panjang2 ni....pasal kat cni pun dah banjir........xbole nk melangkah dah ni...penuh air..bye2 

Comments

Popular posts from this blog