SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, July 2, 2012






Khasiat Daun Mas Cotek dan Akar Serapat





Saya juga mengambil kapsul Mas Cotek setelah mengetahui khasiat daun tersebut. Saya ambil jenama Petani kerana terdapat pelbagai herba-herba campuran lain yang terkandung dalamnya. Saya ambil 2 biji pada waktu malam sahaja.

Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya , Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit . Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) ,angin ahmar, juga berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf .

Secara kesimpulan khasiat mas cotek adalah
membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

Selain itu, akar serapat juga penting dalam penjagaan dan keanjalan payudara.

khasiat akar serapat

* Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
* Menguatkan otot dan sendi 
 

No comments:

Post a Comment