- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Sunday, July 1, 2012






MI REBUS MUAR...DARI "AGROMAS"..

 

rsz_dsc_4173
Assalammualaikum, salam Ahad. Makan apa tengah hari tadi?. Hari ni mat masak mi rebus, tapi bukan dari bahan2 giling sendiri, cuma guna pes mi rebus Muar keluaran Agromas. Ada masa benda2 macam ni memudahkan kerja kita terutama bila masa agak kritikal. Pada mat, pes2 macam ni, walapun hanya perlu langkah yang mudah untuk dibuat, tapi kena lah tokok tambah sedikit bagi menambah "rasa" pada hasilnya. Macam resipi ni, mat guna daging yang direbus, dan mat tambah juga keledek yang direbus untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat. Kalau takde keledek, guna kentang pun boleh. Dari pendapat peribadi mat lah kan, pes mi rebus muar ni, mula2 rasa dia seakan sama macam pes mi bandung, tapi bila kita olah sikit dia rasa lain dan lebih sedap. Satu paket tu sesuai untuk 500 gram mi kuning (tu pada mat lah). Jadi jika anda nak buat apa2 majlis, pes ini amat2 membantu....

rsz_dsc_4178
Kalau di Johor, mi rebus wajib ada bahan2 sampingan. Antaranya tauhu goreng, hirisan cili hijau, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, taugeh yang dibuang ekor dan dicelur sekejap, telur rebus, belahan limau kasturi dan yang ni agak unik, keropok udang kering, ia seakan2 rempeyek tapi tanpa kacang. Kalau nak makan kita patah2 dan hidangkan bersama mi rebus tadi, ada juga yang merenjiskan sedikit cuka makan sebelum mi rebus dihidangkan.Mudah bukan, ok kita lihat resipi dan entri pilihan DTS kali ini di sini....Terima kasih...

Contoh pes mi rebus Muar keluaran Agromas....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes mi rebus Muar keluaran Agromas (seperti gambar di atas)
200 gram daging batang pinang, hiris nipis (nak sedap guna yang ada tetel)
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
300 gram keledek, kupas, rebus empuk dan lecek halus
Garam dan gula secukup rasa
500 gram mi kuning, celur dan toskan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun bawang dihiris
Hirisan daun sup, dihiris
Belahan limau kasturi
Tauhu, goreng dan hiris
Taugeh, celur dan toskan
Bawang goreng
Cili hijau, hiris
Keropok udang kering (resipi di bawah)

BAHAN KEROPOK UDANG :-)
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 ulas bawang putih
1 biji telur
3/4 cawan air
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI REBUS :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan hirisan daging, masak sekejap dan masukkan air (kurang lebih 2 liter). Bila mendidih, masukkan pes mi bandung Muar tadi, kacau rata dan masak sekejap. Tambah keledek rebus yang dilecek tadi dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan juga gula (selalunya kuah mi rebus sedikit manis). Biar mendidih sekejap sambil di kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK KEROPOK UDANG :- Kisar udang kering, bawang putih dengan 3/4 cawan air hingga halus. Masukkan tepung beras, telur dan sedikit garam, kisar lagi hingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali (agak banyak) kemudian simbah2 sedikit bahagian tepi kuali, kemudian senduk  adunan keropok tadi dan lenser kan tepi kuali anda, buat 2 bahagian. Curah dengan minyak panas hingga tertanggal, goreng keropok udang tadi hingga kuning keemasa pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk mengelakkan keropok udang hangus.
  3. UNTUK MI REBUS MUAR :- Masukkan mi kuning secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah secukupnya. Tabur taugeh, hirisan daun bawang/daun sup, telur rebus, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng, belahan limau kasturi dan akhir sekali keropok udang tadi. Hidangkan segera......Berbaloii!!!...
  4.  
  5.  http://www.tiffinbiru.com/

No comments:

Post a Comment