Nak Kahwin Pun Susah!

 

Emak kepada Minah: Yerlah… anak saya belajar lulus universiti. Tak nak bilang baper. tapi biar lah patut-patut. Selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu. Tapi ini lah satu satunya anak pompan saya. Harap-harap paham jerlah~

Emak kepada Mat:
Saya paham maksud awak. Tapi saya harap awak pun paham lah yer. Kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat.

Emak kepada Minah:
Kalau awak tak mampu. Anak saya nie bukan tak laku. Ada banyak lagi yang tunggu. Dah lah harga rendah, nak cepat pulak tuh. apa nanti orang cakap..

Mat:
Yerlah makcik. Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini. SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu. Saya bawak balik anak makcik. Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA. Kalau dalam semua BAIK, jangan cakap 10 rIbu, 12 Ribu pun saya letak. Tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS, tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!Sumber,klik sini.

Memang lawak tapi inilah kenyataan apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Dikatakan zaman nenek moyang kita, bacaan al-quran dan kebolehan menjadi imam diambil sebagai kayu ukur tapi dunia sudah berubah,wang ringgit menjadi titik noktah.Ada duit boleh baca permintaan seterusnya,tiada duit,sila keluar rumah.

Mungkin di pihak perempuan,keluarganya bukan ingin susahkan bakal menantu tetapi ingin menguji kesungguhan bakal menantunya tetapi berpada-padalah dalam menguji,kalau bakal menantunya seorang guru,jangan diuji dengan ujian seorang pilot.Berpada-padalah.

“Masa mula-mula,mama tanyalah abang long dia nak bagi berapa sebagai hantaran,dia cakap RM18000,mama tanya dia ada duit tak sebab mama tak nak tanggung,dia cakap dia ada,so ok la..Em,sekarang dah rm18k,so time Aiman nanti Rm30k la ye?”Ujar Mama kepada anak lelakinya yang tengah.  Aiman terdiam memikirkan nasibnya. Abang sulongnya bolehlah kumpul RM18k sebab sudah 6 tahun belajar di luar negara,kumpul sikit-sikit biasiswa yang dapat,paling kurang rm30k mesti terkumpul.Dia pula baru terbang akhir tahun lepas,awal tahun depan nak balik,macamana dia mahu kumpul RM30k dalam masa 1 tahun setengah?Pening.

Dialog dan situasi di atas adalah rekaan saya berdasarkan cerita-cerita yang saya dengar. Bila dikaji tentang hantaran atau kos perbelanjaan satu perkahwinan di seluruh dunia,rupa-rupanya bukan Malaysia sahaja yang melampau,hampir kesemua negara mempunyai kos perbelanjaan yang sangat mahal.

Di Amerika Syarikat,purata kos perkahwinan ialah RM61 000,di Dubai pula RM200 000 dan di Jepun pula RM100 000. Mungkin kita boleh kata taraf hidup di negara mereka berbeza dengan kita tapi sebenarnya bila diservey kos ini kepada rakyat-rakyat mereka,hakikatnya hampir kesemua mengakui ini adalah satu beban yang sangat dasyat.

Di Amerika sekarang berlaku satu tradisi yang tidak disengajakan yang mana tempoh bertunang dan berkahwin dipanjangkan sampai setahun,di dalam tempoh itu si lelaki mesti membeli aset-aset penting kepada si isteri sebagai jaminan kebahagian apabila mereka berkahwin dan pastinya,ia adalah satu beban kepada si lelaki.Disebabkan hal ini, ramai penduduk Amerika memilih untuk tidak berkahwin tetapi hidup secara berdua di bawah satu bumbung.

Tak dinafikan,di Malaysia juga hal yang sama sedang menular dalam kalangan remaja.  Anda tidak tahu? Anda tidak pernah pergi apartmen-apartmen di Selangor? Anda tidak pernah usha rumah sewa area Lim Kok Wing? Bukan ingin membuka aib tetapi kalau anda tidak percaya,perhatikan kawasan-kawasan tersebut,anda akan dapati ramai couple yang hidup sebumbung. Mereka cinta,mereka sayang,mereka nak kahwin tapi mereka tidak boleh kahwin kerana gagal mengumpul wang yang dikendaki keluarga si perempuan atau mereka takut berjumpa dengan keluarga si perempuan, bimbang permintaan yang melampau. Saya tidak sokong mereka tetapi saya hanya ingin menjelaskan realiti bahawa wang hantaran dan sebagainya menjadi punca mereka melakukan maksiat.

Sedar tak sedar,kita yang mengaku Islam telah menyusahkan para remaja untuk berkahwin. Saya menulis artikel ini bukan bertujuan bakal mak mertua saya baca dan kurangkan wang hantaran tetapi saya menulis dengan perasaan kesal dengan sikap masyarakat kita yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah. Bukankah kahwin dalam Islam mudah dan indah?Kenapa kita menyukarkannya? Kenapa perlu ada kenduri panggil seribu orang,dua tiga kali dan sebagainya? Memang betul Islam menyuruh kita iklankan perkahwinan tapi ingat,jangan berlebih-lebih kerana ia mampu mendatangkan kemudharatan.

Saya percaya,hal ini juga salah satu sebab mengapa remaja sekarang ramai yang murtad. Baiklah,jom berfikir sejenak. Katakan pasangan ini mahu melakukan hubungan kelamin,mereka mahu berkahwin tetapi keluarga si perempuan meletakkan wang hantaran yang melampau.Disebabkan cinta yang mereka semai selama ini,mereka memilih untuk lari dari keluarga dan hidup sebagai couple tetapi di bawah satu bumbung(pilihan lain bagi mereka yang tidak ingin berkahwin di Thai).Tetapi mereka tahu kalau mereka masih ada ‘Islam’ di kad pengenalan mereka,kalau JAIS datang,mereka akan ditangkap khalwat,lalu mereka memilih jalan mudah dengan memilih untuk menukar agama. Percayalah,hal ini pernah berlaku!

Saya percaya,kebanyakan pembaca Azzariyat adalah remaja yang masih belum berkahwin dan sedar akan hal ini. Jika kita tidak boleh ubah ibu bapa kita,kitalah yang patut berubah. Suatu hari nanti,bila anak kita nak kahwin,jangan sulitkan mereka,permudahkanlah ia kerana itu lebih baik dan menghampiri Islam yang sebenar.

Mungkin anda rasa ini adalah luahan hati saya seorang lelaki bujang yang mahu berkahwin tetapi menghadapi kesukaran menyediakan wang hantaran,jadi bosan dan tidak percaya dengan artikel ini,sila baca artikel ini,luahan hati dari seorang ibu yang prihatin,moga artikel di blog tersebut mampu membuka minda anda. 

 http://azzariyat.com/2010/12/29/nak-kahwin-pun-susah/

Comments

Popular posts from this blog