Pegawai Tadbir Diplomatik
Mengandungi himpunan pengetahuan dan perkembangan kerjaya
Biodata Penulis
Salehuddin Md. Dahlan ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah agensi awam.
Berkelulusan ijazah berkembar sarjana muda undang-undang sivil dan shariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau juga memiliki ijazah sarjana undang-undang perbandingan (MCL) dari universiti yang sama.
Selain itu beliau juga berkelulusan diploma pentadbiran awam (DPA) dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan diploma tahfiz al-Quran dan qiraat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sepanjang bertugas, beliau banyak terlibat dalam bidang perundangan dan pentadbiran perkhidmatan awam. Hobi beliau ialah membaca, menulis, bermain badminton dan mengembara.
Penulis juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007.
Antara buku-buku yang dihasilkan oleh beliau ialah:
1. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Edisi 2009)
2. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Edisi 2007)
3. Soal Jawab Kerjaya PTD
4. Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD
5. Panduan Temu Duga PTD
6. Koleksi Isu-Isu Semasa
7. Koleksi Kes-Kes Mahkamah
8. Koleksi Kes-Kes Mahkamah: Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan
Blog rasmi penulis adalah www. ptdblog.wordpress.com.
Buku Panduan
Buat peminat kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik,
Kini anda boleh memiliki buku-buku rujukan mengenai kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik’ :
1. Kerjaya Sebagai Tadbir dan Diplomatik
Isi kandungan :
- panduan dan tip-tip menghadapi peperiksaan memasuki perkhidmatan awam- panduan dan tip-tip menghadapi PTD Assessment Centre
- panduan dan tip-tip menghadapi temuduga PTD
- panduan kelayakan yang diperlukan
- suasana sebenar dan panduan dalam kerjaya
- senarai kemudahan dan faedah dalam kerjaya- dan banyak lagi
Harga : RM20.00
Kos penghantaran : RM5.00
Jumlah bayaran : RM25.00
2. Soal Jawab Kerjaya PTD
Isi kandungan:
* soalan dan jawapan popular kerjaya PTD* soalan dan jawapan popular menghadapi peperiksaan PTD
* soalan dan jawapan popular menghadapi PAC
* soalan dan jawapan popular menghadapi temuduga PTD
* dan banyak lagi
Harga : RM30.00 sahaja
Kos penghantaran : Percuma
3. Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD
Buku lengkap dengan dengan :
* kelima-lima seksyen soalan peperiksaan PTD :
Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-Esei
Seksyen D : Esei Bahasa Melayu
Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris
* ratusan soalan
* sesuai untuk latih tubi
* jawapan dan skema jawapan disediakan
* format terkini
* pertama di pasaran
* stok terhad
Harga : RM30.00 sahaja
Kos penghantaran : Percuma
Jadi tunggu apa lagi? Miliki senaskah sekarang!
4. Panduan Temu Duga PTD
Buku ini mengandungi :
* langkah-langkah menghadapi temu duga PTD
* senarai semak sebelum ditemu duga
* tip dan panduan sebelum, semasa dan selepas temu duga PTD
* puluhan tip-tip praktikal dan pernah diuji
* dan banyak lagi
Harga : RM20.00 sahaja
Kos Penghantaran : Percuma
5. Koleksi Isu-Isu Semasa
Buku ini mengandungi :
* senarai isu-isu utama peringkat negara dan dunia
* nota ringkas dan padat bagi setiap isu
* isu-isu dari pelbagai sektor
* penjelasan menggunakan bahasa rasmi dan mudah difahami
Harga : RM30.00 sahaja.
Kos penghantaran adalah percuma.
6. Cepat Pandai Bahasa Inggeris
Buku ini mengandungi:
* bagaimana membina keyakinan berbahasa Inggeris
* bagaimana menggunakan bahasa Inggeris dengan betul
* bagaimana mengubah kerangka minda terhadap bahasa Inggeris
dan banyak lagi
Harga : RM14.90
Kos Penghantaran : RM5.00
7. Pintar Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Greek dan Latin
Buku ini mengandungi :* Akar Kata Dan Bahasa Inggeris
* Akar Kata Greek Dan Latin
* Penggunaan Akar Kata Dalam Konteks
* Kosa Kata Lanjutan 1
* Kosa Kata Lanjutan 2
* Kosa Kata Lanjutan 3
* Pemantapan Dan Pengkayaan Kosa Kata
Harga : RM22.00
Kos Penghantaran : RM5.00
Tip dan Pengalaman Bertugas Sebagai Diplomat
Baru-baru ini, penulis menghadiri satu sesi perkongsian pengalaman
sebagai diplomat. Ia disampaikan oleh bekas duta Malaysia yang pernah
berkhidmat di Jepun, Britain dan Australia. Sesi selama dua jam tersebut
terasa tidak cukup untuk memberi peluang kepadanya bercerita
pengalamannya. Beliau juga sempat menunjukkan foto-foto beliau bersama
pemimpin-pemimpin dunia dan kenangan bertugas. Bagi yang berminat
bertugas di luar negara sebagai diplomat, antara ciri yang diperlukan
yang sempat dicatit adalah seperti berikut:
1. Memiliki daya keyakinan yang tinggi.
2. Ilmu pengetahuan.
3. Mudah menyesuaikan diri.
4. Berdikari.
5. Boleh berinteraksi dengan baik.
6. Kreatif.
2. Ilmu pengetahuan.
3. Mudah menyesuaikan diri.
4. Berdikari.
5. Boleh berinteraksi dengan baik.
6. Kreatif.
Memiliki daya keyakinan yang tinggi diperlukan kerana diplomat
mewakili negara. Andalah mata, telinga dan mulut bagi negara di luar
sana. Tingkah laku anda sentiasa diperhati oleh wakil-wakil negara lain.
Seorang diplomat perlu tahu serba serbi. Antara perkara perlu
diketahui adalah dasar-dasar negara, isu-isu semasa, mahir bahasa
tempatan, pandai memasak, pandai menulis, pandai berucap dan pandai
mengurus rumah tangga. Perkara utama untuk diketahui apabila sampai di
sesuatu tempat bertugas adalah mengetahui di mana hospital, kedai, pasar
dan lain-lain tempat yang akan selalu dikunjungi. Siapkan perkara
peribadi di samping tugasan di pejabat.
Salah bahan bacaan semasa bertugas di luar negara adalah membaca
media utama negara berkenaan bagi mengetahui situasi semasa negara
berkenaan. Ruangan yang perlu dibaca adalah ruangan pengantar editor
(lidah pengarang). Ini kerana ruangan ini mengandungi isu utama dan
kupasannya. Seterusnya memudahkan laporan dibuat untuk dihantar ke ibu
pejabat di Malaysia kelak.
Sikap berdikari pula penting kerana tiada ibu bapa dan saudara duduk
berdekatan untuk diharapkan. Adakalanya seorang diplomat perlu menjaga
isterinya berpantang selepas melahirkan anak. Justeru kepandaian
mengurus rumah tangga, memasak dan lain-lain diperlukan.
Bercerita mengenai tokoh diplomat yang mengendalikan sesi kali ini,
beliau pernah bertugas 15 tahun tanpa pulang lama di negara. Pulang pun
untuk mengambil surat watikah daripada Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong dan terus ke negara yang ditugaskan. Dek kerana lamanya
bertugas di luar negara, kesannya beliau tidak kenal jalan-jalan di
Malaysia, nama-nama penyanyi popular tanahair dan sebagainya.
Pernah sekali semasa beliau di London, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pergi menemui beliau bagi persiapan konsertnya di sana pun beliau tidak kenal.
Bercerita tentang skop tugas pula, seorang diplomat memiliki skop
tugas yang pelbagai. Menyambut pemimpin negara, menguruskan kematian
rakyat negara, menguruskan persidangan, mengadakan sambutan Hari Raya
bagi pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara dan bermacam-macam lagi.
Yang jelas, sebarang tugasan perlu dibuat dengan sebaiknya kerana
adakalanya ia datang tanpa diduga.
http://ptdblog.wordpress.com/2012/04/22/tip-dan-pengalaman-bertugas-sebagai-diplomat/
hello
ReplyDeleteassalammualaikum....encik..saya tertarik dengan buku2 yg encik iklankan dalam blog encik yg satu lagi...(ini 'link'nya http://ptdblog.wordpress.com/2010/01/02/panduan-temu-duga-ptd/)... dan saya ingin memiliki beberapa buah buku yg encik terbitkan itu. saya sudah bank in kan duit sebanyak rm60.00 ke dalam akaun Nur Dzalilah Mohamad Zabidi (CIMB)....saya juga sudah emailkan slip bukti pembayaran kedalam email bukuniaga@yahoo.com, alamat saya dan dan senarai buku yg saya inginkan kedalam email tersebut. encik boleh hubungi saya terus sekiranya maklumat yg saya berikan meragu2kan encik di no hp sy (019 8220263)...untuk pengetahuan encik..saya bertungkus lumus mencari alamat atau blog2 lain encik untuk menjejaki encik semata2 nak dapatkan buku encik ni..memandangkan komen2 saya dalam blog dan email encik tidak dibalas...sekian terima kasih... :-)
ReplyDeleteNak dapatkan buku soalan PTD, macam mana yer?
ReplyDelete